Door Speaker Upgrade - Honda Jazz

bersua kembali setelah beberapa bulan saya tidak update entri baru memandangkan kesibukan dengan tugas dan kerja hakiki. baru sekarang boleh masukkan entri baru ke dalam blog saya ini. kali ini saya paparkan bagaimana menaiktaraf speaker asal pada pintu Honda jazz dengan speaker aftermarket iaitu saya telah memilih speaker 2nd brand carozzeria saiz 6.5" saiz ini sangan sesuai untuk dipadankan ke pintu Honda jazz tersebut. terdapat beberapa modifikasi yang perlu dijalankan untuk memasang speaker ini dan bukannya secara plug n play. ikutilah langkah dan cara seperti yang akan saya paparkan di bawah ini.


langkah pertama buka door trim kereta anda, kaedah membuka door trim telah dipaparkan pada entri terdahulu dan anda hanya perlu search balik caranya. langkah membuka door trim lebih kurang sama sahaja antara mana-mana kereta kerana kebiasaannya door trim hanya dipasangkan dengan beberapa skru dan selebihnya klip sahaja. setelah door trim dibuka inilah speaker asal kereta Honda jazz

keluarkan speaker asa dengan hanya membuka satu skru sahaja. setelah skru dibuka tolakkan speaker naik ke atas sehingga terdengan bunyi klik, jangan terus tarik ke arah anda kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan klip patah dan ini akan menyukarkan anda untuk memasang kembalik speaker nanti

potong bahagian belakang seperti gambar yang ditunjukkan kerana speaker ini sudah tidak akan digunakan lagi. kita perlukan bahagian hadapat speaker untuk dijadikan housing atau tempat meletak speaker baru nanti. potong keseluruhan speaker tersebut

setelah dipotong maka bolehlah tanggalkan bahagian yang dipotong tadi

sebelum dapat dikeluarkan speaker asal ini tanggalkan kertas atau cone speaker daripada bahagian hadapan seperti gambar yang ditunjukkan. ini bermakna speaker asal ini akan rosak terus apabila hendak memasang speaker baru

setelah bahagian tengah dikeluarkan, potong bahagian tepi sperti gambar yang ditunjukkan. ini bertujuan untuk merapatkan speaker baru nanti dengan bahagian depan housing ini

kelihatan housing atau boleh juga disebutkan sebagai holder speaker yang akan dipasang nanti

soket asal ini tidak perlu dibuang atau dipotong kerana kita akan menggunakannya nanti, jadi tak perlulah kita memotong wayar pada soket dipintu untuk menyambung wire speaker, hanya perlu plug ini sahaja soket asal

kenakan speaker baru pada holder yang dibuat tadi. haru siingat saiz speaker yang sesuai ialah bersaiz 6.5" yang banyak terdapat di pasaran sama ada yang baru atau terpakai

saya hanya menggunakan cable tie sahaja untuk memasang speaker pada holder ini. anda perlu menebuka lubang pada holder seperti yang ditunjukkan di atas

speaker baru telah siap dipasang pada holder

perbandingan speaker baru dan lama

sebelum memasang pada pintu jangan lupa solder atau sambungkan wire pada soket asal pada holder tadi

 saya gunakan solder untuk menyambungkan wire pada soket

 pasang balik soket wire pada pintu

dah siap pasang pada pintu kereta dan bolehlah test system audio kereta anda

terima kasih
sincerely - jeff tacra