Engine Oil

bersua lagi dengan entri mengenai minyak enjin bagi sesebuah kenderaan. sesebuah enjin tak kira enjin apa sekali pun memerlukan minyak enjin untuk membolehkan enjin beroperasi dalam keadaan yang optimum kerana pemilihan minyak enjin yang tidak bersesuain dengan karektor enjin jentera anda boleh menyebabkan keupayaan enjin menjadi lemah dan tidak seperti yang diharapkan. dalam pasaran semasa di negara kita boleh dikatakan agak banyak jenama minyak enjin dengan masing-masing pengeluar ingin membuktikan bahawa minyak enjin keluarannya adalah terbaik untuk enjin sesebuah kenderaan. jadi pemilihan minyak enjin bagi jentera kita hendaklah dipilih berdasarkan pendapat daripada pengguna yang lain atau pun kita sendiri yang mencari maklumat mengenai minyak tersebut di samping kita sendiri menguji minyak tersebut pada jentera kita. 

pemilihan minyak enjin perlulah tepat dan ciri-ciri pemilihan minyak enjin ini hendaklah berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti:
1. mempunyai kelikatan yang baik atau tinggi
2. mempunyai aliran yang rendah atau mudah mengalir
3. dapat bertahan dengan tekanan
4. mempunyai sifat sebagai pembersih
5. sesuai dengan suhu yang panas dan sejuk
6. tidak mudah menjadi wap


kelikatan minyak enjin diukur berdasarkan rintangan sesuatu minyak. kadar kelikatan semestinya sesuai dengan enjin anda. jika kelikatan minyak rendah kelebihannya minyak mudah mengalir dan sebaliknya jika kelikatan terlalu tinggi pengalirannya akan menjadi terlalu perlahan dalam sesebuah enjin. pengkelasan sesuatu minyak enjin adalah berdasarkan indeks kelikatan (viscocity indexs) minyak tersebut dan ianya mengikut standard SAE (SOCIETY OF AUTOMOTIVE ENGINEERS) iaitu sebuah badan khas yang profesional ditubuhkan bagi kejuruteraan automotif.

istilah-istilah yang digunakan seperti
API (american petroleum institute)
JASO (japanese automotive standards organizations)
ACEA (european automobile manufacturer association)
ILMA (independent lubricant manufacturerassociation)
STLE (society of tribologist and lubrican engineers)
NLGI (national lubricating grease institute)

kelikatan minyak enjin terbahagi kepada dua jenis iaitu monograde dan multigrade. monograde selalunya terdapat satu viscocity sahaja seperti SAE20, SAE30, SAE40 dan lain-lain, manakala kelikatan multigrade selalunya ditunjukkan seperti SAE0W30, SAE10W40, SAE5W40 dan lain-lain lagi. huruf W pada kod minyak pelincir bermaksud WINTER iaitu rating kelikatan minya pelincir yang diuji pada suhu sejuk manakala tanpa huruf pula ialah minyak pelincir yang diuji pada suhu panas. sebagai contoh SAE10W40 iaitu 10W adalah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu sejuk dan 40 ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu panas. semakin besar angka yang ditunjukkan semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan oerasi enjin. bagi negara yang mempunyai iklim yang sangat sejuk minyak pelincir yang nilai W rendah adalah penting bagi memudahkan enjin dihidupkan. minyak pelincir monograde pula ialah iaitu minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan sahaja sama ada semasa sejuk atau panas. kadar kelikatan monograde SAE40 boleh dikatakan sangat popular juga. walaupun di negara kita tidak ada musim sejuk yang bersalji  minyak pelincir multigrade juga turut memainkan peranan dan juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar sesuatu jenama kereta. anda boleh merujuk kepada manual yang selalunya dibekalkan apabila membeli kereta baru



jenis minyak pelincir pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu minyak mineral yang kebiasaannya paling murah dan dapat bertahan sehingga 5000km sahaja. minyak semi sintetik pula adalah minyak pelincir pertengahan yang ada sesetengahnya mampu bertahan sehingga 7000km. minyak fully synthetic pula kebiasaanya minya paling nipis yang mampu bertahan sehingga 10,000km. minyak fully synthetic ini sangat popular bagi enjin moden keluaran baru dan antara yang kelikatannya ialah SAE 0W30, SAE 5W40, SAE 10W40 dan lain-lain lagi. sekiranya enjin dah berusia sebaiknya gunakan minyak yang berkelikatan tebal sedikit sepert 15W50. enjin kereta saya walaupun dah berusia tapi saya masih menggunakan minyak pelincir fully synthetic SAE 10W40 dari keluaran PETRO CANADA


bagi pengguna kenderaan yang seringkali menghadapi kesesakan lalu lintas seperti di bandar-bandar besar yang selalu membuatkan kenderaan tidak bergerak dalam tempoh tertentu, penggunaan minya pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang tinggi semasa suhu enjin panas adalah sesuai digunakan. apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukkan enjin yang biasanya mendapat bantuan daripada pengaliran udara menjadi kuran cekap dan seterusnya meningkatkan suhi operasi sesebuah enjin. pada masa ini minyak pelincir akan memainkan peranan penting dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi enjin. minyak pelincir yang mempunyai gred API yang tinggi biasanya akan berfungsi dengan lebih baik, sebab itulah sekarang kebanyakan pengeluar minyak telah menaiktaraf API dari pada lama kepada baru iaitu kalau dahulu menggunakan API SM seekarang telah berubah kepada API SN


buat masa sekarang, minyak pelincir fully synthetic dan semi synthetic boleh dikatakan terbaik jika dibandingkan dengan minyak pelincir mineral. kebanyakan minyak pelincir yang dihasilkan telah dicampur dengan bahan addictive mengikut formula pengeluar minyak masing-masing dan bagi pendapat saya tidak perlu lagi kita menggunakan addictive atau oil treatment lain uantuk dicampurkan dengan minyak pelincir yang kita gunakan kerana campuran addictive aftermarket boleh menyebabkan viscocity minyak akan berubah. namun bergantung pada pengguna masing-masing sama ada nak tambah oil treatment lain atau tidak

kesimpulannya anda sendiri yang menentukan hendak memilih dan menggunakan minyak jenama apa dan kelikatan berapa untuk digunakan pada jentera masing-masing. pemilihan minyak enjin yang tepat boleh membuatkan prestasi enjin meningkat di samping menjadikan enjin lebih bersih. saya kira bagi pengguna yang menggunakan enjin turbo adalah lebih baik memilih minyak mineral atau pun semi synthetic sahaja memandangkan kebanyakan enjin lancer GSR TURBO sangat sinonim dengan bunyi hydraulic lifter pada enjin berkenaan. lagi pun sebaiknya enjin turbo perlu lebih kerap membuat penukaran minyak enjin iaitu pada setiap 4000-5000km sahaja.

walaupun enjin saya dah berusia saya masih menggunakan minyak fully synthetic keluaran petro canada yang berkelikatan SAE10W40 dan ternyata minyak ini bersesuaian dengan karektor enjin kereta saya yang selalunya saya membuat penukaran pada setiap 10k mileage.


semasa saya menggunakan perodua viva pun saya menggunakan minyak keluaran petro canada iaitu jenis supreme SAE5W30 dan ternyata tidak mendatangkan apa-apa masalah bagi kedua-dua buah kereta saya. petro canada supreme ini bukan minya HDEO tetapi hanya minya semi synthetic biasa sahaja.

sebenarnya ramai yang ragu-ragu apabila hendak menggunakan minyak heavy duty engine oil (HDEO) kerana kebanyakan minyak ini digunakan oleh lori diesel sahaja, tetapi harus dingatkan petro canada duron e 10W40 boleh juga digunakan pada enjin petrol, ada dinyatakan pada label botol minyak berkenaan untuk digunakan pada enjin diesel dan gasoline. 

adakalanya pada sesebuah enjin mengalami kekurangan minyak pelincir iaitu minyak pelincir menjadi hilang apabila sampai tempoh tertentu sedangkan enjin tidak bocor, jadi ke mana hilangnya minya ini? ada yang perlu tambah lagi minyak padahal penggunaan baru sahaja 3000km. penggunaan minyak yang vizcocity tidak sesuai dengan enjin ada kalanya minyak enjin bole terpeluwap dan hilang begitu sahaja dan ada kalanya masalah tertentu bagi sesebuah enjin yang menyebabkan minya pelincir terpaksa di top up dengan minyak lain. jangan ambil mudah terhadap minyak pelincir dan penukarannya pun mestilah mengikut jadual tertentu, jangan lengahkan penukaran minyak pelincir kerana kesannya boleh merosakkan sesebuah enjin kereta. bagi pengeluar kereta di negara kita selalunya penukaran minyak enjin yang disyorkan ialah setiap 5000km atau 3 bulan (mana-mana yang terdahulu) dan ada juga pengeluar mencadangkan penukaran setiap 10,000km atau 6 bulan (mana-mana terdahulu) bergantung kepada jenis minyak yang digunakan. selalunya kita menukar minyak pelincir pada setiap 5000, 7000 atau 10,000 tanpa mengikut bulan yang ditetapkan. bagi kereta baru hendaklah mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar agar waranty kereta terjamin

terima kasih
sincerely: jefftacra