Audio System Installation

bersua lagi kali yang boleh dikatakan sebagai entri penutup bagi tahun 2015 kerana tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2016 yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. semoga tahun 2016 lebih baik daripada tahun sebelumnya yang pasti meninggalkan banyak kenangan suka dan duka yang dialami oleh kita semua.

berbalik kepada entri kita pada hari ini ialah bagaimana memasang komponen audio bagi sesebuah kereta dan ada juga istilah popular yang digunakan ialah in car entertainment. saya telah berpeluang memasang sistem audio ini terhadap sebuah honda jazz GE. harus diingatkan agar perlulah lebih perhatian apabila menjalani kerja-kerja pendawaian di dalam kereta kerana kesilapan sedikit boleh menyebabkan fuse akan putus dan kemungkinan terjadi perkara yang lebih buruk juga akan berlaku. risiko adalah menjadi tanggungjawab sendiri ketika memasang perlatan ini terhadap kereta masing-masing, namun sekiranya ada keyakinan dan sedikit pengetahuan mengenai pendawaian di dalam kereta tidak mendatangkan apa-apa masalah pun, semoga berjaya.

inilah head unit (HU) standard honda jazz GE iaitu keluaran 2nd batch honda jazz selepas model GD dan bagi tahun 2015 ini honda telah mengeluarkan 3rd generation honda jazz yang lebih dikenali sebagai jazz GK. HU standard ini dilengkapi dengan MP3 dan WMA yang membolehkan kita memainkan muzik dalam format berkenaan sahaja dan ini amatlah terhad dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan yang lain pun. jadi saya telah mengambil keputusan untuk menukar HU ini dengan keluaran aftermarket yang brand pun saya tak pasti tetapi memandangkan banyak fungsi yang ditawarkan saya tidak teragak-agak untuk mendapatkannya. antara fungsi HU yang bakal dimasukkan nanti antaranya boleh memainkan MP3, USB, TV, DVD, GPS, WIFI, INTERNET, IPOD dan beberapa fungsi lain lagi. HU ini juga compatible dengan audio control pada stereng (lihat entri terdahulu mengenai pemasangan audio control pada stereng)

inilah antara speaker yang dipilih iaitu hanya speaker midrange brand carrozerria 6.5" yang diperoleh daripada barangan 2nd hand sahaja. walau pun barang 2nd tetapi bunyi yang dihasilkan tidaklah mengecewakan kerana output yang dihasilkan memenuhi cita rasa saya dengan setting tertentu pada HU dan pada graphic equalizer yang dipasang dalam sistem ini

inilah antara peralatan yang bakal dipasang nanti iaitu 7 band graphic equalizer (bukan pre amp) yang popular sekitar tahun 90-an dahulu dan sekarang agak sukar untuk mendapatkannya kerana pengeluar sudah tidak meenghasilkan sistem ini, sekarang banyak menggunakan active crossover, preamp dan power amp. sudah agak lama saya mencari equalizer ini dan kebetulan berjaya memperolehinya dengan harga yang munasabah, bukan nak setup sistem yang extrem pun, hanyalah sekadar sesedap rasa sahaja. equalizer yang saya gunakan ini adalah untuk drive speaker pintu depan dan juga tweeter (carrozerria 2nd). manakala gambar atas equalizer itu pula ialah power amp oldschool 4 channel yang digunakan untuk drive active subwoofer dan 2 speaker pintu belakang. antenna digunakan ialah active antenna untuk mendapatkan siaran TV tempatan

untuk melengkapkan sistem ini saya menggunakan active subwoofer brand carrozerria yang dibeli terus di negara matahari terbit. saya tidak menggunakan subwoofer jenis box memandangkan ruang bahagian bonet yang agak terhad sahaja. jadi active subwoofer ini boleh diletakkan pada bahagian bawah seat hadapan atau pun boleh diletakkan pada bahagian dinding pada ruang boot belakang. terpulang kepada cita rasa masing-masing

sekarang tibalah masa untuk prose wiring sistem audio ini. saya langsung tidak memotong atau mengusik wiring asal pada kereta kerana saya menggunakan soket tambahan yang lain yang dipadankan terus kepada soket HU asal kereta. secara asasnya terdapat 3 wire utama untuk menghidupkan HU iaitu wire merah disambung pada acc kereta yang diambil daripada wire acc asal, wire kuning untuk constant 12v iaitu wire yang ada supply 12v walaupun tidak on kunci dan wire hitam untuk ground, boleh disambungkan ke mana-mana bahagian besi kereta pada ruang HU

untuk equalizer dan power amp perlulah menggunakan wire power 12v yang diambil secara langsung daripada + bateri kereta. perlu letakkan fuse 15A untuk equalizer dan satu lagi fuse 15A untuk power amp. untuk mengaktifkan equalizer dan power amp perlu disambungkan masing-masing dengan menggunakan satu wire remote yang biasanya ditulis sebagai REM pada peralatan tersebut. wire remote ini disambungkan kepada wire remote pada bahagian belakang HU yang biasanya berwarna biru + putih atau pun memang dah tersedia dilabel dengan REM pada wire berkenaan. seperti biasa GROUND untuk di tap pada body kereta. pilihlah mana-mana tempat untuk meletakkan equalizer dan power amp ini. saya telah meletakkan peralatan ini di bawah dashboard sebelah pemandu dengan meletakkannya di atas tray yang sedia ada pada bahagian bawah dashboard. jadi memang terlindung dan tidak nampak daripada pandangan kita


seterunya untuk speaker pintu depan iaitu wire front left dan front right daripada HU hendaklah disambungkan ke wire speaker input pada bahagian belakang equalizer mengikut polarity + dan - yang betul. wire speaker output equalizer pula sambung dengan wire speaker pintu depan kiri dan kanan dengan menyambungkannya dengan wire speaker pada bahagian HU asal (gunakan wire speaker asal). dua channel lagi speaker output pada equalizer disambungkan pula dengan tweeter dan letaklah pada bahagian kiri dan kanan dashboard atau mana-mana tempat yang sesuai. selesai pemasangan untuk equalizer

bagi power amp pula saya gunakan untuk drive active sub woofer dan speaker pintu belakang. dengan menggunakan RCA cable yang bermula pada bahagian belakang HU sambungkan cable ini terus ke input channel pada power amp. 2 channel speaker output power amp tap ke wire speaker pintu belakang manakala 1 channel lagi ialah untuk ke active subwoofer. selesai semua proses penyambungan maka boleh menguji sistem anda dan sekiranya tidak mendatangkan apa-apa masalah bolehlah kemaskan wiring tadi


kedudukan active antenna pada bahagian atas hadapan windscreen. satu wire di plug ini ke belakang HU untuk antenna dan terdapat 2 lagi wire iaitu merah di tap kepada wire remote HU dan hitam ke body

sebaik-baiknya wire power dengan wire speaker asingkan dan jangan dicampurkan sekali antara kedua-duanya kerana inilah yang menyebabkan terjadinya bunyi engine whine iaitu bunyi yang dihasilkan mengikut bunyi enjin kereta. sudah pasti tidak menyenangkan telinga kita mendenganrnya kerana semakin kuat kita menekan pedal minyak semakin kuat bunyi tersebut. satu lagi seboleh-bolehnya gunakan cable ground yang besar sedikit untuk equalizer dan power amp dan tap pada body kereta sedekat yang boleh dengan peralatan tersebut. ini juga untuk mengelakkan bunyi engine whine. sekiranya masih berlaku bunyi tersebut maka anda bolehlah mencuba memasang NOISE SUPPRESSOR iaitu alat untuk mencegah bunyi tersebut, keberkesanannya saya tak pasti keran tak pernah memasang peralatan ini. alhamdulillah sistem saya ini terhindar daripada bunyi engine whine

apabila segalanya dah selesai, bunyi telahpun di setting dengan baik maka bolehlah kemaskan wiring dan pasang semula peralatan pada tempatnya. dan inilah hasil HU baru yang dipasangkan pada honda jazz GE. bergantung pada kehendak masing-masing untuk setting bunyi yang dihasilkan dan bagi saya bunyi midrange daripada speaker pintu hadapan dan tweeter hendaklah jelas kedengaran pada bahagian hadapan, manakala untuk midrange pintu belakang sekadar membantu untuk menaikkan bunyi pada bahagian ruang tengah kereta dan akhirnya bunyi subwoofer untuk menimbulkan lagi bass muzik yang dihasilkan


imej tv yang dihasilkan pun boleh dikatakan agak terang dan bolehlah dipasang ketika menunggu sementara puan isteri membeli barang, tak lah boring sangat di dalam kereta :)

terima kasih
sincerely: jefftacra