Dell Inspiron 14z Overhaul

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca page saya ini. hari ini hari jumaat dan saya ambil kesempatan cuti hujung minggu di kuala terengganu ini dengan menambahkan entri terkini page saya mengenai bagaimana cara kita hendak servis laptop khusus bagi laptop DELL inspiron 14z. selama ini asyik dengan kereta sahaja tapi kali ini ada kelainan sikit. memandangkan laptop juga merupakan sebuah jentera yang digunakan hari-hari maka peralatan ini perlulah diservis juga kerana semakin lama kita gunakan ada kalanya prestasinya semakin menurun. tidak seperti mula-mula kita beli dahulu. begitu jugalah dengan kereta, performance semakin menurun maka perlulah kita buat sesuatu untuk mengembalikan prestasi seperti baru

masalah utama yang mengganggu prestasi laptop atau komputer ialah overheat iaitu kepanasan melampau, sama juga seperti kereta kalau dah overheat sudah pasti akan merosakkan enjin kereta. begitu juga dengan laptop, perlu diselenggara supaya masalah ini tidak berlaku. sekarang kita dapati trend semasa PC yang menggunakan coolant untuk menyejukkan CPU supaya dapat bekerja dengan lebih efisien. bagi laptop pula masalah kepanasan ini selalunya disebabkan oleh habuk atau debu yang melekat pada fin CPU fan yang menghalang haba daripada dibebaskan keluar untuk menyejukkan CPU. kita dapati bermacam-macam barangan direka untuk menyejukkan sesebuah laptop ini. oleh itu mari lah kita servis juga laptop kita agar dapat bertahan dengan lebih lama sama konsepnya dengan enjin kereta juga :)

bagi laptop model DELL inspiron 14z ini caranya untuk membuka komponan dalamannya boleh dikatakan agak mudah sahaja. pertamanya terbalikkan laptop dan buka kesemua skru yang terdapat pada bahagian bawah lapto ini. keseluruhannya terdapat kira-kira 8 biji skru kecil. gunakan toll yang bersesuaian untuk memudahkan kerja-kerja ini

selepas kesemua skru dibuka, keluarkan RAM yang terdapat pada bahagian mainboard ini. terdapat satu lagi skru pada bahagian bawah RAM ini iaitu skru untuk mengeluarkan keyboard nanti. kalau tak keluarkan skru ini maka keyboard akan sukar untuk dikeluarkan dan jika paksa juga maka boleh merosakkan keyboard laptop anda

langkah seterusnya, keluarkan CD/DVD drive ini. caranya sangat mudah hanya perlu tarik sahaja pada bahagian hadapan pemacu ini dengan syarat kesemua skru pada bahagian belakang atau bawah laptop ini telah dikeluarkan kerana terdapat satu skru khusus untuk pemacu CD/DVD ini

keluarkan pula keyboard dengan menggunakan screw driver leper kecil, umpil lock keyboard yang terdapat pada bahagian hadapan keyboard. terdaapt 3 lock kesemuanya dan apabila lock ini dibuka maka bolehlah keluarkan keeyboard dengan perlahan-lahan. jangan terus menarik keyboard ini kerana masih terdapat ribbon cable yang melekat pada motherboard yang perlu dibuka juga. tuil lock pada penghujung ribbon cable ini dan tarik ribbon dan dengan mudah ia dapat dikeluarkan daripada motherboard

sebaik sahaja keyboard dikeluarkan maka kita perlu menanggalkan beberapa ribbon cable yang melekat pada mainboard itu tadi. kalau diperhatikan pada gambar terdapat 4 ribbon cable berwarna biru yang perlu dikeluarkan. kaedahnya sama seperti menanggalkan ribbon cable keyboard itu tadi. buka juga beberapa nat yang terdapat pada bahagian ini. dalam gambar itu terdapat 3 biji skru kecil yang telah dikeluarkan untuk memisahkan bahagian atas laptop

cabut keluar bahagian atas laptop, kaedahnya sama seperti kita hendak membuka housing belakang handphone. umpil dan dengan mudahnya bahagian ini dapat dikeluarkan atau dipisahkan daripada bahagian bawahnya

langkah seterusnya ialah keluarkan bateri laptop dengan membuka 2 biji skru kecil. laptop model ini baterinya diletakkan pada bahagian dalam laptop, ini bermakna kita tidak boleh mengeluarkan bateri dengan mudah seperti kebanyakan laptop biasa. DELL 14z ini perlu kerja lebih sikit sekiranya kita hendak menggantikan bateri baru sekiranya yang lama rosak

keluarkan harddisk dengan hanya menarik ke arah hadapan sahaja tanpa ada apa-apa skru yang perlu dibuka. pada masa ini kalau kta nak upgrade kapasiti storage yang lebih besar maka bolehlah kita buat sekaligus, tak perlu buka dua atau tiga kali

inilah bahagian penting yang perlu kita servis iaitu bahagian fan dan heatsink CPU laptop. gambar atas merupakan bahagian fan yang telah dibersihkan. kebiasaanya bahagian fan inilah selalunya terdapat kotoran dan habuk yang tebal dan boleh menyebabkan kepanasan melampau pada CPU nanti. bersihkan dengan apa-apa peralatan yang sesuai seperti berus gigi dan sebagainya untuk menghilangkan kotoran tadi. copper berbentuk L itu merupakan heatsink daripada CPU dan dialirkan kepada kipas untuk disejukkan. apabila dah siap nanti jangan lupa pasangkan balik soket putih CPU fan ini kerana jika lupa memasangnya maka boleh menyebabkan overheat dan mengganggu prestasi laptop, kadang-kadang laptop hang atau mati dengan sendiri

apabila semuanya dah siap dibersihkan, jangan lupa untuk membuang thermal paste lama yang terdapat pada CPU dan gantikan dengan therma paste yang baru. thermal paste ini boleh didapati di mana-mana kedai komputer dengan harga yang boleh dikatakan agak murah juga. letakkan sedikit thermal paste pada bahagian atas CPU dan ratakan terlebih dahulu, kemudiannya pasangkan balik fan dan heatsink CPU tadi

apabila segalanya sudah selesai, maka pasangkan balik segala peralatan yang dibuak tadi dengan sempurna, jangan terlebih skru pulak ye. apabila dah beres on laptop dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah laptop akan hidup seperti biasa malahan proses boot laptop ini menjadi lebih cepat daripada sebelumnya. perubahan pasti akan dapat dirasai iaitu, kipas tidak lagi mengeluarkan haba yang terlalu panas, kipas berpusing secara senyap, tidak sebelum ini bising dan cepat panas. laptop pun terasa lebih laju daripada biasa dan kita pun terasa seronok untuk menggunakan laptop semasa membuat sesuatu kerja. laptop inilah yang banyak berjasa kepada saya untuk update page ini, tambahan pula segala gambar mengenai projek DIY saya semua ada di dalamnya

terima kasih
sincerely: jeff tacra