e-Manage Vol. 3 - Wiring (Mivec)

assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini masih lagi merupakan sambungan kepada entri e-manage blue terdahulu tetapi entri ini khusus untuk pemasangan dan wiring pada enjin 4G92 1.6 MIVEC sahaja. ini bermakna pada kereta lain ada perbezaan pemasangan terutamanya dari segi wiring dan setting rotary switch. perbezaan enjin mivec dengan enjin 4G9X lain ialah 1.6 mivec menggunakan map sensor manakala kebanyakan 4G yang lain menggunakan sistem air flow sensor. jadi ada sedikit kelainan proses wiring yang perlu dibuat. diingatkan bawah proses wiring ini perlu dibuat dengan berhati-hati kerana sekiranya berlaku kesalahan semasa wiring boleh mengakibatkan short circuit berlaku dan ini boleh menyebabkan kerosakan pada ecu kereta anda atau pun pada unit e-manage itu sendiri. terpulang kepada anda untuk melakukannya atas risiko anda sendiri. kalau tidak mempunyai keyakinan yang tinggi maka serahkanlah pada yang pakar untuk melakukannya dengan sedikit bayaran dikenakan kepadanya. baiklah kita ikuti tutorial khusus pemasangan hanya kepada enjin MIVEC sahaja

pertamanya ialah kita perlu membuka casing e-manage untuk mendapatkan papan litar atau board e-manage tersebut. tujuannya ialah kita perlu setkan atau ubahkan beberapa kedudukan jumper untuk membolehkan fungsi vtec digunakan kepada enjin mivec. hal ini perlu dilakukan kerana kita boleh setkan point rpm untuk mivec berfungsi mengikut mana-mana rpm yang bersesuaian dengan kehendak owner. kesemuanya ada 7 jumper pada board e-manage tetapi kita perlu ubah hanya pada jumper JP3, JP4 dan JP7 sahaja untuk membolehkan fungsi vtec/mivec diaktifkan

inilah kedudukan dan bilangan jumper pada e-manage dan pada colum ke-2 itu merupakan factory setting yang didatangkan dengan unit e-manage daripada kilang. jadi kita perlu mengubah jumper JP3 daripada pin 1-2 kepada 2-3. JP4 asalnya OPEN kita pasangkan jumper pada kedudukan 1-2 dan akhir sekali JP7 yang asalnya pin 1-2 diubah kepada OPEN. kesemua jumper ini ada ditulis pada board berkenaan, begitu juga dengan kedudukan pin-pin ada ditanda pada board. kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak berlaku kesilapan semasa kita mangubah kedudukan jumper ini

kemudian perhatikan pula pada bahagian tepi board sehingga anda nampak 3 rotary switch seperti pada gambar di atas. setiap rotary switch ini ada nombor 0-9 dan A-F dan ditengah-tengahnya terdapat panah yang perlu diubah kepada nombor dan abjad yang diperlukan bagi sesebuah enjin. bagi enjin MIVEC switch 1 setkan pada nombor 3, switch kedua pada nombor 8 dan akhir sekali switch ketiga pada kedudukan D. jadi kita perlu setkan rotary switch menjadi kedudukan 3-8-D. bahagian biru dan kuning disebelah rotary switch tidak perlu diubah apa-apa. selesai kerja ini maka bolehlah anda memasang kembali board ke dalam casing e-manage ini

sekarang kita beralih kepada bagaimana untuk menyambung wire e-manage pada wire ecu. diagram pinout ecu di atas merupakan pinout MIVEC dan kita perlu menyambung wire daripada e-manage kepada beberapa wire ecu sama ada dengan cara tapping pada wire ecu ataupun memotong wire ecu dan penyambungan dilakukan secara in out kepada unit e-manage. diagram penyambungan akan saya paparkan di bawah ini

basic wire yang perlu disambung ke ecu seperti yang tertera di atas ini. white wire (air flow input) disambung pada ecu di atas iaitu pada in air flow signal, kena potong wire ini. manakala wire green e-manage di sambung ke airflow output juga pada wire airflow signal ecu di atas. warna brown untuk RPM, wire black ke ground, wire red ke 12v power dan satu lagi ialah wire greye-manage ke throttle signal. semua kerja-kerja ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati

ini pula merupakan penyambungan untuk enjin vtec tetapi kita akan menggunakannya untuk mivec dan sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan dengan tambahan satu relay biasa digunakan untuk mengubah polarity signal vtec menjadi signal mivec. signal vtec outputnya adalah positif (+) manakala signal mivec negatif (-) dan di sinilah fungsi relay untuk mengubah signal ini. kita hanya perlu menggunakan satu wire sahaja iaitu wire kuning (VTEC output) dan disambungkan ke kaki relay 86 seperti yang saya akan paparkan di bawah nanti. wire vtec lain dalam diagram di atas tidak digunakan seperti wire vtec input dan vtm otuput


inilah diagram relay yang digunakan untuk mengubah polarity positif kepada negatif. pada pinout ecu dapatkan wire signal mivec (cokelat belang putih) iaitu terdapat pada soket tengah ecu, potong wire mivec ini, balutkan dengan tape wire yang keluar dari ECU. wire yang ke selenoid mivec di sambung ke kaki 87 relay. wire kuning dari e-manage (vtec output) ke kaki 86 relay manakala 85 dan 30 relay tap ke ground. ok siap pemasangan relay untuk fungsi mivec ini

sekarang proses penyambungan wire ignition untuk mengawal ignition timing enjin sama ada retard atau advance mengikut kesesuaian enjin anda. terdapat 16x16 map untuk mengawal ignition timing ini dan jika dibuat dengan betul kuasa enjin dapat dikeluarkan lagi daripada enjin anda. rujuk diagram ini dengan diagram ECU di atas tadi dan mulalah membuat penyambungan secara in dan out seperti dalam diagram

sebaik sahaja proses wiring siap dilakukan JANGAN START dahulu kereata anda. beberapa initial setup perlu dilakukan sebelum menghidupkan enjin kereta anda. untuk melakukan proses ini pula anda perlukan software e-manage iaitu versi 1.49 untuk e-manage jenis lama (besar) dan versi 1.50 untuk e-manage jenis baru (mini). software ini boleh didownload melalui web GREDDY secara percuma sahaja. harus diingatkan sekiranya anda menggunakan e-manage jenis lama maka perlunya cable USB converter untuk membolehkan e-manage berinteraksi dengan laptop anda. e-manage perlukan WINDOWS XP untuk menjalankan software ini dengan lebih stabil. e-manage mini hanya perlukan cable printer biasa sahaja iaitu USB A to USB B. klik settings dan pergi kepada main unit setting. paparan seperti di atas sepatutnya ada

seterusnya klik pada menu setting dan pilih parameter setting. tandakan dalam kotak di bawah seperti di atas iaitu pada ignition timing adjustment map, optional external output setting (vtec/mivec), airflow adjustment map. throttle setting calibrate juga perlu dilakukan dengan mendapatkan nilai voltage tertentu pada 0% throttle pedal dan pada 100% throttle pedal

sebaik sahaja initial setup ini dibuat maka bolehlah anda start kereta dan bolehlah juga anda membuka mapping yang ditandakan di atas tadi. kesemua map sekarang masih lagi bernilai 0 dan jangan anda masukkan sebarangan nilai pada mana-mana map kerana ia memerlukan wideband tuning untuk mengubahnya. sekarang bolehlah anda mula tuning kereta anda sama ada hendak menggunakan mesin dyno atau pun on the road tuning. happy motoring

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra