Proton Wira Rear Fog Lamp

paparan entri saya kali ini ialah bagaimana kita hendak menghasilkan rear fog lamp kereta proton wira secara diy sahaja dengan kos yang sangat minima. maklumlah, rear fog lamp original keluaran proton uk spec boleh mencecah harga sehingga tiga ratus ringgit untuk sebelah sahaja. saya pun tak pasti bagaimana orang begitu berminat untuk mendapatkan rear fog lamp ini, tambahan pula di negara kita rasanya jarang untuk kita memasang dan menggunakan fungsi sebenar lampu ini. kalau di negara luar fog lamp belakang ini sangat penting kerana bersesuaian dengan faktor iklim dan cuaca di negara tersebut terutamanya semasa musim salji atau berkabus tebal yang memerlukan lampu ini dipasang sebagai alert untu pemandu lain. lain pula halnya di negara kita, ada yang memasangnya pada waktu malam sehingga menganggu pandangan pemandu yang mengekori kereta tersebut. jadi kita perlu memahami fungsi sebenar rear fog lamp ini dan jangan menggunakannya sewenang-wenangnya tanpa sebab

antara peralatan penting yang perlu digunakan untuk menjayakan projek kali ini ialah seperti yang terdapat pada gambar di atas. grinder digunakan untuk memotong cover lampu, heat gun pula untuk memisahkan cover lampu daripada housingnya serta digunakan untuk meluruskan kepingan lampu yang dipotong nanti. ada juga yang merendam di dalam air panas untuk memisahkan lens lampu tersebut. drill digunakan untuk menebuk shape melengkung lampu yang akan dipotong, kikir untuk meratakan bahagian yang dipotong tadi, manakala kertas pasir sebagai kemasan terakhir untuk melicinkan shape yang dibuat tadi

dengan menggunakan grinder, potong bahagian lampu yang dikehendaki untuk dijadikan shape fog lamp nanti. kebetulan saya ada lampu body yang dah retak, maka saya menggunakan bahagian ini untuk membentuk shape fog lamp nanti. kita boleh mengambil mana-mana bahagian yang lain, yang paling sesuai ialah ambil daripada bahagian atas lampu bonet kerana permukaannya yang sudah sedia rata. kalau mengambil bahagian seperti dalam gambar di atas, kita perlu panaskan dengan menggunakan heat gun untuk meratakan kepingan yang dipotong itu

inilah shape mengikut bentuk cover fog lamp yang terdapat pada lampu bonet berkenaan. gunakan kreativiti anda untuk memotong dan seterusnya merata dan melicinkan bahagian tepi shape ini. untuk mendapatkan bentuk seperti ini, kita perlu mengikut acuan lampu pada bahagian bulb yang sedia ada

langkah seterusnya ialah tampal masking tape pada lampu yang hendak kita tebuk mengikut shape yang dipotong tadi. letakkan shape tersebut dan buat lakaran pada bahagian tepi shape di atas masking tape yang ditampal tadi. seterunsya proses memotong cover lampu mengikut bentuk tersebut

inilah bentuk yang perlu kita hasilkan. berhati-hati semasa proses ini kerana kesilapan dan kekasaran kita, boleh menyebabkan cover lampu ini crack serta pecah. proses inilah memerlukan kesabaran yang tinggi iaitu kita perlu memotong, menebuk, mengikir dan menggosok dengan kertas pasir supaya bahagian tepi shape tersebut benar-benar rata dan cantik. pada bahagian melengkung ini kita perlu menebuk dengan drill mata halus untuk memotongnya

inilah hasilnya setelah pemasangan dilakukan dan pada masa gambar ini diambil saya masih belum gam lagi bahagian yang bercantum itu. gunakan gam yang bersesuaian seperti gam 3 minute transparet untuk melekatkan bahagian bercantum dengan kemas dan seterusnya dapat mengelakkan air memasuki pada bahagian lampu ini. gam pada bahagian sebelah dalam sahaja dan jangan sampai gam itu meleleh pada bahagian lain. apabila dah siap, maka bolehlah dipasangkan semula cover lampu pada lampu dan seterusnya pasangkan kembali pada kereta anda

dah siap gam dan dipasangkan kembali pada kereta. dalam hal ini, garisan kesan potong tadi memang akan nampak jika dilihat dengan jarak dekat dan kalau kereta berada di jalan raya kemungkinan dah nampak macam original fog lamp. saya pun tak pasti nak buat macamana untuk menghilangkan kesan dan garisan yang dipotong tadi. apa pun kesudahannya dengan melakukan projek seperti ini, hasilnya boleh dikatakan ok lah jugak dan paling penting menjimatkan kos serta poket anda

terima kasih
sincerely: jeff tacra