Shift Light via Apexi RSM

apa khabar semua... sekejap je masa berlalu, dah masuk bulan april pun. semoga follower blog saya ini sentiasa sihat sejahtera. ok, entri saya kali ini ialah bagaimana kita hendak menjadikan fungsi shift light bagi pengguna apexi RSM pada jentera masing-masing. kebetulan seorang rakan saya di subang jaya meminta saya membuat sedikit wiring pada shift light yang dihantar kepada saya melalui pos, jadi saya ambil peluang ini untuk memuatkan entri blog saya dengan projek yang saya lakukan ini. saya akan terangkan bagaimana cara untuk menghasilkan shift light seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi. peralatan penting yang perlu ada ialah relay 30A yang bole diperoleh di kedai spare part dan wire secukupnya

bagi kaki kereta memang akan tahu apa itu rsm dan apakah tujuan pemasangan rsm. ada beberapa versi rsm ini iaitu kalau first model bentuknya lebih besar sedikit daripada yang sedia ada di pasaran sekarang. versi imamura pun ada. yang warna biru serta hitam pun ada dijual sekarang sama ada baru atau yang terpakai


saya tidak akan tunjukkan di sini cara-cara untuk memasang rsm ini kerana pada entri terdahulu sudah terdapat langkah pemasangan dan wiring rsm ini pada kereta. boleh gunakan fungsi SEARCH pada blog ini untuk mencari mana-mana entri terdahulu. berdasarkan manual yang ditunjukkan di atas ialah bagaimana fungsi wire putih pada rsm ini adalah untuk mengaktifkan lampu tambahan ketika rpm tertentu seperti mana yang kita perlu setkan di rsm. diagram di atas jelas menunjukkan bagaimana proses wiring yang perlu dilakukan untuk menghidupkan bulb 12v yang digunakan nanti. wire putih rsm outputnya adalah ground, jadi perlu gunakan relay untuk mengaktifkan bulb yang bakal digunakan


inilah lakran diagram yang saya hasilkan untuk memudahkan sesiapa sahaja memahaminya. nampak lebih mudah untuk kita melakukan proses wiring nanti. kaki 85 relay sambung ke wire putih RSM, kaki 30 dan 86 relay perlu disambung ke 12v yang boleh diambil daripada wire kunci ataupun wire power pada rsm itu sendiri. manakala kaki 87 relay perlu disambung dengan wire + bulb atau led dan wire satu lagi bulb atau led perlu digroundkan pada body kereta. itulah sahaja yang perlu dilakukan untuk proses wiring ini, tinggal lagi kita nak setkan di dalam rsm rpm tertentu yang kita hendak jadikan sebagai shift light


sebelum dipasangkan pada kereta lebih baik sekiranya kita test terlebih dahulu sama ada berfungsi dengan baik atau sebaliknya. harus diingatkan bulb atau led yang perlu digunakan mestilah voltage 12v barulah dapat hidup dengan baik


video menunjukkan bulb telah hidup dengan sempurna dan bolehlah dipasangkan pada kereta nanti. lakukan proses penyambungan wire pada kereta dengan berhati-hati supaya tidak mendatangkan apa-apa masalah sama ada pada rsm itu sendiri ataupun pada kenderaan kita. kerja-kerja yang melibatkan wiring perlu diberi perhatian yang lebih. safety first


ini pula ialah video di kereta, setkan rpm rendah terlebih dahulu dan rev kereta hingga mencapai rpm yang disetkan tadi, sepatutnya shift light akan berfungsi dengan sempurna. apabila berjaya hidup maka bolehlah anda setkan pula limit rpm tertentu sebagai isyarat untuk anda menukar gear kereta anda. ok lah, semoga success dan selamat mencuba


terima kasih
sincerely: jeff tacra