Caliper Guide Pin Boot Replacement

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

apa khabar semua. semoga sihat sejahtera di samping kerja-kerja seharian anda. baiklah, entri saya kali ini ialah bagaimana cara untuk menukar caliper guide boot yang terletak pada caliper brake sesebuah kereta. entri ini khusus saya paparkan terhadap sistem brek mitsubishi evolution 3 dan sistem ini boleh dikatakan sama antara mana-mana kereta. saya menukar boot ini memandangkan ianya agak lama dan keadaannya yang sudah uzur akibat wear and tear, jadi anda juga perlu menukarnya sekiranya ada masalah yang akan saya nyatakan di bawah nanti

ini ialah sistem brek yang diambil daripada evo 3, twin pot caliper dapat dipadankan dengan kereta proton wira. sekiranya ada bunyi seperti besi berlaga terutamanya semasa melalui jalan tidak rata atau pun melalui garisan kuning di jalan raya bermakna caliper kereta anda telah longgar dan bergetar semasa melalui permukaan jalan sedemikian. hal ini disebabkan oleh pin boot atau getah yang terdapat pada pin caliper sudah longgar atau pun dah rosak. jadi jalan terbaik ialah menukar guide pin boot ini dengan yang baru

ternyata agak susah untuk mendapatkan getah ini di negara kita, malahan saya order khusus dari negara matahari terbit khas untuk kereta mitsubishi lancer kod CE9A. gambar atas menunjukkan part yang saya dapat iaitu set repair kit untuk caliper kereta yang saya nyatakan di atas tadi

saya cuma hendak gunakan getah pin sahaja, jadi part lain boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. mana tahu suatu hari nanti saya memerlukannya, lebih baik simpan sahaja. not for sale

inilah kedudukan getah tersebut iaitu pada pin antara caliper dan bracket brek. nampak dah kembang getah tersebut, sebab itulah bila lalu jalan tak rata ada bunyi bising pada bahagian ini. kesilapan kita juga boleh menyebabkan getah ini tidak berfungsi dengan baik, iaitu semasa kita servis brek kereta selalunya kita letak gris biasa pada boot dan dust cover piston, harus diingat gris biasa boleh menyebabkan getah pada brek menjadi kembang dan lama-kelamaan akan longgar. sebaiknya gunakan rubber grease yang boleh diperoleh di kedai spare part

lihat perbandingan getah baru (kiri) dan getah lama (kanan) dan ternyata di sebelah kanannya kelihatan besar saiznya berbanding dengan yang baru. sebab itulah caliper boleh bergetar dan bergoyang apabila melalui permukaan jalan yang tidak rata. asalnya getah yang sebelah kanan itu sama dengan sebelah kiri

untuk mengeluarkan getah ini terlebih dahulu buka nat atau pin caliper bahagian bawah. kemudian jongketkan caliper dan tolak caliper ke arah enjin kereta. dengan mudah pin atas akan dapat dikeluarkan daripada bracket caliper. jika susah nak keluarkan kemungkinan pin bahagian atas sudah berkarat. ada kalanya pomen memasukkan gris biasa, ini pun akan menyebabkan caliper menjadi ketat. getah kecil di sebelah kanan gambar ialah getah yang terdapat pada hujung pin bahagian atas caliper. getah ini pun saya tukar dengan yang baru

semasa memasang getah ini nanti jangan lupa untuk meletakkan gris yang dapat sekali dalam packaging yang disediakan. kalau tak ada gris ini gunakan rubber gris. gris merah seperti gambar di atas atau rubber gris tidak menyebabkan mana-mana getah menjadi kembang

sekarang cuba bandingkan dengan gambar ke-4 di atas. memang ada perbezaan kan? yang ini nampak kecil sahaja berbanding gambar ke-4 di atas. bila kita masukkan pin caliper agak ketat sedikit dan pin betul-betul fit pada bahagian getah baru ini, sebab itulah caliper tidak akan bergoyang atau bergetar

ini gambar getah lama yang dikeluarkan dan diganti dengan yang baru. masing-masing terdapat dua getah di kiri kanan caliper kereta iaitu pada bahagian pin atas dan pin bawah. getah kecil itu pula hanya diletakkan pada hujung pin bahagian atas caliper sahaja

apabila telah siap, pasangkan balik segala yang dibuka tadi dengan kemas, pastikan nat diikat dengan secukupnya. sekarang boleh menguji kereta anda dengan melalui permukaan jalan yang tidak rata dan ternayata pada kereta saya ini bunyian yang terhasil daripada caliper ini tidak lagi kedengaran

terima kasih
sincerely: jeff tacra