Dashcam Installation & Wiring Guide

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bersua lagi dengan tutorial pemasangan dashcam dan sedikit proses wiring untuk mengemaskan lagi pemasangan pada sesebuah kenderaan. kalau kita hanya pasang dengan plug in soket pada cigar lighter, akan nampak sedikit tidak kemas kerana wiring akan melalui bahagian bawah dashboard (cigar lighter) ke atas (windscreen). kita akan nampak wire menegak di hadapan screen. jadi paparan saya ini akan ditunjukkan bagaimana melakukan sedikit proses wiring dengan mengenakan suis on/off tambahan tanpa plug pada cigar lighter lagi

sudah menjadi trend semasa sekarang orang memasang dashcam pada kenderaan masing-masing, sama ada di bahagian hadapan mahupun pada bahagian belakan kereta. tujuannya ialah untuk keselamatan dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini dengan mudah kita dapat bukti yang jelas melalui paparan rekod video daripada dashcam tersebut. pemilihan brand dashcam bergantung kepada poket masing-masing, ada yang serendah rm50 sahaja dan ada yang mencecah hampir ribuan ringgit. perbezaan ini disebabkan kualiti video yang dihasilkan bermutu tinggi jika menggunakan set dashcam yang mahal dan begitulah sebaliknya, jika menggunakan set yang murah paparan video agak kabur sedikit, tepuk dada dan tanya poket anda

jika hendak membeli set dashcam anda perlu meneliti apakah spesifikasi yang ditawarkan, aksesori yang disertakan sekali dan tidak kurang penting juga ialah kapasiti micro SD card yang disertakan. ada sesetengah dashcam boleh support hingga 64GB ke atas. biasanya jika barang baharu disertakan sekali dashcam, suction cup, soket cigar lighter ke dashcam dan usb cable

asas pemasangannya sangat mudah dan simple sahaja. anda perlu letakkan dashcam dengan menggunakan suction cup di windscreen, pasangkan soket pada dashcam dan seterusnya plug ini soket ke cigar lihgter. start enjin dan dashcam akan mula beroperasi dengan merakam secara automatik. apabila kita off enjin dengan sendirinya dashcam akan off dan berhenti merakan. apabila merakam biasanya kita boleh set sama ada 2 minit atau 3 minit untuk satu file. dashcam secara automatik memadam file awal sekiranya memori penuh dan terus merakam video baru secara berterusan. tutorial saya ini tidak perlu lagi cucuk soket ke cigar lighter, kita mod sikit dan perlukan ON/OFF suis sahaja untuk ON/OFF dashcam, tiada lagi wayar yang berserabut

ini ialah actual pic dashcam yang saya gunakan pada kereta saya. saya tidak menggunakan suction cup tetapi menggunakan tapak dengan tape sahaja untuk memasangkannya pada windscreen, lebih kemas dan tidak mudah bergetar atau bergoyang. set ini saya beli dengan harga hampir rm500, berbaloi kerana imej HD yang dirakan sangat jelas dan banyak function lain lagi. video malam pun cantik

ini merupakan diagram ringkas yang saya hasilkan untuk menjayakan projek tersebut. kita perlu tarik satu wire daripada acc atau on pada kunci dengan meletakkan satu fuse 10A atau 7.5A ke kaki suis ON/OFF. pasangkan suis pada mana-mana bahagian dashboard kereta anda. pada satu kaki suis lagi sambungkan wire dan seterusnya ke bahagian hadapan soket cigar lighter, bahagian ini ialah untuk positif (12v). macamana nak sambung ke bahagian depan soket tu? sebenarnya ada cara. buka bahagian hadapan soket, keluarkan punat hadapan dan fuse di dalamnya. kita perlu tap wire daripada kaki suis ke wire merah di dalam soket cigar lighter ini. begitu juga dengan wire hitam, perlu tap atau sambungkan ke wire hitam yang terdapat padanya dan sambungkan ke body kereta. kemudian pasangkan balik penutup soket cigar ini. nanti saya paparkan gambar di bawah ini

kenapa kita perlukan soket ini? kenapa tak perlu sambung direct je ke dashcam? kalau anda sambung direct 12v ke dashcam serta merta dashcam anda akan rosak kerana dashcam memerlukan voltage hanya sekitar 5v sahaja. sebab itulah kita kena pakai balik adapter yang ada pada soket cigar lighter itu tadi. ok, daripada soket ini sambungkan ke soket dashcam anda. soroklah laluan wire pada mana-mana tempat, bawah dahsboard - pillar kereta - hadapan bumbung - seterusnya ke dashcam

ini soket cigar lighter yang telah saya mod tadi. tengok pada bahagian hadapan (muncungnya) dah ada 2 wire keluar iaitu satu ke fuse ke suis dan seterusnya ke acc dan satu lagi ke ground. lengkaplah proses wiring yang perlu kita lakukan. saya kira tidaklah cerewet sangat proses ini dan anda boleh lakukan secara DIY sahaja kot, lagi jimat tanpa mengupah mana-mana pihak lain yang buat. puas hati dengan hasil kerja sendiri

oleh sebab dah tak ada ruang lain nak letak suis maka saya mod panel bawah tu dengan meletakkan suis kat situ. panel pun dah berlubang-lubang kesan kena tebuk, nampak tak cantik dah :). pilihlah mana-mana lokasi suis yang bersesuaian, lagi cantik kalau menggunakan slot suis yang sedia ada pada dashboard kereta anda

selesai sudah pemasangan dashcam dan sedikit proses wiring yang perlu dilakukan. proses wiring ini bukan wajib, hanya pilihan sahaja. dengan menggunakan wire yang dibekalkan pun dashcam dapat berfungsi dengan baik. ini hanyalah cadangan saya sahaja. mungkin ada lagi cadangan lain yang lebih baik daripada rakan-rakan di luar sana. contoh video saya anda boleh lihat pada album video di FB saya iaitu www.facebook.com/jefftacra

terima kasih
sincerely: jeff tacra