Valve Cover Breather Hose

assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

masih berlum terlewat bagi saya ucapkan selamat tahun baru 2018 yang sudahpun 2 minggu sekarang, semoga azam dan cita-cita pada tahun ini akan tercapai. berbalik pada entri dan tutorial page saya kali ini ialah bagaimana kita hendak membuat atau mengubahsuai breather hose yang sedia ada pada valve cover sesebuah enjin dengan membuat saiz baharu. paparan ini saya khususkan bagi enjin mivec CA dan yang seangkatan dengannya terutamanya bagi enjin proton atau mitsu lancer yang mempunyak kod enjin 4Gxx. kebiasaannya kita selalu menaiktarafkan enjin kita tapi kita lupa untuk membesarkan sedikit sistem pernafasan enjin dan selalunya masalah kebocoran minyak hitam kerap berlaku pada bahagian head sesebuah enjin. dengan memberi kelegaan sedikit kepada sistem pernafasan ini sedikit sebanyak boleh membantu sistem pernafasan sesebuah enjin dengan lebih baik lagi. banyak info boleh diperoleh di laman web tertentu mengenai sistem breather ini

anda boleh peroleh banyak perbincangan mengenai vented valve cover ini di internet dan kebanyakannya membesarkan lubang breather hose yang sedia ada sama ada dengan melakukan proses weld atau pun membuat thread dengan saiz tertentu dan disambungkan dengan hose yang dikehendakki. gambar atas saya ambil daripada google iaitu enjin honda yang rata-rata pemiliknya membuat 2 lubang baru breather ini dengan menggunakan an10 fitting, nampak lebih kemas dan cantik. tutorial saya kali ini juga saya lakukan dengan membuat thread pada breather sedia ada dan menggunakan fitting saiz AN10 juga

ini merupakan sistem breather asal bagi enjin mivec ca dan kelihatan agak kecil sahaja. jika enjin anda masih dalam keadaan standard bolehlah mengekalkan saiz ini dan sekiranya perubahan pada enjin telah diusik maka berbaloilah memperbesar sedikit saiz breather ini. breather asal enjin mivec menggunakan hose bersaiz 8mm sahaja dan saya akan besarkannya nanti dengan menggunakan hose bersaiz 14mm

kebetulan dalam simpanan saya terdapat satu lagi valve cover spare dan saya mengambil alternatif ini untuk menjalan projek diy saya ini. gambar atas menunjukkan valve cover yang telah siap dibersihkan dengan membuang cat lama dengan menggunakan paint remover yang boleh diperoleh di mana-mana kedai hardware

projek saya ini saya akan hasilkan thread baharu pada lubang asal breather pipe dan akan memasangkan an10 ini. harga an fitting saiz 10 ini sekitar rm45 yang saya beli secara online dengan menggunakan laman web tertentu

antara peralatan yang saya gunakan untuk membuat lubang baharu pada lubang asal iaitu menggunakan carbide rotary bit, sangat senang nak hasilkan lubang baharu pada valve cover. kenapa tak guna drill bit sahaja, lagi mudah nak besarkan lubang? saya tidak gunakan drill bit kerana kedudukan lubang asal senget senget sedikit iaitu pada bahagian tepi baffle plate di dalam valve cover tersebut. kalau besarkan lubang sudah pasti tepi plate akan tembus, jadi perlu gunakan carbide rotary bit untuk mengalih sedikit kedudukan lubang ke bahagian kanan sedikit agar kedudukannya betul-betul pada bahagian tengah plate asal tersebut. keluarkan hose pipe asal dengan menggunakan playar grip sahaja

ini pula ialah taps bit iaitu untuk membuat thread baharu sesuai dengan saiz an10 fitting yang akan digunakan nanti. saiz thread yang saya akan gunakan ialah 3/8 bsp. apabila dah siap membuat lubang baharu dengan menggunakan carbide rotary bit tadi maka bolehlah kita mula membuat thread baharu dengan saiz tersebut, perlahan-lahan sehingga terhasillah lubang thread baharu yang baik

gambar atas menunjukkan an10 fitting yang telah siap dipasangkan pada lubang baharu yang dibuat tadi. tak perlu gunakan teflon tape sebab saya menggunakan taps thread jenis tapper untuk menghasilkan thread baharu. apabila dah siap saya spray valve cover ini dengan menggunakan wrinkle spray black pors dan hasilnya seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas

dah siap sepenuhnya, cuma belum dipasangkan lagi pada enjin memandangkan hari-hari biasa saya tumpukan pada kerja tetap saya. tengoklah nanti pada hujung minggu ini kalau berkesempatan untuk saya memasangnya dan kemudian saya akan membuat sedikit ulasan mengenai projek ini nanti. kalau nak senang hantar je foundry shop, mereka boleh buatkan breather hose ini atau ramai yang weld sahaja hose pipe saiz tertentu, sediakan pengerasnya sahaja

terima kasih
sincerely: jeff tacra