Alternator Bearing Replacement

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri kali ini saya akan jelaskan bagaimana cara yang perlu dilakukan untuk menukar alternator bearing sesebuah kereta khususnya bagi kereta proton atau mitsubishi 4G series. selalunya masalah bearing yang menghasilkan bunyi yang bising diakibatkan oleh kerosakan pada bearing itu sendiri sama ada bearing tayar, bearing compressor dan lain-lain peralatan mekanikal yang memerlukan pergerakan pusingan yang lain. tidak terkecuali juga bagi alternator yang juga mempunyai dua biji bearing iaitu bearing pada bahagian pulley alternator dan satu lagi pada bahagian belakang alternator yang saiznya lebih kecil jika dibandingkan dengan bearing pulley. kerosakan bearing selalunya akan menghasilkan bunyi yang agak bising pada bahagian peralatan tersebut dan kerosakan ini dapat dikesan melalui pendengaran kita. secara mudahnya apabila kita mendengar kelainan bunyi bising atau dengung yang ketara pada bahagian alternator maka kemungkinan besar bearing alternator telah rosak dan seharusnya perlu diganti dengan yang baru agar tidak mendatangkan apa-apa kemungkinan buruk yang bakal berlaku


saya tidak akan menerangkan secara detail bagaimana mengeluarkan alternator daripada kereta dan juga bagaimana cara untuk membuka dan memisahkan bahagian hadapan dan belakang alternator kerana entri mengenai ini telah saya kemukakan pada tutorial yang terdahulu. anda boleh cuba semak entri terdahulu mengenai cara membuka alternator dengan menggunakan kotak SEARCH pada bahagian atas kanan blog ini.


gambar atas menunjukkan bahagian hadapan alternator dan kita perlu membuka nat pulley yang bersaiz 24mm tersebut. agak susah untuk membukanya kerana nat turut berpusing mengikut pusingan pulley, caranya anda perlu menahan pergerakan tersebut dengan menggunakan screw driver yang dimasukkan pada bahagian hadapan alternator itu. lagi mudah sekiranya anda mempunyai air gun untuk membuka nat ini


setelah nat pulley dapat dibuka sebaiknya asingkan housing alternator daripada part-part yang lain seperti mana yang ditunjukkan pada gambar di atas. bearing akan berada pada bahagian belakang housing alternator tersebut. terdapat 4 biji screw untuk membuka stopper bearing nanti


buka 4 biji nat philips dan cabut plate besi sebagai stopper bearing pada bahagian belakang housing alternator. nat ini juga agak susah untuk dibuka dengan screw driver biasa, jadi anda perlukan impact driver untuk membuka keempat-empat biji nat tersebut


kedudukan bearing pada housing alternator. untuk mengeluarkan bearing, anda perlu ketuk daripada luar secara berhati-hati agar tidak merosakkan housing tersebut. di sini saya menggunakan mesin press untuk mengeluarkan bearing tersebut, pressure tak kuat sangat pun tetapi dengan menggunakan mesin press ini memudahkan kerja kita


dengan menggunakan mesin press begitu mudah mengeluarkan bearing. kelihatan dalam gambar bearing yang telah berjaya dikeluarkan


untuk mendapatkan bearing yang baharu, anda perlu membawa sample ke kedai spare part ataupun sekiranya anda dapat mengetahui no part dan saiz bearing, anda boleh membeli terus di kedai spare part. saya dapat dengan harga rm16 di spare part kuala terengganu, bearing brand KOYO. part number bearing ini ialah 6303


pasangkan bearing baharu mengikut kedudukan yang asal. sapukan sedikit minyak hitam untuk memudahkan bearing masuk ke tempatnya


pasangkan balik seperti asal, pasangkan pulley dan ketatkan nat secukupnya dengan torque yang betul untuk mengelakkan kemungkinan pulley tercabut dari tempatnya. uji dengan memusingkan pulley ini dan kini bunyi bising tidak kedengaran lagi

sincerely: jeff tacra