Ultra Shift Indicator Installation

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bersua lagi kali ini dengan entri pertama bagi tahun 2019 ini iaitu bagaimana cara memasang dan seterusnya membuat wiring untuk ultra shift indicator. sebenarnya gajet ini boleh dipasangkan sama ada pada enjin automatik atau enjin transmisi manual. apa yang penting ialah kita perlu membuat sedikit configuration pada gajet ini untuk membolehkan maklumat atau nombor tertentu dipaparkan pada screen mengikut gear enjin kereta.


bagi enjin auto pulak amatlah sesuai untuk mengetahui kedudukan gear berapa semasa kereta sedang bergerak di jalan raya, kalau manual kita tahu kedudukan gear kereta dengan mudah berpandukan gear semasa kereta. gajet ini hanya sebagai peringatan kedudukan gear kereta dan fungsi lain saya kira tidak ada yang lebih lagi


saya membeli set ini secara terus dari jepun dan sebaik dipos hanya memakan masa selama 3 hari sahaja untuk sampai ke tangan saya. sebenarnya ramai jugak runner di negara kita yang menjual gajet ini sama ada brand new atau pun used. dalam facebook atau mudah pun nampak ramai seller yang menjualnya. pilihan di tangan anda sendiri


saya memasang ultra shift indicator ini pada jazz wife saya, dan lokasinya ialah pada bahagian panel setereng kereta. anda boleh memilih mana-mana lokasi tertentu untuk menempatkan device ini. ada yang letak atas dashboard dan sebagainya lagi


inilah diagram yang banyak diperoleh di website yang kesemuanya dalam bahasa jepun. jadi saya akan tunjukkan proses wiring sebagai panduan kita semua, bolehlah pasang secara diy sahaja di rumah nanti. terdapat 5 wire utama pada device ini iaitu

  1. merah atau oren - 12v (acc) +
  2. cokelat - rpm signal
  3. hijau - speed signal
  4. purple - wire reverse (+)
  5. hitam - ground (-)

wire merah ini perlulah disambung pada acc kereta iaitu wire yang mempunyai arus 12v apabila kunci pada kedudukan acc. boleh di tap pada wire kunci kereta. manakala wire hitam pula ialah untuk disambungkan ke body kereta (ground atau -)


wire cokelat ialah wire rpm yang perlu ditap ke rpm signal di ecu kereta dan wire hijau ialah wire speed yang perlu disambungkan ke wire speed signal pada ecu. kedua-dua wire ini perlu disambungkan pada wire seperti yang dinyatakan tadi pada wire ecu kereta. jadi, anda perlu merujuk kepada diagram pinout ecu kereta uantk mengetahui dengan tepat kedudukan kedua-dua wire tersebut. manakala satu wire lagi iaitu wire warna purple untuk disambungkan ke wire lampu reverse kereta, nanti paparan R akan dipaparkan pada device ini sebaik sahaja kita memasukkan gear reverse


apabila siap, sebaik sahaja on kunci anda perlu membuat sedikit konfigurasi mengikut kesesuaian enjin kereta, seperti bilangan gear (1-5), jenis transmisi sama ada automatik atau manual dan beberapa lagi. saya tunjukkan video youtube di bawah nanti untuk memudahkan pemahaman bagi membuat setup nanti. contoh indicator n di atas selepas enjin dihidupkan


sebenarnya indicator di atas ialah paparan huruf R yang membawa maksud reverse iaitu kedudukan gear sebaik sahaja kita menukar gear pada kedudukan reverse

video proses wiring dan cara membuat setup pada device

terima kasih
sincerely: jeff tacra