4G92 Mivec to 4G93 Mivec

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

tidak dinafikan bahawa dewasa ini enjin 4g92 mivec yang bersesaran 1.6 litre menjadi pilihan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri di negara kita. walaupun enjin ini hanya 1.6 litre sahaja tetapi kuasa dan torque enjinnya boleh dikatakan amat memberangsangkan walaupun mempunyai cc yang kecil. kaki-kaki kereta di negara kita memang sangat kreatif kerana pada asasnya enjin ini tidak dikeluarkan sebagai 1.8 litre, namun orang kita boleh mengubahnya dengan menjadikannya sebagai mivec 1.8 litre tanpa ada sebarang masalah, malahan ada jugak yang menghasilkan mivec turbo yang ternyata lebih berkuasa tetapi ketahanannya tidak dapat dipastikan




entri kali ini khusus untuk membincangkan bagaimana langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengubah enjin asal 1.6 kepada enjin 1.8 litre. sepatutnya dah sesuai dengan kapasiti 1.6 tetapi begitulah orang kita, masih inginkan kuasa yang lebih dengan menukar dan mengubahnya menjadi 1.8 litre. bukan bermakna dengan menggunakan enjin mivec 1.8 litre dapat menjadikan enjin anda berkuasa dengan lebih hebat tetapi bolehlah untuk memuaskan sedikit hati kita

komponen penting yang perlu ada ialah anda perlu mendapatkan block engine 1.8 litre sama ada menggunakan enjin NA atau pun menggunakan enjin turbo. block na boleh diperoleh daripada mana-mana block enjin 4g93 sama ada enjin proton mahupun enjin keluaran mitsubishi. manakala block 1.8 turbo kebiasaannya diambil daripada enjin 4g93 turbo atau lebih dikenali sebagai enjin GSR turbo



saya mancadangkan anda menggunakan block gsr turbo kerana pada block engine ini terdapat oil jet (oil squirter) sama seperti pada block asal mivec 1.6. oil jet ini sangat penting untuk enjin hi rev seperti mivec iaitu engine oil akan dipancutkan pada piston apabila mencapai pressure tertentu pada minyak enjin yang juga berperanan untuk melancarkan pergerakan piston selain daripada menyejukkan piston itu sendiri. pada block na tidak terdapat fungsi ini tetapi anda boleh mengubahsuai dengan memasukkan oil jet ini pada block na. kebiasaanya machine shop dapat melakukan semua proses ini

part pada bahagian bawah engine block 1.8 litre perlu digunakan semula iaitu seperti crankshaft dan piston rod. pemilihan piston pula perlu diambilkira kerana compresion enjin akan berubah berdasarkan piston yang dipilih. compression asal mivec 1.6 litre sekitar 11 lebih manakala jika anda menggunakan piston mivec pada block 1.8 akan menghasilkan compression engine sekitar 14 dan ini agak tinggi jika dibandingkan dengan yang asal. terpulanglah kepada anda untuk menggunakan piston mivec atau piston 1.8, resepinya bergantung kepada pomen anda masing-masing yang lebih mengetahui cara untuk melakukannya

selain daripada crankshaft dan piston rod, part lain yang perlu ialah oil pump mivec yang diambil daripada enjin asal mivec 1.6, perlu digunakan kerana oil pump mivec dikatakan lebih kuat daripada oil pump 1.8. bagi oil pan pula anda boleh memilih sama ada oil pan mivec asal atau oil pan 1.8 tetapi bagi saya seeloknya ambil oil pan mivec kerana jenis aluminium. kalau menggunakan oil pan mivec anda perlu grind sedikit bahagian yang terkena dengan nat rod piston supaya oil pan tersebut tidak bergesel dengan nat piston rod cap. crank pulley boleh menggunakan yang 1.8 manakala flywheel pula perlu menggunakan flywheel mivec. water pump sama sahaja antara 1.6 dengan 1.8, boleh guna mana-mana sahaja tanpa masalah

pemilihan part-part enjin yang lain boleh menggunakan yang sedia ada pada enjin tersebut dan terpulanglah pada bajet anda untuk menggunakan part racing seperti ARP head stud, ARP main stud, bearing racing seperti ACL atau KING dan lain-lain lagi. penggunaan barangan dan part standard pun tidak mendatangkan masalah malahan lebih menjimatkan kos projek ini

untuk bahagian head engine pula sudah semestinya perlu menggunakan head mivec dan pemasangannya secara mudah boleh dilakukan pada block 1.8c c tanpa masalah. seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah kini, tidak lagi boleh menggunakan timing belt asal mivec 156YU29 kerana block 1.8 lebih tinggi daripada block standard 1.6, jadi sekarang anda perlu menukar timing belt ini dengan code 159YU29 atau pun ada yang menggunakan timing belt daripada enjin toyota supra, tetapi jenis ini tidak lebar seperti belt mitsubishi 29mm, toyota supra 25mm. tak ada masalah pun kalau guna yang toyota

akhirnya siaplah sebuah enjin hybrid mivec 1.8 (4G93 mivec). harus diingatkan anda masih boleh menggunakan injector asal mivec tetapi sebaik-baiknya anda menggunakan engine management sekurang-kurang apexi SAFC untuk menala enjin dengan lebih baik lagi. tanpa pengurusan enjin seperti ini boleh memudaratkan enjin dalam jangka masa panjang. apa pun projek hybrid seperti ini banyak bergantung kepada kemampuan poket anda, tepuk dada tanya selera. happy motoring