K20 Coil With Emanage Management

nampaknya ramai dalam kalangan kaki kereta menukar sistem ignition asal iaitu daripada coil dan cable plug asal kepada k20 coil on plug yang diambil daripada coil honda k20. tambahan pula lambakan coil ini begitu banyak di pasaran terpakai dan harganya pun boleh dikatakan tidaklah mahal sangat dan mampu milik oleh sesiapa pun. proses wiring coil k20 ini sangatlah mudah dan tidak hairan rata-rata kita dapati ramai yang menggunakannya pada jentera masing-masing




ada di antara kita yang dapat menghasilkan wiring harness secara plug n play sahaja tanpa membuat apa-apa pendawaian lagi pada wiring asal kereta. hanya cucuk soket dan start kereta sahaja. begitu mudah bukan?

pernah tak anda pasang set coil k20 ini pada kereta, proses wiring dah lengkap semua tapi sebaik sahaja kereta dihidupkan enjin tak dapat hidup seperti sebelumnya? adakah jentera anda menggunakan pengurusan enjin seperti emanage blue atau emanage ultimate? kalau ada inilah puncanya enjin anda tidak dapat dihidupkan. anda perlu lakukan sedikit penubahsuaian pada satu jumper pada board emanage tersebut




ini step yang perlu anda lakukan iaitu buka casing emange dan keluarkan board emanage berkenaan. bagi pengguna yang menggunakan emanage blue boardnya seperti di atas dan ada sedikit kelainan pada board emanage ultimate. bagi emanage blue anda cari dan dapatkan satu jumper yang ditandai dengan JP2. kita dapati pada JP2 tersebut terdapat marking 3 dan 1 (rujuk gambar). sebenarnya terdapat 3 tiang jumper padanya iaitu 3 2 1. pada defaultnya ialah jumper (benda kecik petak) berada pada kedudukan 1 dan 2

hanya dua step sahaja yang perlu dilakukan iaitu 1) angkat benda hitam petak tu dan 2) alihkan pada kedudukan 2 dan 3 seperti gambar ini. prosesnya sangat mudah sahaja. sebaik sahaja dah alihkan pada kedudukan 2 dan 3 maka bolehlah pasangkan kembali emanage ini pada kereta. masalahnya telah selesai dan sepatutnya kereta dapat dihidupkan secara normal

bagi yang menggunakan emanage ultimate pula, kaedahnya sama sahaja seperti pada emanage blue tetapi kedudukan jumpernya berlainan sekali. emange ultimate perlu ubah JP8 juga pada kedudukan 2 dan 3. apa fungsi JP 2 dan JP 8 ini pada emanage? sebenarnya jumper ini ialah ignition output bagi system ignition sesebuah coil. default jumper bagi kedua-dua emanage ini ialah 1 dan 2 iaitu 5 volt outputnya manakala pada kedudukan 2 dan 3 outputnya ialah 12 vlolt

entri akan datang
bagaimana cara yang perlu dilakukan untuk menghidupkan rpm bagi meter PROTON