Making a K20 Wiring Harness

assalamualaikum dan salam sejahtera

baru sekarang ada masa sedikit untuk menyediakan entry baru ini iaitu cara membuat wiring harness k20 untuk enjin 4G series. saya tidak menunjukkan secara terperinci cara-cara untuk menghasilkan harness ini, sekadar berkongsi gambar-gambar hasil kerja saya yang tidak seberapa ini, semoga sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada semua sekiranya ada keinginan untuk mencuba sendiri untuk menghasilkan wiring harness ini

memandangkan sekarang wabak pandemik corona virus atau lebih dikenali dengan covid-19, dan juga bersesuaian dengan perintah kawalan pergerakan di negara kita ada baiknya kita akur dengan arahan ini. oleh itu banyak masa yang kita ada di rumah, bolehlah kita melakukan kerja-kerja yang bermanfaat untuk kita dan keluarga kita. semoga wabak ini akan dapat dibanteras supaya kehidupan kita kembali normal seperti sedia kala




terus kepada point entry ini iaitu menghasilkan harness untuk kegunaan coil k20 pada enjin 4g series. contoh di atas ialah bagi enjin mivec dan juga boleh dipakai pada mana-mana enjin DOHC keluaran 4g proton atau mitsubishi

sebelum menghasilkan harness ini perlulah kita mempunyai tools dan parts tertentu untuk memudahkan kerja-kerja tersebut. peralatan yang wajib ada iaitu crimping tool, wire, soket, pin soket, pet braided sleeve dan beberapa peralatan lain lagi. gambar atas menunjukkan pin soket yang telah siap dicrimp pada wire. saya menggunakan wire yang diambil daripada wiring harness kereta lancer yang dibeli di halfcut. jadi wire automotif ini amat bersesuaian digunakan untuk projek ini

ini ialah gambar wire yang telah siap untuk satu soket, keseluruhannya kita kena sediakan 4 soket seperti ini. ukuran panjang wire yang perlu ialah sekitar 28 inci sahaja iaitu bermula dari soket plug no. 4 sehingga ke soket asal power tr di tepi intake manifold sebelah kanan enjin

satu dah siap dan tinggal lagi 3 soket perlu dibuat untuk melengkapkan 4 soket kesemuanya. sekiranya braided sleeve dan tag kuning tu tidak ada, anda boleh balut dengan black tape biasa sahaja, tak jadi masalah pun

untuk menghasilkan ukuran dan kedudukan yang tepat bagi setiap plug saya menggunakan rocker cover enjin sebenar seperti gambar di atas. jadi apabila dipasangkan nanti pada mana-mana enjin 4g series tetap sama dan tidak berubah. bagi melengkapkan penyambungan wire saya solder bagi setiap sambungan wire yang dibuat bagi menjamin contact wire kemas dan tidak mudah longgar. diagram untuk menghasilkan harness ini boleh didapati di internet, malahan di facebook saya pun ada saya disediakan

ini hasilnya apabila dah siap. saya menggunakan soket besar uantuk dipadankan dengan soket asal power tr hanya secara plug n play sahaja tanpa perlu membuat apa-apa pemotongan pada wiring asal kereta. pemasanganya sangat mudah, cucuk sahaja kepada empat coil k20 manakala soket besar tu palamkan sahaja pada soket asal powert tr kereta. selesai sahaja proses pemasangan ini, anda boleh terus start kereta dan sepatutnya kereta boleh dihidupkan seperti biasa. kalau tak hidup kena cek balik wiring harness ini

apa perbezaan gambar ini dengan gambar di atas tadi. boleh nampak kan. harness ini terdapat satu lagi wire tambahan yang kita nampak pada soket besar itu, fungsi wire ini ialah sebagai grounding tambahan untuk dipasang pada enjin kereta. saya buat grounding tambahan mengikut apa yang direquest oleh customer sahaja

kepada yang berminat untuk mendapatkan wiring harness k20 boleh berhubung dengan saya melalui aplikasi whatsapp di bawah ini. saya hanya buat bagi enjin proton/mitsu 4G series iaitu 4g91/92/93/93t/63/63t, gsr/mivecCA/gsrCK/mivecCK, evo1234567 dan suzuki swift
WHATSAPP: wasap.my/601120742565