Brake Bleeding Procedure

kali ni macam mana nak bleeding brake pula, iaitu untuk membuang udara dalam hose brek. kadang-kadang berlaku brek tak berapa mantap atau pun nak tukar minyak brek, jadi kena lah bleeding minyak brek supaya sistem braking akan bertambah mantap dan tidak rasa spongy pada pedal brake. untuk roses beleeding ini memerlukan orang kedua yang membantu kita untuk menekan pedal brek berulang kali, ajaklah isteri bagi yang dah berumahtangga atau pun adik beradik yang lain yang boleh membantu kita sekejap.

ada juga kit brake bleeding yang boleh dilakukan secara berseorangan tapi di negara kita ni susah nak dapat, kena order dari luar negara. kalau ada idea daripada pembaca sekelian bolehlah kemukakan untuk mereka peralatan ini, senanglah nak buat kerja seorang diri dan tak perlukan pembantu lagi



ini peralatan yang perlu ada iaitu flare nut. kalau guna spanar biasa tu boleh tetapi takut loose nut tembaga tu nanti. kalau guna flare nut ni memang selamat sebab takkan loose lagi bleed nut pada caliper. harga tak mahal sangat dalam belasan ringgit je pun. dapatkan saiz spanar ini iaitu 8mm dan 10mm kerana biasanya pada brek hadapan menggunakan bleed valve 10mm manakala pada bahagian belakang pula 8mm bagi yang menggunakan rear disc brake. drum brake wira juga menggunaka 10mm. di hardware banyak jual spanar jenis ni. kalau untuk fuel filter wira memerlukan spanar bersaiz 14mm



lagi gambar satu set flare nut. nak buat projek ni hanya beli satu pun dah memadai, tak perlu bazirkan duit untuk beli banyak-banyak seperti gambar di atas.


ni peralatan yang dibuat sendiri. botol air minuman yang ditebuk lubang pada bahagian tepinya dan dimasukkan hose putih kecik. boleh juga tebuk lubang pada penutup botol air mineral ini. tujuan hose ini digunakan ialah senang kita nak tengok aliran minyak brek yang keluar sama ada ada buih atau tidak. kalau keluar masih berbuih perlu ulang proses bleeding sehingga aliran minyak brake dalam hose ini tidak ada angin atau buih lagi


gambar cara memasang hose kat bleed valve. masukkan dulu spanar dan pasangkan pula hose transparent pada bleed valve, bolehlah kita mula jalankan proses bleeding yang akan diterangkan di bawah ini. tak perlu gunakan hose dan botol pun boleh tetapi kita tak dapat pantau minyak yang keluar sama ada sudah ok atau pun tidak. kalau kita perhatikan kerja pomen kat bengkel tak gunakan pun hose macam ni, hanya main pancut macam tu je tanpa kawalan yang sewajarnya


langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
1. masukkan flare nut kat bleed valve
2. masukkan hose kat muncung bleed valve
3. seorang rakan hendaklah menekan brek beberapa kali dan suruh hold brek pedal
4. buka bleed valve dan sebelum lepas pedal brek tutup nat ini
5. ulang beberapa kali sehingga aliran minyak dalam hose putih tu tak ada buih/udara
6. jangan lupa top up minyak brek, nanti semakin banya angin yang masuk dalam sistem brek

buatlah pada semua caliper dan proses ini sangat sesuai bagi yang hendak menukar minyak brek lama kepada minyak brek baru. lebih baik gunakan minyak DOT 4 kerana tahap boiling point ada lebih tinggi daripada minyak DOT 3


sincerely
jefftacra

34 comments:

fahmic99le said...

Bagus la bro..

tacra aka jeff said...

panduan untuk semua...

hafriz aizat said...

ada sifir x nak strt belah mana dahulu..

jeff_tacra said...

start kedudukan hose panjang dahulu iaitu, belakang kiri, belakang kanan, depan kiri dan diakhiri dengan depan kanan, tq

Anonymous said...

masa proses tekan brek kena start enjin ke tidak??
berat jugak tuh kaki nyerr...huu

jeff_tacra said...

tak perlu start kereta

Anonymous said...

aritu tuka servo double layer,pomen tu wat bleeding,tp xwat cmni abg jeff wat ni,dier loosekn paip besi kt brake pump tu je,pas2 tekan pedal bg...tpncut minyak brek,pas2 dier ktatkn blk...same ke?bleeding gk ye?

jeff_tacra said...

sama gak tapi tak berapa efisien...

peja said...

nk topup myk brake brape byk-wira

jeff_tacra said...

top-up hingga level max, ada marking kat tabung minya tu

Anonymous said...

hebat

Anonymous said...

salam
bang macam mana nak tinggikan pedal brek.
sebab bila saya membrek,dalam sangat nak tekan.
dulu pernah adjust kat pomen, sekrang nak cuba buat sendiri.lagipun brake pad masih tebal.

jeff_tacra said...

ejas kat push rod pedal brake, longgarkan nat 14mm kat push rod dan pusing push rod arah jam sambil tu ejas juga switch lampu brake kat situ

Anonymous said...

bang sebernanya saya tak tahu pun kedudukan push rod dekat mana.boleh tunjukkan gambar tak bang?
firzee@yahoo.com
terima kasih.

Anonymous said...

Nak tanya Flare nut tu nak beli kat kedai spart part ada jual ker??

jeff_tacra said...

flare wrench tu boleh dibeli di kedai hardware

Anonymous said...

klu na colourkn caliper camne ek???

jeff_tacra said...

nak warnakan caliper pertamanya kena cuci dulu caliper supaya minyak dan kotoran tiada. dapatkan spray hi-temp dan spray mengikut warna kegemaran. cover sikit bahagian lain supaya cat tak terkena ke body kereta

arif zakwan said...

paip 2 pkai paip pew pown xpew kan.. nak servis piston tu pkai ANTI KARAT biasa pown xpew kan??

Anonymous said...

salam,,
kekadang kereta saya ,keras ketika membrake.tetapi berek x makan,,trasa bahaya ketika menuruni bukit..apa masalahnya ???

jeff_tacra said...

kalau brek rasa keras kemungkinan servo brake bermasalah, kena tukar dengan yang lain sebab brek ni tak boleh dipandang remeh, sangat bahaya

Anonymous said...

terima kasih bang,atas jawapan tu,,sbb dah lama pening dgn masalah tersebut...

Anonymous said...

Salam abg jeff. bagaimanakah cara hendak membuka bleed valve yang telah patah pada caliper?

jeff_tacra said...

susah jugak nak buka tu, kena drill nat tu dan perlukan kesabaran untuk mengeluarkannya

Anonymous said...

abg jeff nk tanya..klu nk bleed tu valve die nk kne pulas hbis ke pulas skit je

jeff_tacra said...

Tak perlu pulas banyak, pusing sekadar nak keluarkan minyak brek je

rojie said...

nk tanya 2 kemusykilan

1, wira gua ade mslah bila time brek ade bunyi tikus... 2 kali pump bunyi ilang... jln sikit, bile nak tekan brek bunyi tu dtg blk, bunyi tikus lg ape sbbnya..??
2, 2 kali reflushing ATF, tapi mslah gearbox dtg blk.. mcm gearbox nak problem.. 1st time flushing mmg best..sbb yg buuat tu ex pomen proton.. tp musykil 8 bulan servis jd blk..?? TOLONG

jeff_tacra said...

kemungkinan bunyi pada caliper disebabkan brake pad nak habis, ada marking kat brake pad menandakan ianya dah nipis.minyak ATF sepatunya ditukar setiap 20k mileage untuk menjamin ketahanan gearbox

Abdullah Hakim said...

salam...bang,mane nk cri bleed valve wira nie..sya bli keta scond,dia punyer bleed valve da bulat..

Mohd Farid said...

Assalamualaikum. Abg Jeff, di manakah ada jual penutup getah bleed valve? Saya dah berjaya buat sendiri bleeding brek atas penduan abg Jef seperti di atas, cuma masalah saya ialah penutup getah bleed valve tu dah pecah masa saya nak buat bleeding. Saya dah cuba cari di kedai spare part di tempat saya tapi tokey tu kata penutup tu memang tak ada jual. Kereta jenis Iswara 1.3 (M) aeroback & Kancil 660(M)

jeff_tacra said...

kena cari kat halfcut atau bengkel. ambik dari caliper yang dah rosak

dIE said...

cikgu. . .nak tahu,apa punca apabila kita tekan padel brek . .brek makan. .tpl ama2 pedal brek makin turun sndiri. . dan mjadi tidak makan. . .kadang2 masa tekan pedal brek pn dia trun terus ke dalam. .proses bleeding dah buat.harap cikgu dapat membantu. . .terima kasih.

yan said...

Insyaallah selamat dan menjadi

hiraescion said...

Slm....bang mcm mna nak buang angin brake..wira