Disc & Caliper Conversion

kebanyakan orang lupa nak tingkat taraf sistem brek kereta kerana menjangkakan sistem brek yang sedia ada dah memadai untuk memberhentikan kereta. tukar enjin power boleh buat tapi brek kurang mencengkam, hal ini boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. oleh itu sangat baik kalau sistem brek ditukar kepada yang lebih baik untuk menampung kuasa enjin yang ada. apa salahnya keluarkan belanja sedikit untuk menaik taraf sistem brek kereta. banyak juga kes kemalangan berlaku akibat kegagalan brek iaitu brek tidak dapat berfungsi dengan cemerlang untuk memberhentikan kereta terutamanya semasa memandu dengan kelajuan tinggi. tak rugi kita upgrade brek kereta kita tapi biarlah sesuai dengan keupayaan enjin masing-masing

saya berpeluang menaik taraf caliper brek sebuah wira sedan. disc di atas merupakan disc dan caliper brek 4G15 aka wira 1.5, jadi owner kereta ni bercadang nak menukar disc dan caliper 4G92 mivec walaupun masih mengekalkan enjin standard. diameter rotor disc mivec lebih besar lagi daripada rotor disc 4G15 tambahan pula caliper pun agak jauh beza saiznya, jadi jarak hentian kereta apabila menggunakan brek ini akan menjadi lebih pendek sedikit daripada brek standard tadi. sebenarnya ada lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menaik taraf sistem brek seperti menukar servo dan master pump brek dengan yang double layer, menukar brake pad yang lebih baik dan mempunya brand yang reputasinya dah dikenali ramai, menukar hose brek standard kepada braided brake hose, menukar drum brek belakang kepada sistem disc dan caliper serta menggunakan minyak brek dot 4 daripada minyak asal yang kebanyakannya menggunakan dot 3 sahaja. banyak pilihan yang boleh dibuat bergantung kepada kemampuan dan kehendak owner kereta. jadi owner kereta wira sedan ini hanya hendak menukar caliper dan disc rotor sahaja dan ini pun dah membawa perubahan yang ketara pada kereta ini



langkah pertama kena bukak caliper asal dengan menggunakan spanar 17mm. ada dua nat di belakang caliper yang dipasang pada knuckle kereta. terlebih dahulu buka hose minyak brake dengan menggunaka spanar 14mm dan keluarkan disc brake. kalau sukar nak cabut disc rotor daripada hub, kita kena gunakan nat 12mm dan dimasukkan pada lubang yang telah tersedia pada disc rotor, pusing nat itu mengikut arah pusingan jam dan akhirnya disc akan mulai renggang dengan hub dan seterusnya dapat dicabut dengan mudah. gambar atas tu saya cuba memasukkan caliper mivec kat knuckle standard wira 1.5 dan ternyata memang masuk dengan cantik, tak perlu mod apa-apa pun. caliper twinpot evo pun boleh masuk kat knuckle wira 1.3 - 1.8 tanpa buat pengubahsuaian pada caliper atau knukle, cuma kalau nak guna disc evo pcd berbeza, hanya tebuh disc evo dengan pcd 100 terus dapat masuk ke knuckle asal wira

ini dia disc rotor 4G92 mivec standard dan ternyata disc ni tebal dari standard wira, diameter pun lebih besar lagi daripada wira. hanya plug n play je kat knuckle asal wira. dust cover di belakang tu pun yang mivec punya, saya perlu mod sedikit untuk dimasukkan pada knuckle wira tanpa memisahkan hub daripada knuckle


pasangkan dust cover dahulu diikuti dengan memasang disc dan kemudiannya barulah pasang caliper pada knuckle. memang mudah kerja ni sebab tak perlu mod apa-apa pun


pomen yang sedang buat kerja, saya lah tu hehehe... macam letih je. bukan letih pun sekadar memerhatikan peralatan yang dipasang pada kereta ini. nasib ada orang ambil gambar, jadi bolehlah dijadikan modal untuk blog saya. kalau saya seorang memang tak ada gambar jawabnya, maklumlah tangan dipenuhi kotoran dan minyak, sayang nak pegang kamera walaupun kamera mudah je


dust cover kat belakang tu boleh pakai yang asal tapi kalau nak pakai yang mivec pun boleh, kena mod sikit untuk masuk. kalau nak pakai yang asal kena umpil sedikit pada bahagian tepi cover tu sebab nanti kalau tak buat macam tu disc akan bergesel dengan cover tu. umpil perlahan-lahan menggunakan playar dah memadai agar cover tidak menyentuh disc


dah siap pasang dan jangan lupa lakukan proses bleeding minyak brek terlebih dahulu. proses bleeding dah ada dalam entri lain dalan blog saya ni, boleh search cara-cara nak bleeding minyak brek tujuannya supaya bubble trap tidak berkumpul di dalam hose minyak brek yang boleh mengakibatkan brek tidak dapat berfungsi dengan cemerlang. jangan lupa minyak brek juga perlu sediakan terlebih dahulu. selesai sudah tutorial pemasangan disc pada sebuah wira, anda boleh jalankan sendiri projek ini di rumah secara diy sahaja, ternyata pasti menjimatkan poket anda

sincerely
jefftacra





76 comments:

Anonymous said...

salam bos...
tahniah atas blog yang cukup banyak memberikan ilmu diy keta ni...

saya nak tanya satu soalan psl upgrade break depan ni...keta saya satria 1.3 nak upgrade ke disc waja 1.6, ada member nak tolak disc waja tapi takde knuckle...knuckle asal 1.3 saya boleh pakai masuk disc waja ke?...salin sekali caliper waja...boleh ke?

tacra aka jeff said...

disc tak boleh sebab PCD dah berlainan, melainkan tebuk disc jadi PCD 100. kenapa tak cari yang mitsu terus, plug & play je

Anonymous said...

kalo memang nak tuka pcd....memang bleh masuk ke disk blakang waja satu set bro jep?

tacra aka jeff said...

tak pasti pulak disc belakang waja dapat masuk kat wira/satria, tak pernah cuba lagi. kalau disc lancer/evo/gsr plug & play je walaupun PCD 114

Anonymous said...

salam..
saya aki,sy mempunyai kereta persona dan ingin menukar brake disc belakang...blhkah sy tahu berapa harga pengubahsuaian dan apakah jenis brake disc yg sesuai...tq

jeff_tacra said...

kalau persona boleh ambik dari model gen2 atau persona yang ada rear disc, dulu ada yang jual complete set dengan harga rm700 sahaja, sekarang tak pasti ada atau tidak lagi

kroll said...

Salam ...

Kete saya wira 1.5, so nak upgrade disc brake depan 1.6 ... jadi saya kena cari disc brake 1.6 wira @ miveclah kan ... kalau saya x nak tukar knuckle 1.5 yg asal tu, boleh ke disc + caliper 1.6 masuk ? ...

Byk2 kedai halfcut kt trg, kedai mana yang harga murah sket ...

jeff_tacra said...

boleh masuk kat knuckle 1.5 asal. try tengok kat lian seng, hup lee jalan kuala berang atau kat zuan jalan kamaruddin

eejam said...

salam,

baru2 ni saya tukar disbrake saga saya ke v4 single port, bole masuk,braking cun tapi problemnya bile speed 80 ke atas je kete jadi melayang layang, tak stabil, balancing ,alignment semua da buat tapi stil juga melayang-layang, kenape ek? saga saya pakai full set ultraracing bar,gab adjustable absober dan engine standed 1.5..

tima kasih

jeff_tacra said...

jadi melayang macam mana tu, tak berapa faham

Anonymous said...

salam abg jeff...
ade x DIY tukar brake pad???

jeff_tacra said...

tak susah sangat nak tukar pad caliper depan, buka skru 17mm kat bahagian bawah caliper, pastu jongketkan caliper dan tukar pad baru...

Anonymous said...

salam..sy pakai wira 1.5..bole ke msuk disc brake dpn vr4..sbb ade member nak jual tp cume rotor dgn caliper je..knuckle xde..bole trus PnP kat skru saiz 17 yg kat blkg knuckle wira tu tak ?..
tq bro..

jeff_tacra said...

wsalam... rotor vr4 lubang 114 dan wira 100, tak boleh plug & play melainkan tebuk disc jadi lubang 100

Anonymous said...

maknanya kalau da tebuk lubang dr pcd 114 ke 100,bole la psg ye?..kire caliper bole trus msuk knuckle wira?

jeff_tacra said...

kalau disc vr4 saya tak pasti, kalau disc evo just tebuk disc je jadi pcd100. caliper evo plug & play kat knuckle wira 1.3 - 1.8

mat said...

Salam abg jeff...

Keta sy lepas parking & dh turunkan handbrake, ada terdengar mcm brek lekat..

Kalo brek drum blkg wira 1.5, life span dia brpa lama??? bila masa sesuai kita perlu tukar?? ada tnda2 awal tk y menunjukkan drum brek blkg rosak??? Blh DIY ke y ni ek???

jeff_tacra said...

kena cek brake shoe untuk drum, kemungkinan dah haus. boleh diy

mat said...

ooo.. ok.. abg jeff leh tunjuk cara tk nk DIY tukar brake shoe nih... kalo upah kedai rs mcm mahal, nk bljar buat sendri la rsnya...

Anonymous said...

Salam..saya ada kereta wira, guna brake disk belakang. Bila tarik handbrake..brake tidak berapa makan la..apa sebabnya ye.?

Anonymous said...

bro,yg batang dkt bush sate tu batang ape ye?anti roll bar ke?

Anonymous said...

salam bro...ape beza disc wira 1.5 ngan 1.6 mivec?
Diameter besar ke dr wira 1.5?

jeff_tacra said...

diameter rotor dan piston caliper 1.6 lagi besar dari 1.5, so lagi cengkam brek berkenaan

Anonymous said...

bro xde nk tolak ker disc depan 4g92 mivec, rotor ngan caliper skali...klu ada roger2 la...tq

jeff_tacra said...

caliper sepasang je ada, rotor tak ada

Anonymous said...

salam bro, disk depan 4g92 ngan 4g92mivec sama saiz ker?

jeff_tacra said...

antara 92 biasa dengan 92 mivec rotor sama besar tapi lain rotornya, tak sama area ventilated tu

Anonymous said...

selamat pagi incik, Saya ada pertanyaan mengenai front brake utk BLM 1.6, power lebey tapi brake dia sama je dgn 1.3 punya spec...

boleh upgrade kepada jenis apa yang mudah plug n play ye? many thanks

Anonymous said...

bro..bleh tak kalu cuma upgrade saja disk 1.5 ke 1.6 tanpa tukar caliper tu..maksudnya pakai caliper asal 1.5..cuma tukar disk 1.6 saja.. boleh masuk x..keta wira 1.5

jeff_tacra said...

tak boleh masuk disc 1.6 dengan menggunakan caliper 1.5, disc 1.6 dimeter besar dan kena masuk sekali dengan caliper 1.6

Anonymous said...

ok bro..tq.. baru tadi angkat disk 1.5 complete set.. nak tukar 1.3 punya set yg asik jem tu.. ingat kalu bleh upgrade disk saja.. ok tq bro jeff.

Anonymous said...

selamat pagi incik, Saya ada pertanyaan mengenai front brake utk BLM 1.6, HP lebey tapi brake dia sama je dgn 1.3 punya spec...

boleh upgrade kepada caliper jenis apa yang mudah plug n play ye? many thanks

Anonymous said...

blm same kut dgn gen2 dan seangkatan dengannya..pcd114 kut.. kalu salah tlg betulkan..

Anonymous said...

abg jeff..kalu nk bleeding..katakan kita servis brake depan..nak kena bleed dua2 brake hadapan atau keempat2 brake tu..beri pencerahan sikit.

jeff_tacra said...

lebih baik buat 4 brake, mulakan dengan hose yang jauh dari pump dan diakhiri dengan yang paling dekat

Anonymous said...

ok..dah dpt pencerahan.. petang tadi saya servis brake wira 1.5 yg dibeli seken.. dah cuci semua.. tp nak buka piston x boleh.. dah cuba pusing dengan playar mmg ketat betu.. mcm mana nak cabut piston tu abg jeff? sebelum pasang saya nak servis dulu part2 dia.

jeff_tacra said...

nak keluarkan piston depan, caranya ialah sebelum membuka caliper tekan pedal brake sehingga terkeluar piston daripada caliper, jangan terkeluar habis, agak2 boleh gunakan playa untuk keluar piston tu

Anonymous said...

maksud abg jeff masa caliper masih tersambung dengan kabel hidraulik la? guna bantuan minyak brake utk tolak piston.. ok2 sy paham.. masalahnya skng sy beli set brake seken.. x melekat kt keta.. so kena buka brake keta asal dan pasang caliper baru tu pas tu brake bagi piston tu kuar..mcm tu ke?atau ada cara lain? nak bw gi kompress angin tak tau kena brapa plak nnt..ingat nk diy jer.

ARINA ARDZA said...

salam...bang jeff kalu saga BLM nk tukar disk depan kasi ngan n drum blakang nk tukar disk..model pew yg ngam eh.. saya budak baru..tolong ajarkan..

mann said...

slm bang...nk tnya pada pandangan abg jef,adakah memadai jika sebuah gen2 yang telah bernadikan enjin gsr tetapi masih menggunakan brek yang asal?disk gen2 yang asal lebih besar saiznya jika dibandingkan dgn disk gsr..

jeff_tacra said...

saya rasa dah memadai mengekalkan brake gen2 asal cuma perlu ditukar dengan pad brake yang lebih baik sedikit. untuk memantapkan brake anda saya sarankan menukar servo pump double layer

Anonymous said...

salam bro jeff,
nak tanya disc brake mivec ck pcd 100 bleh masuk x pada myvi?ada apa mod x?tq

saiful said...

Slm bang jeff cam ne nak tukar pad brek disk belakang??sbb saya gunakan cara tukar disk depan x boleh sbb ada cable hand brake kat disk belakang...

jeff_tacra said...

saya tak pasti dapat masuk atau tidak disc mivec pada myvi. nak buka caliper belakang terlebih dahulu kena buka cable hand brake

saiful said...

tq bang jeff atas jawapan yang diberi.....pertolongan abg jeff sangat saya hargai...

Anonymous said...

Brake disc belakang proton waja boley pasang kat proton persona ke? Coz persona sy model M-Line so xder disc brake belakang. Ingat nak convert drum ke disc brake.

Anonymous said...

Salam bro, utk upgrade braking system waja 1.6 yg paling efisen nak masuk brake dr mitsubishi mana..boleh tak senaraikan pilihan yg ada.klu boleh disc & caliper braket tak perlu mod.evo3 org kata PnP jer..evo 4 plak PnP+lubang buat balik,so antara lain ada tak pilihan.
1 lagi servo SR20 boleh masuk waja tak

Anonymous said...

saiz disc ni dgn lancer 4g91 sama tk abg jeff...dpn blkg..

Anonymous said...

salam, saya guna kereta saga lama 1.5 thn87. nak tukar disc break pakai wira punya,prosesnya plug & play atau perlu modifikasi lagi??atau mana2 disc break yg P&P nak minta pendapat?

Anonymous said...

jeff bro can share some WIRA ABS SYSTEM INFO?
my car abs light at dashboard meter is on and his never go of like normal

Anonymous said...

wira yang pakai disc belakang ade hand brake gak.kena adjust handbrake kat pomen.xtau abang jeff ade diy ke tak.

Raja Mongkut said...

abg jeff, sy guna brake-disk 1.6 belakang dan stendet kat depan kete WiraSE. masalahnya bila berhenti kawasan berbukit dan tekan brek ia masih mengelongsor pelahan ke blkg. sy dah tekan habis tp x berjaya. akhirnya sy terpksa main minyak. apa sbbnya yea?

jeff_tacra said...

kena bleeding balik kesemua 4 brake tersebut, kemungkinan dalam hose brek ada angin

pijo said...

Salam abg jeff, saya nk tany skit kalau break depan sebelah driver berbunyi kenapa ek? brake pad dh tukar tp masih berbunyi tp kalau tekan brake bunyi tu hilang. Disc pun dh trim supaya rata tp masih gak sama.

Anonymous said...

salam bro,disc belakang ape yang sesuai untuk saga blm ye?bg pendapat bro

Anonymous said...

lg 1, klu blh saiz disc belakang sama mcm depan baru nmpak mantap...

Anonymous said...

salam abg jeff,klau brake set mitsu fto pnp je kn??kt persona..knuckle pn nk msuk fto..ahk2 sme x yea?

jeff_tacra said...

rasanya boleh masuk kat persona

RZ said...

slm..abg jeff saya guna wira 1.5 dan saya dah upgrade disc belakang guna vr4 yg dah buat lobang... msk mmg cun..msalahnya kabel handbrek x berapa nk sampai.. jd soalan saya kabel handbreke jenis apa yg sayA perlu guna...

yus rizal said...

Salam bro..nk tnye syg pkai wira s.e..sy plak ade bli set disc lanser yg 10"..bole kah sy msuk disc lanser yg 10" tu tp mnggunakan nuckle dan piring rotor yg asal wira s.e sy..adakah lubang caliper same ngn wira s.e

jeff_tacra said...

sekiranya hendak upgrade disc besar kena ambik disc serta caliper sekali. knuckle asal wira boleh masuk disc dan caliper dari model lancer yang lain

yus rizal said...

Kk tq bro Jeff..wasalam

kidi said...

salam,brake disc waja depan boleh pnp masuk iswara tak? atau kena mod apa apa

angahclothes said...

assalamualaikum..untuk saga flx, brake disc belakang apa boleh masuk?terima kasih.

DC said...

Salam bang,

Sy pakai wira 1.3, cadang nak upgrade pg disc 1.5. Soalan saya adalah dpt tak pakai disc 1.5 tapi pakai calipar ori 1.3?

Anonymous said...

Bro Jeff, sy ada wira sedan 1.5, convert db depan vr4, db blkg wira 1.6, masalahnya brake pad blkg kanan langsung x touch dgn rotor samada tekan padel brek atau tarik handbrake... Sbelum pasang tu mmg dah servis caliper, tukar kit n skim rotor.. Sbelah kiri pula ok cuma x brapa mencengkam, handbrake dah tarik habis pun kreta masih boleh ditolak... Sy pakai kabel wira 1.6 punya (baru), handbrake masih pakai asal wira 1.5... Mesti pakai handbrake wira 1.6 juga ke? Pomen kata, tempat adjust caliper kanan tu dah rosak, x dpt adjust lg, caliper kiri pula dah habis adjust... Betul ke tu? Ada juga yg kata, db blkg wira 1.6 mmg x kuat cengkamannya, 4g91 lg better... Sy cadang nak tukar caliper blkg gsr/evo3, boleh pnp ke kat rotor 1.6? Saiz pad sama x? Tq bro Jeff

Jeff Tacra said...

kena adjust caliper keluar sikit supaya sentuh dengan pad. pusing lawan jam. pin pada pad kena grind dan buang

Brake's problem said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tq sbb reply bro... Tp sy kurg fhm.. Camna nak adjust? Benda apa yg dipusing lawan jam tu? Baru2 ni sy dah servis lg caliper tu kiri n kanan, kit sy x tukar sbb masih cantik lg... Skrg ni bila tekan brek, pad dah touch kat rotor tp x kuat grip, masih dpt dipusing guna tgn... Bila tarik handbrake pula, pad langsung x gerak bermakna piston pun x gerak lah kan? Masalah tu cuma pada brek blkg sbelah kanan shja, sbelah kiri ok takda masalah... Adakah disebabkan oleh kabel handbrake sbelah kanan tu terlalu panjang ataupun caliper dah rosak?

Dwen Celestial said...

Salam bang, disc pad depan belakang fto apa yang boleh di gantikan dengan pad proton ya?

Dwen Celestial said...

Salam bang, disc pad depan belakang fto apa yang boleh di gantikan dengan pad proton ya?

khairoll amir syaffiq said...

Salam..
Nk tanya disk brek blkng evo 3 boleh masuk dekat persona tak

Jeff Tacra said...

boleh masuk pada persona

Adnan Zawawi said...

Salam.. Kes yg sm berlaku pd sy. Kereta jd mcm beralun. Stering dh pegang straigt tp kerata nk kekiri n kekanan. Alignment dh buat. Mcm x stabil bl bawa laju sket. Iswara lmss, discbreark vr4...

Bohari Haj said...

Salam! Nk tanya caliper disc belakang piston 35mm kereta apa ye? Kalau nk beli repair kit nk cakap apa ye?

mohd helmi said...
This comment has been removed by the author.