Disc & Caliper Conversion

kebanyakan orang lupa nak tingkat taraf sistem brek kereta kerana menjangkakan sistem brek yang sedia ada dah memadai untuk memberhentikan kereta. tukar enjin power boleh buat tapi brek kurang mencengkam, hal ini boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. oleh itu sangat baik kalau sistem brek ditukar kepada yang lebih baik untuk menampung kuasa enjin yang ada. apa salahnya keluarkan belanja sedikit untuk menaik taraf sistem brek kereta. banyak juga kes kemalangan berlaku akibat kegagalan brek iaitu brek tidak dapat berfungsi dengan cemerlang untuk memberhentikan kereta terutamanya semasa memandu dengan kelajuan tinggi. tak rugi kita upgrade brek kereta kita tapi biarlah sesuai dengan keupayaan enjin masing-masing

saya berpeluang menaik taraf caliper brek sebuah wira sedan. disc di atas merupakan disc dan caliper brek 4G15 aka wira 1.5, jadi owner kereta ni bercadang nak menukar disc dan caliper 4G92 mivec walaupun masih mengekalkan enjin standard. diameter rotor disc mivec lebih besar lagi daripada rotor disc 4G15 tambahan pula caliper pun agak jauh beza saiznya, jadi jarak hentian kereta apabila menggunakan brek ini akan menjadi lebih pendek sedikit daripada brek standard tadi. sebenarnya ada lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menaik taraf sistem brek seperti menukar servo dan master pump brek dengan yang double layer, menukar brake pad yang lebih baik dan mempunya brand yang reputasinya dah dikenali ramai, menukar hose brek standard kepada braided brake hose, menukar drum brek belakang kepada sistem disc dan caliper serta menggunakan minyak brek dot 4 daripada minyak asal yang kebanyakannya menggunakan dot 3 sahaja. banyak pilihan yang boleh dibuat bergantung kepada kemampuan dan kehendak owner kereta. jadi owner kereta wira sedan ini hanya hendak menukar caliper dan disc rotor sahaja dan ini pun dah membawa perubahan yang ketara pada kereta ini



langkah pertama kena bukak caliper asal dengan menggunakan spanar 17mm. ada dua nat di belakang caliper yang dipasang pada knuckle kereta. terlebih dahulu buka hose minyak brake dengan menggunaka spanar 14mm dan keluarkan disc brake. kalau sukar nak cabut disc rotor daripada hub, kita kena gunakan nat 12mm dan dimasukkan pada lubang yang telah tersedia pada disc rotor, pusing nat itu mengikut arah pusingan jam dan akhirnya disc akan mulai renggang dengan hub dan seterusnya dapat dicabut dengan mudah. gambar atas tu saya cuba memasukkan caliper mivec kat knuckle standard wira 1.5 dan ternyata memang masuk dengan cantik, tak perlu mod apa-apa pun. caliper twinpot evo pun boleh masuk kat knuckle wira 1.3 - 1.8 tanpa buat pengubahsuaian pada caliper atau knukle, cuma kalau nak guna disc evo pcd berbeza, hanya tebuh disc evo dengan pcd 100 terus dapat masuk ke knuckle asal wira

ini dia disc rotor 4G92 mivec standard dan ternyata disc ni tebal dari standard wira, diameter pun lebih besar lagi daripada wira. hanya plug n play je kat knuckle asal wira. dust cover di belakang tu pun yang mivec punya, saya perlu mod sedikit untuk dimasukkan pada knuckle wira tanpa memisahkan hub daripada knuckle


pasangkan dust cover dahulu diikuti dengan memasang disc dan kemudiannya barulah pasang caliper pada knuckle. memang mudah kerja ni sebab tak perlu mod apa-apa pun


pomen yang sedang buat kerja, saya lah tu hehehe... macam letih je. bukan letih pun sekadar memerhatikan peralatan yang dipasang pada kereta ini. nasib ada orang ambil gambar, jadi bolehlah dijadikan modal untuk blog saya. kalau saya seorang memang tak ada gambar jawabnya, maklumlah tangan dipenuhi kotoran dan minyak, sayang nak pegang kamera walaupun kamera mudah je


dust cover kat belakang tu boleh pakai yang asal tapi kalau nak pakai yang mivec pun boleh, kena mod sikit untuk masuk. kalau nak pakai yang asal kena umpil sedikit pada bahagian tepi cover tu sebab nanti kalau tak buat macam tu disc akan bergesel dengan cover tu. umpil perlahan-lahan menggunakan playar dah memadai agar cover tidak menyentuh disc


dah siap pasang dan jangan lupa lakukan proses bleeding minyak brek terlebih dahulu. proses bleeding dah ada dalam entri lain dalan blog saya ni, boleh search cara-cara nak bleeding minyak brek tujuannya supaya bubble trap tidak berkumpul di dalam hose minyak brek yang boleh mengakibatkan brek tidak dapat berfungsi dengan cemerlang. jangan lupa minyak brek juga perlu sediakan terlebih dahulu. selesai sudah tutorial pemasangan disc pada sebuah wira, anda boleh jalankan sendiri projek ini di rumah secara diy sahaja, ternyata pasti menjimatkan poket anda

sincerely
jefftacra