Steering Pump Shaft Bearing Replacement

salam kemerdekaan yang ke-58, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkannya kepada pengunjung dan followers page diytacra.com. kali ini saya paparkan cara untuk menukar shaft bearing power steering pump bagi kereta mitsubishi khasnya bagi enjin yang mempunyai kod 491/2/3 ataupun power steering pump mitsubishi evolution 1/2/3. kaedah ini juga boleh dilakukan kepada pemilik kenderaan proton terutama wira/satria/putra yang berkapisiti 1.6/1.8 liter. power steering pump sangat penting kerana sebaik sahaja kereta dihidupkan maka berjalanlah pulley pump yang seterusnya menggerakkan mekanisme pump untuk mengalirkan minyak power steering ke steering rack dan begitulah seterusnya minyak akan sentiasa rolling untuk meringankan stereng kereta kita. tanpa motor power steering maka beratlah terasa pada setereng apabila kita mengendalikannya

seorang rakan yang juga pemilik wira aeroback telah menelefon saya dan memberitahu masalah keretanya iaitu terdapat bunyi yang sangat kuat pada bahagian pump power steering kereta. sebaik sahaja memandu keretanya ke tempat kerja didapati minyak power stereng telah terkeluar daripada tabung minyak dan hal ini adalah berpunca daripada kerosakan yang berlaku pada power steering pump. untuk pulang ke rumah saya mencadangkan agar dia membuka belting power stereng kerana dikhuatiri kerosakan bertambah teruk sekiranya terus menggunakan power steering. jadi bolehlah dia pulang ke rumah dengan stereng yang sangat berat kerana dah bukan power steering, nasib tak jauh sangat antara tempat kerja dengan rumahnya

apabila diperiksa didapati memang pulley pump telah bergoyang dan pada anggapan saya kemungkinan bearing shaft telah rosak atau dah hancur. telahan saya memang benar kerana setelah dikeluarkan bearing daripada pump didapati bearing tersebut rosak teruk kerana ada bracket bebola besi dalam bearing telah hilang entah ke mana, mungkin akibat pergerakan semasa memandu kenderaan tadi menyebabkan ada besi yang hancur akibat geseran

inilah keadaan shaft bearing yang telah dikeluarkan daripada pump tersebut dan untuk mengeluarkannya bukan cara yang mudah kerana memerlukan hydraulic press machine. biasanya kita boleh buat di mana-mana bengkel atau kedai spare part yang mempunyai perkhidmatan seperti ini. ada dalam kalangan pomen yang agak keberatan untuk membaik pulih pump ini kerana kerja-kerja yang perlu dilakukan agak cerewet sedikit. bukan saya katakan semua pomen tak nak buat, ada yang nak buat tapi mostly mencadangkan agar tukar dengan pump yang baru sahaja, senang kerja iaitu buka pump lama dan pasang sahaja pump baru

setelah bearing dikeluarkan bolehlah membawanya ke kedai spare part untuk mendapatkan bearing yang baru. kalau tak nak bawak sample anda kena tahu part number bearing tersebut. bagi bearing power steeering pump ini no partnya ialah 6203 seperti yang tertera pada kotak berdasarkan gambar di atas. part number ini juga boleh didapati pada permukaan bearing tersebut. saya dapat dengan harga rm10 sahaja di kedai spare part teong lean di jalan pulau kambing, kuala terengganu. bagi yang tinggal di negeri terengganu khususnya sekitar kuala terengganu kedai ini agak familiar bagi sesiapa yang berhajatkan spare part kereta

inilah peralatan pump power steering yang telah diservis sepenuhnya oleh saya sendiri dan bersedia untuk dipasangkan dengan bearing baru. di dalam pump juga terdapat satu oil seal yang perlu ditukar sekiranya bocor, kalau tak bocor boleh pakai lagi yang lama tu, rasanya tak ada masalah pun

untuk memasang bearing pada tempatnya iaitu pertamanya masukkan atau padankan bearing kepada shaft pump tadi. kalau tak ada press machine sebenarnya anda boleh mengetuk shaft untuk dimasukkan ke bearing tapi cara ini tidak digalakkan kerana boleh merosakkan bearing

kemudiannya press bearing ke dalam housing pump seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. jangan lupa sapukan sedikit gris pada bahagian bearing dan shaft sebelum dipasangkan bearing agar dengan cara ini dapat melicinkan permukaan yang bergeser agar senang dipasangkan nanti

setelah bearing berjaya dipasangkan pada housing pump maka boleh kita memasang kembali snap ring yang berfungsi sebagai lock untuk bearing tersebut agar tidak mudah terkeluar atau tercabut semasa pump beroperasi nanti. washer seperti gambar di atas dimasukkan dahulu pada permukaan bearing dan kemudiannya diikuti dengan snap ring

pasangkan pulley power steering pump seperti gambar yang ditunjukkan dan jangan lupa untuk meletakkan kepingan besi bulat pada bahagian bawah pulley agar pemasangan dapat dilakukan dengan sempurna dan juga tidak menyebabkan pulley bengkok apabila menggunakan mesin press ini

akhir sekali pasangkan penutup pump pada bahagian belakang pump dan ketatkan nat secukupnya. masukkan minyak power steering sedikit agar bahagian yang bergeser tidak rosak. dah siap sepenuhnya cuba pusingkan pulley beberapa kali. memang akan terasa ketat sikit sebab bearing baru, jangan risau sebab hal ini tidak mendatangkan apa-apa masalah dengan syarat pulley dapat dipusingkan tanpa ada bunyi-bunyi geseran luar biasa berlaku

kebetulan owner kereta ini datang tadi dan saya serahkan balik power steering pump ini kepadanya. owner tak nak jual dan nak jadikan spare part untuk kereta. yang dipasangkan pada keretanya itu ialah part saya sendiri yang saya jualkan kepadanya, kebetulan saya ada satu pump ini yang saya simpan untuk kegunaan sekiranya rakan-rakan terdekat yang memerlukannya. sekian terima kasih

sincerely: jefftacra