Bush Sate

lower arm link bush lebih dikenali sebagai bush sate kerana kena cucuk macam sate kot untuk memasangnya, sehinggakan tokey kedai spare part pun menyebutnya sebagai bush sate. kalau kita sebut bush lower arm link susah sikit pekerjanya nak faham. sebenarnya kalau dah lama bush standard akan jadi kemek, penyek, pecah dan ini membuatkan kereta rasa tak stabil ataupun akan mengeluarkan bunyian yang kurang menyenangkan terutamanya semasa kita memandu kereta. jadi sudah sampai masanya untuk ditukarkan dengan yang baru. pilihlah bush yang berjenama sedikit dan jangan gunakan yang local atau cap ayam kerana tak sampai setahun penggunaannya pasti bush tersebut akan rosak disebabkan material yang digunakan tidak setanding dengan material bush standard pada kereta. kalau usia kereta dah mencecah 5 tahun lebih eloklah tukar dengan yang baru. lebih baik ambik yang original di pusat service proton

untuk menukar bush sate ni pertamanya kereta perlu di jack kiri dan kanan kerana kalau hanya gunakan satu jack dan buat sebelah-sebelah agak sukar akibat tekanan di sebelah satu lagi. jadi disarankan menggunakan dua jack serentak supaya anti roll bar tidak stress atau menekan sebelah yang satu lagi. lebih mudah untuk membuka dan memasang bush baru dengan menggunakan 2 buah jack iaitu kiri dan kanan kereta serentak


ini rupa bush sate dan saya memilih PU SUPER PRO BUSH yang boleh didapati di kedai menjual barangan performance kereta dan brand ini tidak terdapat di kedai spare part. ada sesetengah kedai kita bagitau nak brand ini dia pun tak tau jenis yang macamana. PU SUPER PRO berharga sekitar rm60 satu set (8 biji). boleh juga pakai bush kat spare part tapi tak tahan lama lah jawabnya. ori proton memang tahan. saya membeli bush super pro ini secara online melalui web www.pentagon.com.my



ada 8 bijik semuanya iaitu 4 kiri dan 4 kanan. ternyata bush ini sangat kuat dan tidak mudah ditekan dengan tangan. alternatif lain ialah menggunakan bush silikon dengan pelbagai pilihan warna yang dikeluarkan oleh pengilang. silikon lagi keras daripada standard dan juga tidak mudah pecah. harganya pun jauh lebih murah daripada bush brand super pro ini iaitu sekitar rm30.00 sahaja bagi satu set. kalau ada yang nak bush silikon boleh contact saya melalui email dan saya boleh poskan dengan menggunakan perkhidmatan poslaju ke tempat anda


ini rupa bush standard, kena buka nat 12mm kat hujung bush. kelihatannya memang kena cucuk kat batang besi tengah tu sebab tu dinamakan bus satey, rupa macam satey je


dah buka... lama dan baru. perhatikan bush lama dah nampak senget dan penyek sedikit tetapi masih lagi belum pecah. sebenarnya boleh pakai lagi tapi memandangkan saya hendak menukarnya dengan brand super pro saya tetap membuangnya begitu sahaja


cucuk satu persatu bush diselang-selikan dengan washer bush seperti yang tertera pada gambar di atas. apabila dah siap cucuk dan susun macam ni anda perlu pasangkan yang sebelah lagi. jangan terus ikat nat kerana apabila nak pasang yang sebelah lagi dah tak boleh kerana tekanan pada anti roll bar


ikat secukup rasa dan jangan terlalu ketat, jangan terlalu longgar. kalau ketat sangat bush akan menjadi penyek dan kemungkinan akan pecah pulak dan kalau terlalu longgar pemanduan akan tidak stabil dan kemungkinan akan mengeluarkan bunyi seperti besi berlaga yang tidak menyenangkan pendengaran kita. maklumlah, bagi kaki kereta kalau kereta ada bunyi sedikit dah tak senang duduk, mesti nak cari jugak bunyi apa dan dimanakah datangnya bunyi tersebut. selalgi tak jumpa selagi tu akan berasa gelisah tak menentu, betul tak?

sincerely
jefftacra