VIVA Reverse Sensor

bagi yang tak ada reverse sensor bolehlah pasang benda nih. tools kena cukup seperti drill dan lain-lain yang berkenaan. kebiasaannya viva tidak didatangkan dengan reverse sensor melainkan hanya versi premium sahaja yang ada. jadi kena pasanglah sendiri lah benda ni. revese sensor memang penting untuk memberitahu kita jarak semasa kita reverse kenderaan. modul reverse sensor ini banyak dijual di kedai aksesori dengan pelbagai harga, ada yang murah dan ada yang mahal bergantung pada poket masing-masing


buat marking sikit mengikut diameter reverse sensor berkenaan. permulaannya jangan terlalu besar nanti loose pulak... kalau dah terlajak besar memang agak sukar nak mengubat balik sebab tu lah saya cadangkan tebuk lubang kecil dulu. kadang-kadang ada set reverse sensor yang didatangkan sekali dengan saiz mata drill tersendiri, jadi memang senang kerja menebuk lubang pada bumper. biasanya kalau tak ada disertakan sekali maka bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk melakar dan menebuk lubang pada bumber


try masuk... kalau dapat tu ok lah dan kalau tak muat lagi kena drill lagi kasi ngam dengan reverse sensor. kesabaran sangat penting kerana kalau sekali tersalah buat susah nak cover balik lubang tu. drill dan uji beberapa kali agar hasil kerja nanti memuaskan hati kita. dah namanya diy so tak perlu lagi nak suruh orang kedai buat. memang boleh buat kat kedai sebab ada pakej yang ditawarkan oleh pekedai termasuk pemasangan terus, tak pening kepala, hanya sediakan duit sahaja. tapi kalau diy lain feelnya yang kita dapat



dah siap pasang reverse sensor... tinggal wiring je lagi. sebenarnya ada pelbagai warna jugak reverse sensor dan pilihlah yang bersesuaian dengan warna kereta anda. kalau ambik hitam tak nampak janggal sangat pada apa-apa warna kereta sekali pun


ini rupa module reverse sensor, cuma perlu wiring dua wayar sahaja iaitu wayar hitam untuk body atau ground (-) dan merah untuk positif (12v)


ini pulak tempat nak letak module reverse sensor, gunakan double sided tape je. pilihlah tempat letak module dengan tempat yang sesuai begitu juga dengan buzzer nanti supaya jelas kedengaran apabila kita reverse kereta


wayar hitam - ground (-)
wayar merah - tap kat lampu reverse (+)
tap wire berkena ke lampu reverse kereta, sebelum tu kena test wire lampu reverse mana satu positif atau yang supply 12v. yang negatif (-) tak jadi masalah sebab boleh tap ke body kereta sahaja

Sekian, terima kasih