power steering pump repair

kali ini saya paparkan tutorial atau cara bagaimana hendak menukar oil seal pada power steering pump yang bocor. kebocoran boleh dikesan melalui shaft pulley pump berkenaan yang kebiasaannya kesan minyak dapat dilihat di sekitarnya yang keluar ataupun jika dah lama bocor kita akan dapat lihat kesan pasir yang diselaputi minyak. jadi lebih baik sekiranya oil seal dalam pump berkenaan ditukar sepenuhnya kepada yang baru untuk mengelakkan sebarang kemungkinan semasa mengendalikan kereta nanti. kalau pump tidak berfungsi atau minyak power steering habis kemungkinan stereng kereta akan terasa berat semasa memusingkan stereng, dah jadi macam stereng manual tanpa power steering pulak

ini rupa power steering pump repair kit yang boleh didapati di mana-mana kedai spare part. untuk kereta proton khususnya wira atau mitsu harganya sekitar rm30 - rm35 satu set. di dalamnya terdapat oil ring tertentu yang khsusus untuk pump tertentu sahaja sebab itulah sekiranya kita hendak membelinya pastikan kita bagi tahu stereng pump kereta wira berapa cc. 1.3/1.5 sama sahaja dan ini berlainan dengan 1.6/1.8

satu set oil seal yang dikeluarkan daripada plastik repair kit tadi. terdapat beberapa jenis oil seal yang berlainan dan kita perlu menggantikan mana-mana oil seal yang terdapat pada pump tersebut dengan yang baru


buka cover belakang pump dan kemudiannya kena buka snap ring kat bahagian shaft berkenaan untuk mengeluarkan shaft pulley dari body pump. snap ring ini merupakan lock kepada shaft tersebut

keluarkan alatan pump... apa nama entah saya pun tak pasti nak nyatakan kat sini. pastikan kedudukannya betul agar semasa memasang nanti kita tidak memasangnya secara terbalik yang mungkin menjejaskan operasinya atau pun mungkin merosakkan pump tersebut

bila snap ring dibuka maka dapatkan keluarkan shaft pulley berkenan dan barulah oil seal baru dapat dimasukkan. gambar atas oil seal telah dikeluarkan daripada pump

pasang oil seal baru dengan betul dan jangan senget kerana kemungkinan minyak power steering akan bocor boleh berlaku. gunakan spanar box yang bersesuaian dan ketuklah perlahan-lahan agar seal dapat masuk dengan betul dan sempurna pada tempatnya

masukkan semula pulley shaft

terbalikkan dan tukar segala seal yang ada pada bahagian berkenaan

pasang balik seperti mana mula-mula tadi, ketatkan semua nat dan skru yang dibuka secukupnya. periksa dengan teliti agar semuanya terpasang dengan lengkap, jangan telebih skru pulak ye

pasang pump kat kereta seperti asal

jangan lupa masukkan minyak power steering yang baru, pasangkan semula belting power stereng. start engine dan pusingkan steering kiri dan kanan beberapa kali untuk proses bleeding minya power steering. tambah minyak power steering sekiranya kurang daripada takatnya dan biarkan idling seketika. perikasa sekitar pump dan pastikan tiada kebocoran berlaku

terima kasih
sincerely: jeff tacra