kebiasaannya clutch pump boleh mengalami kebocoran dan akibatnya gear tidak dapat masuk, tersadailah kereta, hehhe... kalau dah menunjukkan minyak gear hilang atau surut bermakna kemungkinan besar clutch bocor. tengok kat clutch pump ada lelehan minyak atau tidak, kalau ada bermakna bocorlah tu... clutch pump ada dua iaitu master clutch pump (atas) dan secondary clutch pump (bawah)
untuk menukar master clutch pump langkah pertama ialah keluarkan minyak terlebih dahulu. dan kemudian barulah buka nat 12mm di bahagian tepi pump tersebut, nat yang menyambungkan hose minyak ke clutch bawah
buka klip kat pedal clutch
buka dua skru bersaiz 12mm dan tarik ke depan clutch pump tersebut
master clutch pump (atas)