Master & Secondary Clutch Pump

kebiasaannya clutch pump boleh mengalami kebocoran dan akibatnya gear tidak dapat masuk, tersadailah kereta, hehhe... kalau dah menunjukkan minyak gear hilang atau surut bermakna kemungkinan besar clutch bocor. tengok kat clutch pump ada lelehan minyak atau tidak, kalau ada bermakna bocorlah tu... clutch pump ada dua iaitu master clutch pump (atas) dan secondary clutch pump (bawah)


untuk menukar master clutch pump langkah pertama ialah keluarkan minyak terlebih dahulu. dan kemudian barulah buka nat 12mm di bahagian tepi pump tersebut, nat yang menyambungkan hose minyak ke clutch bawah


buka klip kat pedal clutch


buka dua skru bersaiz 12mm dan tarik ke depan clutch pump tersebut


master clutch pump (atas)


secondary clutch pump (bawah)


bagi clutch pump bawah pula biasanya piston clutch yang telah haus menyebabkan kebocoran. tengok bahagian tengah warna oren tu.


piston clutch ada jual kat mana-mana spare part, kena bawak sample ke kedai. tak mahal sangat barang ni


piston yang telah haus, tengok pada bahagian putih dekat dengan seal


gantikan dengan piston yang baru


setelah diganti dengan baru pasang semula pump clutch seperti mana asal, masukkan minyak clutch (sama dengan minyak brake) dan jangan lupa kena buat bleeding

terima kasih
selamat berpuasa & selamat hari raya
maaf zahir batin