O2 Sensor / Exhaust Sensor

O2 sensor atau ada yang menyebut exhaust sensor memainkan peranan penting bagi membaca campuran minyak dan angin (air fuel ratio) semasa pembakaran. biasanya o2 sensor dipasang di exhaust manifold atau selepas nenas (flexible) sistem exhaust. bacaan yang diperoleh dari o2 sensor dihantar ke ecu untuk memastikan jumlah campuran minyak dan angin menjadi sempurna.

dalam hal ini saya telah memasang extractor aftermarket tetapi kedudukan o2 sensor hanya pada piston ke-4 sahaja, jadi saya telah mengambil keputusan untuk mengubah sensor ini pada kedudukan selepas nenas exhaust supaya bacaan akan menjadi lebih lengkap, bukan hanya pada satu silinder sahaja

ini kedudukan o2 sensor pada extractor, hanya pada silinder piston ke-4 sahaja dan reading ini diambil hanya bergantung kepada pembakaran satu silinder enjin sahaja. jadi saya akan mengubahnya pada tempat lain

rupa sensor selepas dikeluarkan dari extractor, kalau rosak biasanya check engine akan menyala. nak betul-betul confirm rosak ialah keluarkan sensor ini dan gonyangkan, jika terdengan bunyi macam serbuk di dalamnya maka sah lah sensor itu rosak dan perlu ditukar dengan yang lain. boleh didapati di kedai hafkat dengan harga sekitar rm30 - rm100

weld nat kat paip selepas nenas, proses ni dibuat kat kedai kawan, free je weld. saiz lubang dalam nat tu 16mm. welder nak tebuk lubang menggunakan api weld, saya tak benarkan kerana saya nak tebuk sendiri. so bila dah siap weld nat downpipe ini saya bawa balik untuk kerja-kerja seterusnya

lepas weld kena drill lubang 16mm dengan menggunakan hand drill macam kat atas tu

prose menebuk lubang, keras juga stainless steel ni, bukan macam besi biasa. punyala seksa nak tebuh sampai tembus, ingatkan lembut macam kebanyakan besi ekzos biasa, rupan-rupannya sangat keras. kalau guna machine drill tak rasa sangat kesusahannya, ini pakai hentam dengan hand drill je

akhirnya berjaya jugak menebuknya selepas berhempas pulas dengan drill tangan. dan inilah hasilnya lubang yang telah siap ditebuk. nampak kemas jugak kan?

dah siap proses weld dan tebuk lubang. nak pasang balik pada kereta

test masuk sensor, ngam...

nampak pendek je sensor melalui lubang paip tu sebab nat tebal sangat

grind nat supaya nipis sikit

dah nipis sikit nat

letak sealer dan kemudian pasang sensor dengan ketat... dah selesai. pasang balik kat kereta dan jangan lupa apply sealer ni kat gasket exhaust. bila dah siap start kereta dan check sekali lagi takut ada kebocoran sekitar joint exhaust tadi

sincerely : jefftacra