Aluminium Radiator

petang tadi tak semena-mena ada projek diy lagi iaitu memasang aluminium radiator pulak. kali ni pasang kat kereta sendiri, nak merasa bagaiamana memakai radiator aluminium ni. barang sampai tengah hari tadi yang diorder dari KL. saya ambil jenam DnD sahaja dan saya sendiri pun tak tahu menahu pasal brand ni. bila diteliti memang finishing sangat memuaskan hati, weld yang dilakukan boleh dikatakan agak bagus juga hasil kerjanya. tidak ada kesan-kesan kasar pada kerja-kerja welding, tambahan pula dengan bentuknya yang nampak menariklah juga

aluminium radiator brand dnd, tak tahu made in mana dan mungkin keluaran tempatan kot. harganya sekitar rm450. kalau nak murah boleh ambil brand JASMA tetapi ini juga keluaran malaysia dan bukannya jasma jepun. kalau di jepun sebut jasma ialah sebuah badan khas yang mengawal sistem bunyi ekzos agar mematuhi piawaian tertentu. tetapi di negara kita brand jasma merupakan sebuah jenama untuk peralatan aftermarket kereta. so pilihan di tangan anda

sebelum buka radiator kena drain dulu coolant lama iaitu dengan membuka drain nat yang warna putih tu, ada kat bahagian kanan bawah radiator area timing belt. buka juga radiator cap untuk memudahkan pengaliran keluar coolant lama. mungkin agak ketat sikit drain nat ini akibat lama tak buka

inilah tempatnya untuk nat drain tadi. coolant akan keluar melalui lubang ini tapi bukan semua yang keluar, masih ada lagi coolant di dalam blok enjin. yang keluar hanyalah dalam radiator sahaja

buka nat 10mm dan cabut hose radiator atas dan bawah. kalau bahagian atas senang sikit sebab memang nampak dan mudah dicapai tetapi bahagian bawah tu tak nampak. kalau jack kereta tinggi sikit bolehlah membukanya melalui bawah kereta. saya tak jack pun, hanya melalui atas enjin bay ini sahaja pun dapat buat

begitu juga dengan nat radiator fan ini, bahagian atas memang mudah tapi nat bahagian bawah kiri dan kanan fan ni susah sikit sebab tak nampak dan ditambah pula dengan ruang yang sempit. tapi apa pun kena buka juga untuk memudahkan anda mengeluarkan radiator lama nanti. satu perkara harus diingatkan ialah jangan lupa unplug soket radiator pada bahagian bawah radiator sebelah kiri. jangan main tarik je nanti kemungkinan wire pulak boleh putus, banyak kerja pula yang perlu dibuat 

buka bracket kiri dan kanan atas radiator, nat saiz 12mm dan keluarkan radiator dengan mengangkat ke atas. hati-hati jugak takut fin radiator sangkut kat mana-mana dan boleh merosakkan fin tersebut. lagi parah sekiranya fin bocor, sudah tentu tidak akan dapat digunakan lagi pada masa akan datang

dah nampak kosong tanpa radiator. perhatikan bracket bawah radiator tersebut, nampak ada dua bracket dan sangat dekat antara satu sama lain. sebenarnya ini kereta 1.5 dan bracket radiator hanya dibuat untuk radiator pendek sahaja. kalau nak pasang radiator panjang nanti bracket tak sampai pada hujung radiator sebelah kiri, so saya tambah bracket lain yang diambil daripada kereta lain. nak pasang mudah je tapi pandai-pandailah nak buat ye. barulah radiator panjang yang dipasang nampak tegap dan tidak senget. tapi walaupun tak tambah bracket lain, radiator panjang tetap boleh dipasang kat kerata 1.5/1.3

pasang radiator aluminium, pasangkan juga bracket, hose dan lain-lain. nampak lebih berseri sikit dengan radiator aluminium

dah siap pasang pun... radiator aluminium ni cepat panas dan haba dapat dikeluarkan dengan berkesan daripada badan radiator tersebut, dan juga cepat sejuk

masukkan coolant dan selebihnya tambahkan air sampai penuh. saya menggunakan coolant toyota yang sekarang berharga rm20.00 sebotol, dah naik harga sekarang kerana seingat saya beli dua tiga tahun lepas hanya rm18 je. kalau enjin DOHC ada satu nat 12mm belakang blok enjin yang terletak pada hujung paip air, nat ini untuk keluarkan angin semasa kita mengisi atau menambah air radiator. sebaiknya buka nat ini dan tambah air pada mulut radiator. sekiranya air keluar melalui lubang nat ini cepat-cepat tutup nat tersebut

pandangan depan aluminium radiator, nampak agak tebal daripada double layer standard proton atau mitsubishi. sebab itulah condenser fan sebaiknya dipasang pada bahagian hadapan dengan menggunakan condenser fan evo, lagi mantap sebab dah direct kena condenser. kalau pasang kat belakang mungkin sangkut sikit dengan radiator aluminium ini, tambahan pula ruang menjadi bertambah sempit dan akan menjadi masalah bila nak buka oil filter

masukkan air secukupnya dan panaskan enjin sehingga kipas radiator berpusing. pastikan tiada kebocoran berlaku terutamanya pada ikatan hose, drain nat dan juga perhatikan radiator itu sendiri mana tahu kan, takut ada kebocoran

radiator double layer saya dah ada buyer menunggu, sekaligus tadi diy juga telah dijalankan pada sebuah kereta yang lain untuk menukar dari single layer ke double layer

sincerely: jefftacra