Side Mirror Conversion

tadi berlangsung lagi diy kat sebuah wira. kali ini owner kereta berkenaan nak memasang side mirror ralliart. kerja sukar sedikit kerana tapak side mirror ralliart langsung tidak ngam dengan frame pintu wira, jadi tapak terpaksa dibuka dan pasang side mirror terus kat pintu. walau bagaimana pun mod tetap kena buat jugak, saksikanlah...

side mirror asal wira 1.5 yang menggunakan tuil untuk mengubah kedudukan cermin

tanggalkan side mirror dari pintu dengan membuka 3 biji nat mata phillips dari dalam pintu, nak tanggalkan side mirror dari frame pintu bukannya kerja yang susah pun. buka cover dalam pintu dan nampaklah 3 biji nat pada frame pintu, just buka nat ini sahaja dan dengan mudah side mirror dapat dikeluarkan daripada pintu kereta

side mirror ralliart 3 wayar untuk adjust cermin sahaja

wayar yang boleh disambung ke suis side mirror evo. tak tahulah owner ni dapat daripada mana, mungkin beli kat halfcut kot. harganya pun saya tak ingat nak tanya berapa sepasang side mirror ini dia dapat

setelah tapak dibuka ukur kedudukan side mirror ini pada pintu dan proses grind dijalankan untuk membuang mana-mana bahagian yang tidak dikehendaki supaya ngam bila pasang nanti

proses memotong part yang tidak dikehendaki iaitu bahagian yang sangkut kat frame pintu

gergaji juga digunakan

potong lagi

pasang kat pintu dan kenakan nat dari dalam pintu

kena tebuk satu lubang kat frame pintu supaya kemas bila pasang nanti

dah siap pasang dan tiba masa untuk proses wiring untuk menggerakkan cermin

dah siap untuk pintu kiri

proses dah siap sepenuhnya. cermin pun boleh adjust dengan menggunakan suis side mirror auto flip cuma side mirror tak boleh flip je lah

ni enjin kereta berkenaan, fuh... berdesup ni... evo3

sincerely
jefftacra