Dome Light Supervision Pada Wira

bersua kembali, kali ini projek diy saya ialah dome light supervision (dls). kebiasaannya ramai dalam kalangan pemilik kenderaan menukar sistem alarm standard ke alarm aftermarket yang mempunyai pelbagai function tertentu tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya segala function tersebut. antaranya functionnya ialah trunk release dan dls. teruskan pembacaan anda sehingga ke akhir entri ini dan anda akan faham apa itu dls yang kebiasaanya ada pada kereta-kereta mewah sahaja, hehhe...

oleh kerana saya dah ada cabin light atau map lamp seperti gambar ini yang diambil dari model honda CRV maka lampu standard yang kat tengah bumbung tu saya akan jadikan dome light supervision yang akan disambungkan terus dengan alarm kereta

buka cover lampu ini dengan mencungkil bahagian tepi lens menggunakan flat screw driver. masukkan screw driver pada tengah bahagian lens tu, jangan ke atas sangat nanti terkeluar bracket lens tersebut

buka dua skru kiri dan kanan untuk menanggalkan lampu ini. anda akan lihat dua wayar nanti iaitu wayar hitam (ground) dan wayar hitam stripe putih (12v). wayar dari sini nanti akan melalui pillar sebelah driver dan anda kena potong wayar asal ini untuk buat dls

kena tambah relay satu lagi. gambar atas dua relay iaitu kanan relay untuk alarm itu sendiri dan sebelah kiri relay untuk trunk release dan kiri sekali ialah fius 10A. perlukan relay untuk dome light ini kerana suppley yang keluar daripada alarm voltagenya tak sampai 12v jadi relay mesti digunakan supaya output sebenar nanti akan jadi 12v dan seterusnya dapat menghidupkan bulb dome light seperti biasa

wayar putih dari relay telah disambungkan ke output dls dari alarm. kebiasaannnya ada satu wayar dari alarm untuk dls ini tetapi tidak disambung oleh kebanyakan pomen kerana fungsinya yang boleh dikatakan tidaklah penting sangat, saya buat pun sebab bila tengok alarm ada fungsi ini apa salahnya kita manfaatkan sepenuhnya, barulah berbaloi dengan alarm yang kita beli. sama juga dengan fungsi trunk release pada alarm yang kebanyakan pomen atau wireman memang tidak menggunakan atau tidak menyambungkan fungsi ini dengan trunk atau boot kereta. anda boleh lihat entri trunk release ini pada blog saya yang lain kerana ada detail saya ceritakan bagaimana nak manfaatkan trunk release ini pada kereta kita

4 wayar utama dari SPDT relay iaitu putih, biru, kuning dan hitam. dari relay wayar putih ke output dls alarm, wayar biru ke + bulb yang kat siling tadi, kuning dan hitam gabung sekali dan tap ke constant 12v

inilah diagram untuk menyambung dls kat kereta anda. diagram ini hanya untuk yang dah tak guna terus sambungan asal kat lampu siling, maknanya lampu ni dah tak function macam standard dan digunakan semata-mata untuk dome light. kalau masih nak kekalkan function macam biasa diagramnya berbeza dengan yang ini, harap pembaca faham. kalau ada pertanyaan sila kemukakan pada saya atau sesiapa yang tahu akan hal ini
$ads={1}
potong wayar dari lampu asal tadi iaitu boleh didapati di bahagian bawah dashboard kanan, wayarnya ialah hitam dan hitam stripe putih. wayar hitam ground seperti di atas, sambung kat mana-mana skru pada body kereta. wayar hitam stripe putih sambung ke kaki relay no. 30

dah siap wiring dan sambung lampu untuk test hidup atau tidak. lihat gambar di atas, ada penambahan relay yang sudah menjadi 3 biji semuanya

masukkan soket mengikut polarity yang betul. kat lampu memang dah ada marking yang mana untuk negatif dan positif pada soket lampu siling

dah siap pasang cuma cover je tak masuk lagi. bolehlah test fungsi dome light supervision ini. iaitu tutup kesemua pintu kereta dan arm alarm kereta seperti biasa. kemudian disarm alarm dan perhatikan pada lampu ini. masa kita tekan butang unlock alarm lampu ini serta merta akan menyala dan akan padam setelah 30 saat dikira daripada mula lampu menyala, ataupun akan padam sekiranya kita masukkan kunci dan start kereta. jadi sedikit sebanyak berguna terutamanya pada waktu malam yang gelap yang mana fungsi ini tidak ada pada kereta proton terutamanya proton wira

lihat video yang saya tunjukkan ini dan daripada video ini barulah ada yang faham apa itu fungsi dome light supervision pada sesebuah kereta. nampak cool kan... bagi kereta baru keluaran sekarang memang fungsi ini telah sedia ada dan tak perlu lagi kita bersusah payah untuk mengubahsuai untuk menhidupkan fungsi ini

sincerely
jefftacra

25 Comments

  1. cool........ menarik nih.. tp nk tanye ckit a.jeff, SPDT relay tu apeh?

    ReplyDelete
  2. relay biasa lah yang 5 kaki tu (Single Pole Double Throw (SPDT),

    ReplyDelete
  3. ok... hehehe.
    lagi 1 alarm pe yg biasa ada DLS?
    blh bagi contoh tak.. tgh nk cari2 alarm baru ni.

    ReplyDelete
  4. viper mesti ada, tapi biasanya tengok apa features alarm yang nak dibeli

    ReplyDelete
  5. Salam ... Abg jeff, kalau saya nak kekalkan function lampu tu macam biasa, diagramnya camne lak ... mintak tunjukkan wiring diagram ... tq

    ReplyDelete
  6. wsalam kroll, kalau nak kekalkan lampu function macam standard tapi ada optional dome light iaitu perlu ubah wiring kaki relay 86 constant 12V manakala 87 ke +/- wiring lampu asal kat pillar kanan tu

    ReplyDelete
  7. saya punya light yg kt tengah tu xmenyala/xde source api kt 2 wayar tu..kt mana nk detect problem dia kt mana

    ReplyDelete
  8. try tengok wayar bawah dashboard kat berhampiran fius, kemungkinan tak sambung soket kat situ, kalau indicator pintu terbuka kat meter tak hidup kena cek fius sebab bersambung dengan lampu cabin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam abg jep..sy nmpk 1 soket tercabut..tapi x tau tempat la

      Delete
  9. Abam Jepp, cemana nak chek sama-ada alarm aftermarket yg dipakai skang ni ada fungsi DLS?

    Kat module dia ada tulis ker? Ke kat kotak? atau pon cemana?

    ReplyDelete
  10. jai, kena tengok manual owners atau kena tahu spec alarm yang dibeli

    ReplyDelete
  11. abam jepp...sy pnye kete, lampu indicator pintu terbukak kat meter x hidup..lampu dls nie pn sme..nk kne check fius yg mne eh? kt bwh dashboard tu ke? fius yg mne 1?

    ReplyDelete
  12. cek fius bawah dasboard, ada tulis kat cover fius

    ReplyDelete
  13. abg jep.. kalau buat dimmer off pada lampu tu lagi tambah cool dia...
    good DIY

    ReplyDelete
  14. Salam Abg Jeff..klu ada masa wat kan DIY mcm mana nak pasang lampu CRV tu kat bumbung lak..kawan ada simpan lampu Accord jerung..tp x de tempat nak pasang...K tHx..

    ReplyDelete
  15. Jadi maksudnya kalau nak buat DOME LIGHT ni...kena guna ALARM yang ada DLS lah ye...?

    ReplyDelete
  16. kalau nak guna DLS alarm kena ada option DLS

    ReplyDelete
  17. kat alarm standard wira xder eh??
    baru ingat nak try wat nih...

    ReplyDelete
  18. bro..

    kawan pasang balik lampu standard tak buat DIS..

    maslaahnye time bukak tutup pintu ok..off pon ok..bile nak on terus fius putus..

    camno nak buek??

    ReplyDelete
  19. bro Jeff..kalau masih pakai alarm asal (Wira) boleh buat macam ni jugak tak..?

    ReplyDelete
  20. Salam tuan..boleh saya tau kotak fius utk lampu bumbung wira..

    ReplyDelete
  21. Camna nak pasanh capasitor tuuu utk buat dimmer

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors