Dome Light Supervision

bersua kembali, kali ini projek diy saya ialah dome light supervision (dls). kebiasaannya ramai dalam kalangan pemilik kenderaan menukar sistem alarm standard ke alarm aftermarket yang mempunyai pelbagai function tertentu tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya segala function tersebut. antaranya functionnya ialah trunk release dan dls. teruskan pembacaan anda sehingga ke akhir entri ini dan anda akan faham apa itu dls yang kebiasaanya ada pada kereta-kereta mewah sahaja, hehhe...

oleh kerana saya dah ada cabin light atau map lamp seperti gambar ini yang diambil dari model honda CRV maka lampu standard yang kat tengah bumbung tu saya akan jadikan dome light supervision yang akan disambungkan terus dengan alarm kereta

buka cover lampu ini dengan mencungkil bahagian tepi lens menggunakan flat screw driver. masukkan screw driver pada tengah bahagian lens tu, jangan ke atas sangat nanti terkeluar bracket lens tersebut

buka dua skru kiri dan kanan untuk menanggalkan lampu ini. anda akan lihat dua wayar nanti iaitu wayar hitam (ground) dan wayar hitam stripe putih (12v). wayar dari sini nanti akan melalui pillar sebelah driver dan anda kena potong wayar asal ini untuk buat dls

kena tambah relay satu lagi. gambar atas dua relay iaitu kanan relay untuk alarm itu sendiri dan sebelah kiri relay untuk trunk release dan kiri sekali ialah fius 10A. perlukan relay untuk dome light ini kerana suppley yang keluar daripada alarm voltagenya tak sampai 12v jadi relay mesti digunakan supaya output sebenar nanti akan jadi 12v dan seterusnya dapat menghidupkan bulb dome light seperti biasa

wayar putih dari relay telah disambungkan ke output dls dari alarm. kebiasaannnya ada satu wayar dari alarm untuk dls ini tetapi tidak disambung oleh kebanyakan pomen kerana fungsinya yang boleh dikatakan tidaklah penting sangat, saya buat pun sebab bila tengok alarm ada fungsi ini apa salahnya kita manfaatkan sepenuhnya, barulah berbaloi dengan alarm yang kita beli. sama juga dengan fungsi trunk release pada alarm yang kebanyakan pomen atau wireman memang tidak menggunakan atau tidak menyambungkan fungsi ini dengan trunk atau boot kereta. anda boleh lihat entri trunk release ini pada blog saya yang lain kerana ada detail saya ceritakan bagaimana nak manfaatkan trunk release ini pada kereta kita

4 wayar utama dari SPDT relay iaitu putih, biru, kuning dan hitam. dari relay wayar putih ke output dls alarm, wayar biru ke + bulb yang kat siling tadi, kuning dan hitam gabung sekali dan tap ke constant 12v

inilah diagram untuk menyambung dls kat kereta anda. diagram ini hanya untuk yang dah tak guna terus sambungan asal kat lampu siling, maknanya lampu ni dah tak function macam standard dan digunakan semata-mata untuk dome light. kalau masih nak kekalkan function macam biasa diagramnya berbeza dengan yang ini, harap pembaca faham. kalau ada pertanyaan sila kemukakan pada saya atau sesiapa yang tahu akan hal ini

potong wayar dari lampu asal tadi iaitu boleh didapati di bahagian bawah dashboard kanan, wayarnya ialah hitam dan hitam stripe putih. wayar hitam ground seperti di atas, sambung kat mana-mana skru pada body kereta. wayar hitam stripe putih sambung ke kaki relay no. 30

dah siap wiring dan sambung lampu untuk test hidup atau tidak. lihat gambar di atas, ada penambahan relay yang sudah menjadi 3 biji semuanya


masukkan soket mengikut polarity yang betul. kat lampu memang dah ada marking yang mana untuk negatif dan positif pada soket lampu siling

dah siap pasang cuma cover je tak masuk lagi. bolehlah test fungsi dome light supervision ini. iaitu tutup kesemua pintu kereta dan arm alarm kereta seperti biasa. kemudian disarm alarm dan perhatikan pada lampu ini. masa kita tekan butang unlock alarm lampu ini serta merta akan menyala dan akan padam setelah 30 saat dikira daripada mula lampu menyala, ataupun akan padam sekiranya kita masukkan kunci dan start kereta. jadi sedikit sebanyak berguna terutamanya pada waktu malam yang gelap yang mana fungsi ini tidak ada pada kereta proton terutamanya proton wira

lihat video yang saya tunjukkan ini dan daripada video ini barulah ada yang faham apa itu fungsi dome light supervision pada sesebuah kereta. nampak cool kan... bagi kereta baru keluaran sekarang memang fungsi ini telah sedia ada dan tak perlu lagi kita bersusah payah untuk mengubahsuai untuk menhidupkan fungsi ini

sincerely
jefftacra