FICD (Fast Idling Control Device)

sepatutnya kalau on aircond rpm kereta akan naik sedikit daripada kebiasaan. ini bertujuan untuk mengawal engine daripada turun secara mendadak dan ficd (fast idling control device) yang bertugas untuk mengawal rpm engine ketika ini. ada sesetegah pemilik kereta yang mengalami masalah iaitu bila on aircond rpm turun sehingga bergegar kereta dan dalam kes yang teruk boleh menyebabkan kereta mati. untuk mengatasi masalah ini anda boleh menambah FICD dari kereta TOYOTA iaitu rpm kereta boleh dilaras ketika on aircond sama ada tinggi atau rendah. pada throttle body kereta sama ada SOHC atau DOHC sudah terdapat mekanisme yang mengawal pergerakan rpm ini iaitu kalau enjin DOHC disebut sebagai stepper motor manakala enjin SOHC isc atau gear kit. nak tahu macamana benda ni rosak ialah kalau kita start kereta waktu pagi iaitu semasa cold start sepatutunya rpm terus naik sekitar 1.5k - 2k dan bertahan di situ sekejap dan akan perlahan-lahan turun apabila dah mencapai normal temp. so kalau start pagi dan terus rpm drop kemungkinan stepper motor atau isc kit ini yang rosak


ini diagram pemasangan asas FICD kat enjin, konsepnya sama dengan mana-mana enjin sama ada mitsu atau proton seperti yang ditunjukkan di atas

gambar ambik dari net (credit to owner). ada 3 tempat penting untuk pemasangan FICD kat engine 4G15/13 iaitu hose untuk breather, pcv valve hose dan wayar 12v compressor


perlukan 2 t-joint yang boleh didapati di kedai hardware, saiznya hedaklah bersesuaian dengan hose iaitu 7mm yang akan digunakan nanti. satu t-joint diperlukan pada breather hose dan satu lagi di pcv valve hose

inilah rupa FICD toyota, made in japan yang selalu digunakan oleh pemilik enjin mitsu atau proton untuk mengatasi masalah idling semasa on aircond

A sambungkan hose ke breather hose dan B sambung ke pcv valve hose. boleh potong hose berkenaan dan letakkan t-joint seterunya seterusnya sambung ke A dan B seperti ini

semasa on aircond rpm kereta perlu dilaras semula iaitu dengan menaikkan sedikit rpm daripada kebiasaan idling kereta. katakan idling kereta anda dalam keadaan biasa 800rpm, on aircond dan adjust kat bertanda panah tu sehingga 850rpm. arah jam turunkan rpm dan lawan jam naikkan rpm. ada sesetengah ficd menggunakan allen key untuk melaras rpm ini
$ads={1}
proses wiring pula hanya dua sahaja iaitu satu ke body kereta atau ground dan satu lagi ke wayar compressor 12v. boleh lihat satu wayar je yang pergi ke compressor aircond. bagi ficd kebiasaannya wayar kuning stripe biru untuk ground dan grey biru untu 12v. tetapi harus diingat ada wayar ficd yang mempunyai color code tidak sama seperti yang dinyatakan ini

bracket dipasang untuk memudahkan anda meletak kat mana-mana yang difikirkan sesuai pada kereta masing-masing

ni rupa pcv valve kat enjin kereta

perlukan hose 7mm sebanyak 1 setengah meter

contoh pemasangan hose

wayar ground boleh tap kat mana-mana skru body kereta

sincerely
jefftacra

216 Comments

  1. ficd ini juga memang boleh dipasang pada enjin vdo seperti wira vdo sama ada 1.3/1.5. saya pernah memasangnya beberapa buah kereta enjin type ini tanpa sebarang masalah

    ReplyDelete
  2. FICD nie boleh tahan berape lame?FICD boleh rosak ke?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, saya telah membeli Honda Jazz 1.5 V-TEC (A)2007,bila berhenti terutamanya di lampu isyarat, sekiranya kekal gear D, Jarum RPM jadi turun diikuti dengan seolah injin bergegar sekejap dan kembali biasa. Ia berulang setiap 10 hingga 11 saat. Untuk pengetahuan tuan pemilik sebelum ini beritahu beliau hanya hantar di pusat sevis Honda. Bila disemak rekod, kereta tersebut pernah menukar flywheel, soalan saya adakah ini ada kaitan flywheel dengan gegaran ini, atau mengikut maklumat awal bila saya bertanya secara lisan dengan mekanik lain, ini disebabkan kerosakan throttle body sedangkan saya telahpun buat tuning dan cuci throttle body. Mohon penjelasan tuan.

    ReplyDelete
  4. Salam abg jeff..kereta saya kancil enjin L2,masalah saya bila on aircond timing selalu drop,vacuum aircond x berfungsi,kadang2 bila kita laju dia akan berfungsi semula,tolong bantu,tq

    ReplyDelete
  5. Salam abg jeff..kereta saya kancil enjin L2,masalah saya bila on aircond timing selalu drop,vacuum aircond x berfungsi,kadang2 bila kita laju dia akan berfungsi semula,tolong bantu,tq

    ReplyDelete
  6. Salam abg jeff..kereta saya kancil enjin L2,masalah saya bila on aircond timing selalu drop,vacuum aircond x berfungsi,kadang2 bila kita laju dia akan berfungsi semula,tolong bantu,tq

    ReplyDelete
  7. Broo jeff proton gen 2 boleh pakai? enjin bising da gegar , ada x lagi ficd kt bro jeff?

    ReplyDelete
  8. Tumpang tanya kwn2 yg tahu oil filter saga vvt baru dengan saga flx sama ke.

    ReplyDelete
  9. aah bro sbb kete aku wira carb 1.5 mmg ade dah mende tu tu yg aku pelik org ckp xleh psg kat kete carb

    ReplyDelete
  10. Abg jef kalau wira 1.3 vdo sesuai ke pasang ficd ni? Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  11. i impressed by the quality of information on this website. there are a lot of good resource here. i am sure i will visit this place again soon. stainless steel foundry

    ReplyDelete
  12. Salam brader jeff..
    Sy guna myvi yg mmg dah ade ficd..jd problem keta sy time enjin idle mudah mati..rpm takat 500 je..enjin bgegar mcm jd 3slinder..pomen tukar ficd baru.same jgk..lg teruk start je padam

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors