FICD (Fast Idling Control Device)

sepatutnya kalau on aircond rpm kereta akan naik sedikit daripada kebiasaan. ini bertujuan untuk mengawal engine daripada turun secara mendadak dan ficd (fast idling control device) yang bertugas untuk mengawal rpm engine ketika ini. ada sesetegah pemilik kereta yang mengalami masalah iaitu bila on aircond rpm turun sehingga bergegar kereta dan dalam kes yang teruk boleh menyebabkan kereta mati. untuk mengatasi masalah ini anda boleh menambah FICD dari kereta TOYOTA iaitu rpm kereta boleh dilaras ketika on aircond sama ada tinggi atau rendah. pada throttle body kereta sama ada SOHC atau DOHC sudah terdapat mekanisme yang mengawal pergerakan rpm ini iaitu kalau enjin DOHC disebut sebagai stepper motor manakala enjin SOHC isc atau gear kit. nak tahu macamana benda ni rosak ialah kalau kita start kereta waktu pagi iaitu semasa cold start sepatutunya rpm terus naik sekitar 1.5k - 2k dan bertahan di situ sekejap dan akan perlahan-lahan turun apabila dah mencapai normal temp. so kalau start pagi dan terus rpm drop kemungkinan stepper motor atau isc kit ini yang rosak


ini diagram pemasangan asas FICD kat enjin, konsepnya sama dengan mana-mana enjin sama ada mitsu atau proton seperti yang ditunjukkan di atas

gambar ambik dari net (credit to owner). ada 3 tempat penting untuk pemasangan FICD kat engine 4G15/13 iaitu hose untuk breather, pcv valve hose dan wayar 12v compressor


perlukan 2 t-joint yang boleh didapati di kedai hardware, saiznya hedaklah bersesuaian dengan hose iaitu 7mm yang akan digunakan nanti. satu t-joint diperlukan pada breather hose dan satu lagi di pcv valve hose

inilah rupa FICD toyota, made in japan yang selalu digunakan oleh pemilik enjin mitsu atau proton untuk mengatasi masalah idling semasa on aircond

A sambungkan hose ke breather hose dan B sambung ke pcv valve hose. boleh potong hose berkenaan dan letakkan t-joint seterunya seterusnya sambung ke A dan B seperti ini

semasa on aircond rpm kereta perlu dilaras semula iaitu dengan menaikkan sedikit rpm daripada kebiasaan idling kereta. katakan idling kereta anda dalam keadaan biasa 800rpm, on aircond dan adjust kat bertanda panah tu sehingga 850rpm. arah jam turunkan rpm dan lawan jam naikkan rpm. ada sesetengah ficd menggunakan allen key untuk melaras rpm ini

proses wiring pula hanya dua sahaja iaitu satu ke body kereta atau ground dan satu lagi ke wayar compressor 12v. boleh lihat satu wayar je yang pergi ke compressor aircond. bagi ficd kebiasaannya wayar kuning stripe biru untuk ground dan grey biru untu 12v. tetapi harus diingat ada wayar ficd yang mempunyai color code tidak sama seperti yang dinyatakan ini

bracket dipasang untuk memudahkan anda meletak kat mana-mana yang difikirkan sesuai pada kereta masing-masing

ni rupa pcv valve kat enjin kereta

perlukan hose 7mm sebanyak 1 setengah meter

contoh pemasangan hose

wayar ground boleh tap kat mana-mana skru body kereta

sincerely
jefftacra