Satria Solid White

hari ini, khamis 25 november 2010 berlangsung lagi projek DIY kat sebuah satria putih. rupa-rupanya banyak perkara yang dilakukan hari ini sehinggakan tak sempat merakam gambar-gambar ketika melakukan kerja-kerja tertentu pada kereta ini. dah lah tangan hitam, semua minyak terkena kat tangan termasuk, minyak brake, minyak power steering, minyak hitam lagi. saya memang tak suka pakai glove. tapi semua ini sudah lumrah bagi kaki-kaki DIY kerana walaupun tangan kotor sedemikian rupa, hati tetap puas melakukan kerja-kerja. maaf kerana kali ini tiada gambar semasa proses kerja-kerja yang dilakukan terhadap satria putih bernadikan 4G13P sahaja

antara kerja-kerja yang dilakukan hari ini ialah
1. pemasangan steering rack evo 3 kat satria
2. pemasangan disc brake set depan dari model 4G92
3. pemasangan servo brake double layer daripada evo 3
4. pemasangan lower arm kiri dan kanan
5. pemasangan K&N open pod air filter
6. pemasangan 1 skru knuckle untuk ikat tayar kerana yang asal dah loose

jack stand yang banyak berjasa, kali ni kena guna lagi sebab kerja-kerja penukaran steering rack dan lower memerlukan saya berada di bawah kereta. jangan sesekali masuk ke bawah kereta tanpa jack stand. bukan boleh percaya sangat jack 2 ton atau 3 ton dan sebagainya kerana semua itu menggunakan minyak hidraulik yang boleh membawa musibah bila-bila masa sahaja kerana malang tidak berbau. SAFETY FIRST. jack stand kat hardware pun dah boleh dapat dengan harga bawah rm100 sepasang, yang 2 ton pun dah memadai untuk kerja-kerja diy di rumah

ini gambar disc dan knukle asal satria 1.3, dah masuk dalam plastik untuk owner kereta bawa balik. masih berfungsi lagi tapi owner upgrade dengan set disc dan caliper mitsu 1.6 punya. ye lah... enjin boleh upgrade, sistem brek pun kena lah upgrade jugak, barulah sesuai dengan enjin besar yang digunakan. saya tabik pada owner kereta ni walau pun menggunakan enjin 1.3 tapi sistem brek tetap diutamakan kerana menurutnya brek kereta ini kurang mencengkam dan rasa masa tak best, so dia buat keputusan upgrade terus supaya bertambah mencengkam nanti

disc single layer 1.3 ditukar dengan disc dan caliper 4G92 yang nyata lebih besar dimmeternya tambahan pula ventilated yang membenarkan kemasukan udara antara tengah-tengah disc supaya lebih sejuk sedikit. disc 1.3 solid disc sahaja ataupun sekeping macam tu je

ini pula gambar minyak ATF untuk digunakan selepas penukaran steering rack. minyak gerarbox auto boleh digunakan untuk power steering. kalau kat kereta saya menggunakan minyak ATF proton dexron lll sahaja. sebelahnya ialah minyak brake dot 3 warna merah, semua ni owner dah siap bawa. saya hanya memasang peralatan yang dibawanya

sorang lagi member datang bawa caliper evo, sesiapa nak boleh contact saya, dia nak jual sekali disc dan knuckle. iklan sekejap ye

caliper evo3 untuk dijual, plug & play sahaja pada knuckle proton 1.3 hingga 1.8. kalau nak pakai rim pcd asal iaitu pcd 100 boleh bawa disc ke machine shop kasi tebuk lubang pcd 100 dan boleh terus dipakai kat knucklekereta anda

ini ialah hose minyak brake satria 1.3 masih elok lagi dan boleh digunakan, simpan buat stok, mana tahu ada yang memerlukan nanti. kalau nak simpan jangan simpan tempat yang terdedah kerana di dalam saluran hose ini mudah berkarat, tambah-tambah lagi kalau terkena air

minyak ATF TOP 1 aka minyak power steering

bila dah buka crossmember untuk penukaran steering baru nampak satu mounting depan yang dah pecah. jadi terpaksa tukar mounting baru. di sebelahnya ialah bush steering rack yang dah kaput, tadi pakai bush yang kat steering rack evo, masih cantik lagi

steering rack satria 1.3 made in malaysia. masa owner datang tadi kelihatan minyak steering ni menitik dengan laju sekali kerana kebocoran seal kiri dan kanan, sebab tu lah kena tukar dengan yang lain. bukan tak boleh tukar repair kit tetapi rasanya tak berbaloi dan tak praktikal kerana kit itu biasanya tidak tahan lama, akan bocor balik. penyelesaianya baik tukar steering rack mitsu

servo brake satria 1.3 single layer. owner dah masuk servo double layer dari mitsu. digalakkan pengguna menukar servo ke double layer untuk memantapkan lagi sistem braking kereta anda. rasa dulu servo double layer ni baru tahu... nak cantik lagi boleh ambil servo brake nissan SR20 double layer, feeling dia lain sikit daripada servo double layer mitsubishi

lower arm asal satria 1.3, menurut pomen kedai tayar lower arm ni telah bengkok dan tak dapat buat allignment, betul ke tidak tak pasti, tengok dengan mata kasar tak nampak bengkok pun tapi ternyata ball joint dah kaput, getah bush dah keras dan ada yang koyak, sudah sampai masa untuk ditukar dengan yang lain

master pump brake satria dah ditukar dengan evo punya, dah tak pakai lagi, dalamnya dah berkarat rupanya, sebab tu braking jadi tak mantap

ini lah kerja-kerja yang dilakukan pada hari ini. start hampir pukul 10 pagi tadi dan selesai semua sekali sebelum asar. begitulah lambatnya kerja-kerja yang dilakukan kerana saya tidak mempunyai peralatan compressor dengan menggunakan spanar angin tu untuk buka nat macam kat kedai. semuanya main manual je...

sincerely
jefftacra