Oil Seal Cam Angle Sensor / Distributor

kebanyakan kereta akan mengalami kebocoran minyak hitam pada bahagian cam angle sensor atau distributor. kebocoran ini disebabkan oil seal atau ada yang menyebut oil ring telah tidak dapat menahan pressure minyak dari enjin kerana bahan tersebut telah keras akibat kepanasan enjin kereta. kebocoran minyak pada bahagian ini boleh dilihat dengan adanya kesan minya pada bahagian bawah cam angle sensor. jadi tiba masanya untuk anda menukar oil seal ini yang boleh didapati di kedai spare part dengan harga rm2.00 sahaja, bawak sample untuk memudahkan urusan pembelian seal yang baru

ini cam angle sensor (CAS) atau distributor 4g9X. kebocoran telah dikenal pasti dengan lelehan minyak pada bahagian bawahnya. kalau nak confirmkan lagi cuci atau lap dulu bahagian berminyak sehingga bersih dan perhatikan sekiranya ada lelehan minyak baru pada bahagian berkenaan bermakna sahlah tempat tersebut bocor

kedudukan CAS pada kebanyakan enjin 4G ialah pada bahagian tepi kanan enjin

sebelum benda ni dapat dikeluarkan terlebih dahulu buka soket CAS dengan menanggalkan pin seperti tertera pada gambar di atas, baru soket dapat ditarik keluar, jangan main tarik macam tu je sebab kemungkinan soket akan pecah atau patah, maklumlah soket ini sentiasa panas akibat kepanasan enjin dan tidak mustahil boleh reput. so hati-hati membuka soket ini

terlebih dahulu tandakan kedudukan CAS bagi menyenangkan anda memasangnya nanti supaya tidak ada apa-apa perubahan pada setting benda ni. kalau tak tanda anda boleh gunakan timing light untuk melaras balik kedudukan ignition timing. senang cerita marking je seperti di atas dan masa pasang balik nanti ikut marking yang telah dibuat tadi

buka skru 12mm kiri dan kanan CAS dan tarik keluar. kalau tak dapat tarik pusing-pusingkan dulu kiri dan kanan sambil menarik ke arah kita, pasti dapat keluar dengan mudah. sebaik sahaja dikeluarkan akan ada minyak hitam yang turut keluar daripada head enjin ini, jangan risau, keluar tak banyak pun

pastikan masa memasang nanti kedudukan kepala CAS selari dengan kedudukan marking camshaft supaya dapat masuk dengan mudah. perhatikan oil seal pada CAS

cam angle sensor mivec

inilah kedudukan marking camshaft yang sepatutnya selari dengan kepala CAS nanti. perhatikan lekuk pada camshaft itu, kalau tak selari dengan cam angle sensor nanti alamatnya sampai petang pun tak akan dapat masuk dengan sempurna

oil seal baru dan lama

yang baru kelihatan bulat dan lembut sementara yang lama dah leper dan keras

oil seal lama, kalau dipegang memang rasa keras dan kadang-kadang ada oil seal ni yang putus sebab kepanasan enjin, sebab tulah minyak boleh keluar melalui bahagian ini

setelah dibersihkan untuk dipasang semula

masa memasang pastikan kepala distributor selari dengan marking cam dan juga mestilah sama dengan marking yang anda buat tadi

dah siap... start enjin dan biarkan running seketika

sincerely
jefftacra