Wira Front Bumper Removal

kali ni saya nak tunjukkan bagaimana cara membuka bumper wira/satria/putra bahkan persona dan gen2 pun boleh diaplikasikan melalui kaedah ini. sebab konsepnya lebih kurang sama sahaja antara mana-mana kereta proton. kalau tak tau step dan caranya agak sukar juga nak tanggalkan bumper daripada kereta, mana tahu kan ada kerja-kerja yang hendak dibuat yang memerlukan bumper dibuka maka sedikit sebanyak entri ini dapat membantu anda cara yang betul untuk membuka bumper kereta proton

terlebih dahulu buka radiator grill bumper yang ada 6 klip kesemuanya. hati-hati juga keran klip ini bukan boleh main tarik je, ada cara yang perlu dilakukan untuk memudahkan mencabut grill ini. saya akan jelaskan caranya di bawab ini nanti

ini klip grill 2 sebelah kiri, 2 di tengah dan 2 di kanan

dengan menggunakan test pen jolokkan hujun klip dan tarik grill ke arah anda, buat satu persatu sehingga grill renggang daripada klip barulah tarik kesemua grill dengan memegangnya kiri dan kanan grill dan tarik serentak. pada masa ini klip akan tertinggal pada bracket panel kereta. cabut kip dengan cara memusingkannya sama ada ikut arah jam atau lawan arah jam sehingga terkeluar daripada panel dan pasangkan semula pada grill tadi. kalau patah atau hilang boleh beli baru klip ini dengan harga rm1.00/unit di kedai spare part

seerusnya beralih pula pada bahagian hujung bumper kereta iaitu dengan membuka nat pada bahagian kiri dan kanan bumper yang bersambung dengan fender. selak sedikit 'daun pisang' atau cover plastik bawah fender untuk memudahkan kerja ini. gunakan screw driver phillips

ini rupa skru hujung bumper tersebut. guna screw driver mata phillips untuk membukanya

buka pula nat plastik hitam tepi bumper bahagian bawah dekat dengan lips bumper. gunakan test pen atau screw driver yang bersesuaian, boleh umpil atau pusing nat tengah-tengah klip ini

seterusnya anda perlu menggunakan tool seperti di atas kerana untuk membuka nat di bawah bumper memerlukan peralatan yang panjang. nat jauh ke dalam bumper. gunakan socket box 12mm

bawah bumper ada dua lubang untuk dimasukkan tool tadi bagi membuka nat bracket bumper bersaiz 12mm. dua lubang tadi berhampiran antara satu sama lain iaitu ke depan dan ke belakang sedikit. gambar atas ialah proses membuka nat sebelah kanan bumper

ini pula ialah sebelah kiri bumper. sama je kedudukan nat antara kiri dan kanan

batang paip tadi perlu untuk membuka nat bawah bumper yang dimasukkan pada hujung tool di atas untuk memudahkan kerja memusing tool nanti

nat bracket bumper di bahagian bawah, ada empat kesemuanya iaitu masing-masing 2 di kiri dan kanan

tarik bumper ke arah depan, dah pun boleh buka bumper

perhatikan juga wire untuk foglamp, kena buka soket tu dulu baru dapat cabut bumper berkenaan


sincerely
jefftacra