Headlamp Restoration

bertemu lagi... kali ni saya akan paparkan bagaimana membaik pulih headlamp dari mivec (plastik) kalau kaca wira standard tidak dapat jalankan proses seperti ini. biasanya lampu plastik mivec dari brand KOITO kelihatan sedikit kekuningan semasa diperolehi dari halfcut, jangan risau... kita jalankan proses restoration terhadap lampu berkenaan agar pulih seperti sediakala dan dapat menghasilkan cahaya yang terang benderang seperti baru. harus diingat juga kadar kecerahan cahaya bukan sahaja bergantung pada kaca ini tetapi banyak bergantung pada reflektor dalam lampu, kalau agak kusam bermakna cahaya yang dihasilkan nanti akan nampak malap sedikit dan begitulah sebaliknya


sepasang headlamp koito mivec plastik yang kelihatan agak kekuningan pada permukaan lampunya. hasilnya kalau pasang kat kereta akan kelihatan tidak menarik dan nampak sedikit pudar tambahan pula cahaya lampu nanti turut mendapat kesannya


sebenarnya untuk polish permukaan headlamp ini tak perlu pisahkan cover dari housingnya, saya tanggalkan sebab nak spray hitam kat reflektor, nak smoked headlamp. gunakan hairdryer untuk menanggalkannya cermin dengan housing headlamp


pisahkan plastik cover dari housing dan siap untuk dispray. cover dengan masking tape pada mana-mana bahagian yang tak mau dihitamkan. boleh rujuk entri khusu mengenai smoked headlamp di dalam entri blog lain


dah siap spray flat black high temp, cuba tengok entri blog terdahulu mengenai cara nak spray headlamp


plastik headlamp yang kelihatan kusam dan kuning akibat kepanasan bulb serta terdedah kepada cahaya dan kepanasa terik matahari. kalau kereta banyak parking kat ruang tertutup atau berbumbung kemungkinan akan menjadi kuning agak susah sedikit jika dibandingkan dengan kereta yang terdedah di bawah cahaya matahari pada tempat terbuka


gosok dengan kertas pasir 1000 grit dengan menggunakan air sehingga warna kekuningan itu hilang seratus peratus. tak perlu gosok kuat pun, hanya menggunakan tangan sahaja


kemudian gunakan kertas pasir 2000 pulak untuk melicinkan lagi permukaan headlamp ini. gosok dengan menggunakan air dan pastikan kertas pasir ini boleh digunakan dengan air. kertas pasir kering tidak sesuai untuk tujuan ini


lihat dua perbezaan, atas dah siap gosok dengan kertas pasir 1000 dan 2000. bawah yang belum buat lagi dengan dengan kertas pasir. nampak sedikit perbezaan dari segi warnanya


dah siap gosok dengan kertas pasir, keringkan terlebih dahulu dan anda dapat lihat permukaan yang tidak berkilat seperti di atas. sebenarnya permukaan ini dah licin cuma tidak berseri sahaja, perlu dipolish supaya berkilat dengan menggunakan bahan tertentu


gunakan rubbing compound dan mesin polish untuk kerja-kerja mengilatkan kembali permukaan lampu tersebut. rubbing compound ini boleh didapati di kedai menjual cat automotive


mesin polish black & decker untuk memudahkan kerja ini. tanpa mesin ini pun boleh juga gunakan tangan tapi maklum sahaja lah kalau nak polish tanpa mesin. gambar atas kerja-kerja polish permukaan lampu sedang dijalankan


lihatlah hasilnya pada gambar bahagian atas. bandingkan dengan bawah. atas dah naik serinya, dah nampak kilatnya jika dibandingkan dengan bawah yang belum dipolish


dah siap polish kedua-dua permukaan cermin/plastik


pasang balik kat housing lampu dan lihatlah hasilnya, seperti baru kan. kalau nak cantik lagi kita boleh tinted lampu ini dengan bahan plastik khusus untuk headlamp. ada jual di kedai aksesori kereta dengan harga sekitar rm30-rm50 untuk sepasang lampu kereta bergantung juga dengan saiz headlamp


sudah siap sepenuhnya.... headlamp plastik mivec brand koito made in japan daripada halfcut mitsubishi mivec atau yang seangkatan dengannya

sekian, terima kasih
jumpa lagi