Oil Relocation + Braided Hose

kebanyakan engin mitsubishi 4G9X kedudukan oil filter tersorok di sebalik extractor dan begitu sukar untuk dikeluarkan semasa hendak menukarnya. masalah ini menjadi semakin ketara jika owner menggunakan nadi 4G93T degan penambahan bermacam-macam barangan performance yang boleh menyempitkan lagi ruang untuk membuka oil filter. penyelesaianya ramai yang memindahkan kedudukan oil filter ini dengan memasang oil relocation kit yang boleh diperoleh di pasaran semasa dengan pelbagai brand dari yang murah hinggalah yang mahal, tepuk dada tanya poket masing-masing


ini jenama terkenal greddy dengan kit GREX yang boleh mencecah rm700 ke atas

ini jenama biasa yang boleh diperoleh di mana-mana kedai accesorries atau boleh dibeli secara online sahaja, harga sekitar bawah rm200 bagi screw AN10. brand JASMA boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan brand jenama lain

ini cara nak pasang braided hose dan AN10 fitting. pastikan anda membeli hose dan fitting yang tepat saiznya. contohnya di atas ialah fitting bersaiz AN10 serta braided hose pun mestilah bersaiz AN10. semakin kecik nombor semakin kecil saiz diammeternya. kalau untuk hose fuel regulator memadai dengan AN6 sahaja. sebelum dipotong mengikut saiz yang dikehendaki terlebih dahulu balut dengan masking tape dan tandakan di tengah-tengah tempat yang hendak dipotong seperti gambar di atas. guna masking tape ialah supaya braided tidak terburai semasa proses pemotongan dijalankan

gunakan grinder untuk memotong braided hose. gergaji besi tidak digalakkan kerana akan menyebabkan braided terburai dan menyukarkan kerja untuk memasang fitting nanti

pisahkan fitting seperti di atas iaitu nat yang berwarna merah tu akan dimasukkan ke hujung hose, buka dahulu masking tape

masukkan nat ke hujung hose dan kemudiannya barulah masukkan fitting ke nat tersebut. pastikan hujung fitting masuk betul-betul ke dalam lubang hose. letakkan sedikit minyak hitam untuk memudahkan kerja-kerja ini
$ads={1}
balut nat dengan masking untuk untuk mengelakkan fitting supaya tidak calar semasa kerja mengetatkan nat dan fitting. gunakan spanar boleh laras atau spanar hidup seperti di atas

dah siap satu dan buat sperti di atas kat hujung yang sebelah lagi

dah siap sepenuhnya hose 1

hose 2

kit yang akan dipasang nanti iaitu oil relocation kit AN10. yang depan tu pasang kat oil filter asal dan yang ada oil filter tu bolehlah relocate kat mana-mana mengikut kesesuaian dan mengikut hose yang anda potong tadi

sekadar cadangan tempat untuk relocation. boleh pilih lokasi yang bersesuaian

sekian, terima kasih
jumpa lagi

9 Comments

  1. mana nak dapat braided hose tuh bro?tq

    ReplyDelete
  2. abg jep braided hose kalau boleh kastem cari yang elok nye... kalau di cek HKS dan seangkatan nye braided hose berbeza ngan yang biasa nye (lebih elok)..

    saya nye braided hose (sebijik macam abg jep nye) pecah pakai 2 tahun aje.. nasib baik pecah kat workshop.. kalau tengah jalan tumpo...

    ReplyDelete
  3. tq joe bagi ingatan, akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa... nanti akan tukar yang branded sikit

    ReplyDelete
  4. a.jeff, klu relocated tmpt tggi cnth dlm gmbr a.jeff kat atas tu ok / xpe ker?

    ReplyDelete
  5. salam bang jeff ...
    saya plan nak pasang 'oil cooler' pada 4g93 n/a.
    nak mintak pandangan abg jeff kita ...
    installation..kena pakai oil recolation jugok kang bang jeff?

    ReplyDelete
  6. salam abg jeff blh x list kan parts2 yg blh pakai braided hose n size die...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors