Bracket - Rear Motor Wiper Evo

ramai dalam kalangan peminat kereta memasang rear wiper sama ada dari model EVO atau GSR. kebiasaanya kalau wiper park sebelah kiri datangnya dari GSR dan kalau park sebelah kanan dari EVO. pada mulanya saya hanya buat custom bracket sahaja untuk memasang motor wiper ini sebab masa beli dulu bracket tu tak dapat sekali. bukan tak boleh pasangkan motor ini tapi kedudukannya yang nampak tidak kemas sahaja, jadi kali ini saya paparkan bagaimana proses memasang bracket asal dari EVO3 kat wira, baru je dapat bracket ni kat halfcut. ingat tokey halfcut nak buang tapi bila kita tanya bracket ini terus dia letak harga pulak, so terpaksa bayar rm30 untuk mendapatkan bracket ini sahaja. nasib baik rm30 sahaja


biasanya kalau beli cermin berwiper jangan lupa ambik sekali bracket ni. yang hendak diguna ialah bahagian yang bertanda merah tu sahaja, jadi kena buka spot weld yang melekat kat body besi tersebut. dengan adanya bracket ini motor wiper belakang dapat dipasang dengan lebih kemas dan motor tidak mudah longgar jikat dibanding dengan bracket custom made


ada orang yang menggunakan grind untuk membuka spot weld tapi agak cerewet sikit. saya hanya menggunakan drill sahaja iaitu drill pada tempat spot weld satu persatu, kena gunakan mata drill yang besar sikit dari bulatan spot weld tersebut supaya nanti bracket yang kita inginkan dapat tanggal dengan mudah

dah tanggalkan semua spot weld dan dapat dipisahkan bracket daripada body


inilah hasilnya bila dah tanggal dari spot weld kat body. tapi akan nampak berlubang-lubang sikit, jangan risau... tidak ada masalah apa-apa pun lubang-lubang ini, masih boleh pasang pada body wira nanti dengan kemas


terlebih dahulu saya spray anti rust sebelum dispray warna lain


dah siap spray kaler silver, bulatan merah ialah lubang baru yang didrill untuk dipasangkan pada body nanti. saya gunakan rivet sahaja untuk melekatkan pada body kerana dengan cara ini lebih mudah dan praktikal


bracket dan motor wiper yang telah siap untuk dipasangkan pada kereta saya


hand rivet digunakan untuk memasang bracket tersebut


drill lubang kat body mengikut lubang yang telah dibuat pada bracket tadi dan rivet je kat situ. hati-hati mengendalikan hand rivet kerana kemungkinan alat ini terhantuk pada cermin kereta mungkin terjadi


hampir siap... inilah kedudukan pada body wira sedan


dah siap sepenuhnya, boleh lihat kesan river pada bracket, lubang spot weld tadi tidak menjejaskan apa-apa pun pada kereta lagipun bukannya nampak bracket ini kerana kedudukannya yang tersembunyi di bawah panel speaker kereta wira sedan


pasangkan motor wiper, plug & play je lah sebab dah ada bracket, baru kemas dan cantik


motor telah siap dipasang pada bracket


selamat tinggal bracket custom made


dah pun siap... dengan adanya bracket asal motor wiper dapat dipasang dengan kemas

sekian, terima kasih
jumpa lagi