entri kali ini ialah proses diy menukar knuckle standard wira 1.3 dengan knuckle lancer 4G91. sebenarnya kereta wira ini telah menukar disc dari solid ke ventilated 4G91 tetapi masih mengekalkan knuckle asal 1.3 dan kali ini proses penukaran knuckle dibuat kerana bearing knuckle asal dah rosak teruk, bearing dah berbunyi walaupun bawak kereta dengan kelajuan 40kmj. ikuti proses penukaran knuckle lancer di wira
jack kereta dan buka tayar
buka caliper, ada 2 biji nat 17mm di bahagian belakang caliper. tarik disc keluar
setelah disc dikeluarkan buka nat driveshaft 32mm dan juga buka nat 14mm tie rod end
buka 2 biji nat 17mm pada absorber dan tarik knuckle supaya driveshaft terpisah dari lubang knuckle
driveshaft sudah dikeluarkan
pada masa ini hanya tinggal satu lagi nat yang perlu dibuka iaitu nat 19mm pada bahagian ball joint lower arm iaitu pada bahagian bawah knuckle di hujung lower arm
setelah nat ball joint lower arm dibuka, ketuk dengan tukul pada bahagian knuckle yang berhampiran dengan nat ball joint. proses ini dilakukan untuk menanggalkan ball joint dari knuckle
knuckle standard telah dikeluarkan
kiri knuckle standard 4G13P dan kanan knuckle lancer 4G91
pasang knuckle 4G91