bagi pengguna air filter open pod untuk mengelakkan udara panas dari engine bay disedut masuk maka langkah membuat heatshield sedikit sebanyak dapat mengurangkan lagi proses berkenaan. ditambah pula dengan pemasangan cold air intake dapat menambahkan lagi angin dari luar masuk ke dalam enjin. berikut langkah membuat heatshiel bagi pengguna air filter open pod seperti, apexi, k & n, simota, blitz dan lain-lain lagi
insulflex digunakan untuk menutupi permukaan perspek
gam dunlop juga perlu digunakan
terlebih dahulu ukur kepingan perspek mengikut ukuran yang dikehendaki bersesuaian dengan saiz air filter open pod anda
gunakan cutter untuk memotong kepingan perspek
bracket dan nat perlu digunakan untuk mencantuk kepingan perspek yang dipotong tadi. bracket ini boleh diperolehi di kedai hardware dengan harga rm0.30 satu
gunakan drill untuk menebuk mengikut lakaran tadi, berhati-hati dengan penggunaan drill kerana kesilapan kecil boleh memecahkan kepingan perspek anda
cantum kepingan perspek tadi mengikut bentuk seperti di atas
uji dahulu di kereta
tampal insulflex pada bahagian luar heatshield
proses menampal insulflex sedang dilakukan. insulflex boleh diperolehi di kedai repair seat kereta dengan harga rm28.00 semeter, tapi yang diperlukan hanya beberapa kaki sahaja
dah siap tampal insulflex pada bahagian luar heatshield
pasangkan adapter air filter dan air flow sensor