Engine Oil

bersua kembali... kali ini ialah proses penukaran minyak enjin dan oil filter yang sudah biasa dilakukan oleh kebanyakan pemilik kereta. penukaran ini dilakukan pada enjin mitsubishi 4G91


terlebih dahulu jack kereta seperti yang ditunjukkan, boleh juga jack kat crossmember bahagian hadapan bawah enjin


buka nat oil sump/oil pan bersaiz 17mm dan tadah minyak tersebut dengan bekas yang sesuai


buka penutup minyak enjin


gunak oil filter cup untuk membuka oil filter


ini kedudukan oil filter 4G91 yang tersorok pada bahagian tepi extractor berhampiran dengan motor power steering. kalau guna tool biasa agak sukar sedikit untuk membuka oil filter ini


oil filter yang dikeluarkan


minyak yang digunakan oleh owner kereta ini iaitu ENEOS 15W/40 dengan harga rm50 lebih


saya cadangkan owner kereta ini memasukkan engine treatment memandangkan enjinnya agak lama. penggunaan treatment ini amat baik sekali dan saya sendiri telah menggunakan engine treatment ini semenjak mula convert enjin dulu. penggunaan treatment ini bagi setiap 50k mileage dengan harga rm90 sebotol. bagi sesiapa yang memerlukannya saya boleh mendapatkan minyak ini dan pos dengan kadar rm5 sebotol. harus diingat ini bukannya oil treatment tapi ini merupakan ENGINE TREATMENT iaitu ia menyaluti lapisan metal supaya pergerakan jadi lebih berkesan


sebelum memasang oil filter letakkan sedikit minyak enjin pada bahagian getah hitam berkenaan


pasang oil filter dan ketatkan secukup rasa


masukkan engine treatment


masukkan minyak enjin dan start kereta, biarkan beberapa ketika dan off kereta. cek minyak enjin pada dipstick dan pastikan minyak enjin berada pada paras low dan high pada dipstick, iaitu pada bahagian tengah-tengah antara keduanya

sekian, terima kasih
jumpa lagi