Speedometer Driven Gear Seal

bersua kembali... ada dalam kalangan pemilik kereta tidak menyedari berlakunya kebocoran minyak gearbox pada bahagian speedometer driven gear iaitu pada tempat sambungan cable speedo ke meter yang terletak pada bahagian gearbox. kebocoran ini disebabkan oil seal atau ada yang menyebut o-ring driven gear yang dah keras dan dapat memainkan perananya dengan berkesan. oleh itu kita hendaklah menukar oil seal yang baru yang boleh diperoleh di kedai sparepart



terlebih dahulu bukak speedo meter cable dengan memusingnya ke arah lawan jam, kalau agak ketat boleh gunakan playar

buka nat 10mm pada bahagian berkenaan


keluarkan nat


tarik ke atas dengan memusing speedometer driven gear


inilah rupanya speedometer driven gear yang berperanan untuk menghidupkan speedo meter dan odometer kereta


perhatikan oil seal pada alat ini


keluarkan oil seal lama


oil seal lama yang rosak telah dikeluarkan


masukkan oil seal baru mengikut gambar yang ditunjukkan


proses memasang oil seal baru


dah siap pasang oil seal


pasang kat gearbox dengan memusingkan driven gear ini, jangan terus tekan kerana cara ini boleh merosakkan oil seal baru. lebih baik sapukan minyak sedikit pada oil seal baru. pasang balik nat 10mm dan speedometer cable. dah pun siap...

sekian, terima kasih
jumpa lagi