Air Fuel Ratio For VDO ECU

kepada pemilik wira/satria yang mempunyai ecu VDO dan jika anda ingin mengetahui bacaan air fuel ratio atau o2 sensor pada apexi auto timer pen type maka saya paparkan bagaimana cara membuat penyambungan wayar dari timer ke ecu. terlebih dahulu tanggalkan terminal negatif bateri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. untuk pemasangan timer bolehlah rujuk kepada entri sebelum ini yang menunjukkan paparan khusus kaedah pemasangannya


inilah apexi auto timer pen type yang mempunyai reading untuk air fuel ratio dan o2 sensor. kali ini saya telah memasangnya pada wira 4g13 vdo dan segalanya berfungsi dengan cemerlang. pastikan timer yang anda beli itu betul-betul original apexi kerana function ini tidak ada pada timer cap ayam. maksudnya reading o2 dan afr pada timer cap ayam hanyalah statik dan tidak berubah


selak karpet pada bahagian co-pilot seperti dalam gambar dan pada bahagian tepi dinding itulah letaknya ecu kereta wira atau mitsu. gunakan spanar 10mm untuk mengeluarkan ecu


keluarkan ECU dengan menariknya ke bahagian bawah


inilah rupa ECU VDO wira 4G13/15


lagi gambar ECU


inilah wire yang perlu di 'tap' pada wire ecu nanti iaitu wire output dari timer, putih akan di'tap' ke o2 sensor wire pada ecu manakala hitam akan di'tap' pada ground ecu


untuk mengenal pasti wayar pada ecu iaitu - bagi wayar o2 sensor, dapatkan wayar warna putih yang kedudukannya sekali dengan wayar hitam + kuning. ini bermakna wayar o2 ini digabungkan sekali dengan wayar hitam + kuning (dibalut dengan tape hitam). manakala wayar ground untuk ecu pula sila dapatkan wayar hitam yang paling besar pada ecu


tapkan wayar dari timer tadi (wayar hitam dan putih)


ini wayar o2 sensor, anda boleh lihat kedudukannya sekali dengan wayar hitam + kuning


ini wayar ground ecu (wayar paling besar)


dah siap di sambung


close-up sambungan o2 sensor wire, sory gambar blur sikit


close-up sambungan ground


bila dah siap, tape dengan kemas


sekarang sambungkan semula terminal negatif bateri dan hidupkan kereta anda. anda perlu berjalan dulu sekitar 1km atau 1.5km barulah bacaan air fuel ratio dan bacaan o2 keluar pada paparan timer

selamat mencuba
terima kasih