Spark Plug Conditions

Keadaan spark plug kereta boleh menggambarkan kondisi sesbuah enjin. kita dapat tahu masalah enjin berdasarkan rupa spark plug sama ada enjin berkeadaan baik ataupun tidak. saya kongsikan keadaan spark plug ini untuk rujukan bersama-sama semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk semua. (hanya cut and paste dari web)


common spark plug conditions (klik gambar untuk resize)


setelah hampir sebulan projek hybrid dijalankan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. kali ini saya hendak melihat kondisi spark plug sama ada berkeadaan baik atau tidak. tool yang diperlukan untuk membuka spark plug mivec, untuk makluman tool ini sama dengan tool yang digunakan untuk membuka spark plug waja 1st batch


terlebih dahulu buka penutup atau cover plastik plug


cover plug dah dibuka


buka cable plug satu persatu


inilah plug yang saya gunakan


dah pakai lebih kurang 3 tahun tapi masih cemerlang


plug iridium


iridium iriway 7 yang sekarang masih boleh diperolehi dengan harga rm200 lebih


cylinder piston no 1


cylinder piston no 2


cylinder piston no 3


cylinder piston no 4

keseluruhannya amat memuaskan kerana rod kepala plug tidak terlalu hitam dan tidak terlalu putih. kelihatan lebih keperangan menunjukkan pembakaran di dalam cylinder berada pada tahap yang terbaik. kalau rod berkeadaan terlalu putih menunjukkan minyak kurang dan kalau rod berkeadaan hitam minyak terlalu banyak, rujuk pada jadual di atas sekali

sekian, terima kasih
jumpa lagi