Rear lower link apabila dah rosak akan menyebabkan keluar bunyi pada bahagian belakang kereta dan kita akan dengar seolah-olah bunyi dari bahagian seat belakang tepi dekat pintu apabila kereta bergerak. salah satu cara mengesan kerosakan ini ialah apabila bonet kereta ditekan dengan kuat dan lepaskan. semasa pergerakan kereta tersebut, ada bunyi sekitar bawah kereta. sudah sampai masanya untuk menukar dengan yang baru
sepasang lower link mitsubishi dengan harga sekitar rm45.00 sebelah
wira atau waja sama sahaja, boleh pakai keduanya
kedudukan lower link bawah pada kereta
buka 2 nat 14mm yang bersambung dengan trailing arm dan satu nat 17mm kat body kereta
proses membuka nat
lower link yang telah dikeluarkan
ini rupa lower link tersebut
yang baru dan lama
perhatikan kedudukan lubang pada bush, dah senget
inilah yang menyebabkan keluarnya bunyi tertentu, bush dah rosak menyebabkan rod tengah bergesel dengan tepi
perbandingan dengan yang baru, lihat kedudukan bush antara keduanya yang jelas nampak perbezaan disebabkan kerosakan. kereta ni dah 7 tahun kot tak tukar benda ni
nat 17mm untuk ejas chamber belakang, sama ada - atau +
proses pemasangan lower link baharu
ketatkan nat 17mm
apabila dah siap sepenuhnya, lebih baik buat allignment semula kerana dikhuatiri akan 'lari' dan tidak sama seperti kedudukan asal
sekian, terima kasih
jumpa lagi