bagi pengguna air filter open pod lebih baik sekiranya membuat heat shield bagi mengelakkan udara panas di dalam engine bay disedut oleh filter. entri di bawah menceritakan bagaimana membuat heat shield custom dengan menggunakan perspex atau papan plet kereta yang berwarna hitam
dapatkan ukuran kepada 3 bahagian iaitu A (19cm x 7cm), B (19cm x 22cm) dan C (19cm x 20cm). potong mengikut ukuran berkenaan
untuk menebuk kubang pada bahagian B gunakan drill dengan ukuran lubang yang perlu dibuat ialah 3.5" (bagi pengguna air filter K&N 6" dengan adapter filter 6" to 3.5")
lubang yang telah dibuat pada perspex
tebuk dengan menggunakan skru driver flat
dah siap acuan yang dikehendaki
pandangan dalam heat shield
gunakan bracket L dan nat untuk menyambung kepingan perspex tersebut
dah siap pasang
try masukkan adapter filter 6" K&N
bracket L tempat sambungan dilakukan
semuanya memerlukan 4 bracket L dan 8 set nat
proses menampal insulflex pada bahagian luar perspex
heat shield custom dan adapter
insulflex pada bahagian luar

kedudukan pada kereta nanti akan kelihatan seperti di atas
sekian, terima kasih
jumpa lagi
10 comments:
insufflex ni nak beli kat mane ye bro jef
beli kat kedai repair seat kereta, biasa rm28 semeter
Abg jeff..clip L tu kt ner nk beli..
bracket L tu boleh beli kat kedai hardware
Okeh..nanti nk try gak diy mcm abg jeff wat..ukuran nk potong tu sama tak klu kt wira? cuma lubang jer ikot size open pod tu kan...
ukuran sama je sama ada wira, satria atau putra. lubang je ikut saiz adapter. biasanya 3"
Thanks bro jeff..
hai bro jeff, ukuran tu dlm 19mm ke 19cm
Ukuran dalam cm, sory
kalau guna form yang lekat kat bawah bonet depan tu boleh x?
Post a Comment