Power Antenna Wiring Diagram

bertemu kembali... atas permintaan follower blog saya, entri kali ini saya paparkan bagaimana proses wiring untuk memasang power antenna yang kebiasaannya diambil dari model evo atau gsr untuk dipasangkan pada body wira. walau bagaimanapun saya pernah memasang antenna ini pada waja dan saga. proses wiring boleh dikatakan tidaklah rumit sangat dan yang penting sediakan wire secukupnya iaitu dari depan nak tarik ke HU (head unit) atau ke power amp kereta anda


inilah rupa antenna evo dan pastikan semasa anda membeli antenna ini perlulah anda test dulu sama ada berfungsi atau tidak. ada yang berfungsi tapi naik bengkok dan sebagainya. ada kes antenna naik macam biasa turun separuh jalan atau tak turun langsung, jadi langkah penyelesaiannya ialah test antena yang hendak dibeli


ini gambar yang dah siap pasang pada body saga lama, kena buat custom bracket


ini ialah relay dan soket wiring antenna. anda tak perlu cabut seperti ini, yang ni saya nak tunjukkan proses wiring secara detail dan bagaimana power antenna berfungsi. soket kecik sebelah kiri tu sambung ke motor antenna dan soket sebelah kanan tu tempat proses wiring untuk menghidupkan antenna


inilah rupa relay antenna, benda ni jarang rosak


soket female, untuk proses wiring kena ada pasangan soket ini, pastikan dapat sekali male soket berserta wiringnya untuk memudahkan anda membuat penyambungan nanti


ini male soket iaitu lawan kepada pasangan di atas tadi. kesemuanya ada 5 wire iaitu dari bawah merah stripe hitam (12v), biru (acc) yang ni tak sambung pun tak apa, putih stripe hitam (remote antenna) sambung ke remote HU atau power amp, solid hitam dan hitam stripe putih (ground)


soket ni sebenarnya sambung ke motor antenna untuk gerakkan motor dan seterusnya naik turun antenna dapat berfungsi dengan baik. saya sambung dengan test lamp untuk memudahkan pemahaman bagaimana antenna beroperasi


langkah seterusnya cantumkan sekali wire ground iaitu wire solid black dengan black stripe white dan sambung ke mana-mana body kereta


saya menggunakan adapter 12v sebagai contoh penyambungan, proses sebenar boleh dibuat pada kereta nanti. red stripe black sambung ke 12v dan hitam tadi ke punca negatif (ground)


sekarang wire remote iaitu white stripe black hendaklah disambung pada wayar remote di belakan HU, biasanya color oren ataupun boleh juga sambung pada waiar remote pada power amp. gambar atas saya sentuhkan wayar remote ke punca 12v dan perhatikan gambar di bawah ini


didapati test lamp telah hidup dan ini bermakna jika kita on HU wayar remote HU tadi telah membekal kuasa 12v ke antenna dan pada masa ini relay antenna mengambil alih untuk menaikkan antenna dan akan berhenti bila antenna naik sepenuhnya


apabila wayar remote dipisahkan iaitu semasa HU di off sekali lagi relay mengambil alih dan membekalkan kuasa untuk menurunkan antenna


kali ini test lamp hidup sekali lagi ketika wire remote diputuskan atau HU dimatikan. antenna akan bergerak turun

bagi sesiapa yang tidak dapat male soket, boleh gunakan wire pada female solet tapi color akan berlainan seperti yang dinyatakan di atas. jadi saya paparkan juga wire pada female soket dan fungsinya.

solid red - 12v
white stripe black - ground
black stripe yellow - ground
blue stripe black - remote
red stripe green - acc (tak sambung pun tak apa)
blue stripe green - tak pakai



untuk memudahkan pemahaman bagaimana power antenna berfungsi sila lihat video di bawah ini


sekian, terima kasih
jumpa lagi