bersua kembali... entri kali ini ditunjukkan bagaimana proses wiring dan pemasangan super air flow converter NEO (safc neo) pada jentera GSR turbo 4G93T. owner telah membeli neo ini dengan harga rm900 dan boleh dikatakan market neo ini sekarang sekitar rm950 (used). kalau baharu ialah rm1.3k
super AFC NEO used
cover bawah glove hendaklah dibuka dan begitu juga dengan panel pada tepi lantai untuk memudahkan kita mencapai atau menanggalkan soket ecu nanti
terminal negatif bateri hendaklah dibuka bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika proses wiring dan pemasangan safc neo, buka apa, ini sebagai langkah berjaga-jaga sahaja
wiring utama yang perlu di'tap' pada wiring ecu. black & brown (ground), red (12v), green (rpm), grey (throttle), brown stripe white (input air flow) dan black stripe white (output air flow). rujuk pada diagram atau pinout ecu yang akan ditunjukkan di bawah nanti
3 soket utama ecu iaitu 26 pin (soket 1), 16 pin (soket 2) dan 22 pin (soket 3)
proses tap wire pada ecu
proses lagi...
dah siap (rujuk diagram di bawah) untuk wiring
pastikan semasa membeli safc anda dapat sekali wiring panjang berserta dengan soket, kalau dapat wire pendek, fikir-fikirkanlah...
dah siap sepenuhnya proses wiring
kedudukan pinout pada ecu yang perlu di tap
sebelum on kunci. harus diingat jagan terus start kereta anda. buat sedikit setting iaitu untuk 4G93T setting pressure ialah KARMAN, dan 4 cylinder dan panah ke atas
screen semasa on kunci
digital monitor
dah siap sepenuhnya... bolehlah setting wideband atau dyno untuk mendapatkan setup enjin terbaik untuk gaya pemanduan anda
sekian, terima kasih
jumpa lagi