Power Window Roll-Up Installation

bersua kembali, walaupun dah musim hujan kat terengganu, projek DIY tetap diteruskan. entri kali ini mengenai pemasangan dan wiring power window roll up module, iaitu semasa kita arm alarm untuk mengunci kereta, power window secara automatik akan naik sendiri, tak perlu tekan suis lagi, dah jadi macam kereta mewah pulak kot, hehe...


ini barang yang dibeli kat US melalui ebay, seller declare sebagai gift je


cop kastam klia, DILEPASKAN



kotak power window module


brand DEI 592T from DIRECTED, kalau barang security dari directed seperti VIPER alarm dan ada beberapa alarm lain lagi


pandangan sisi tempat kemasukan 10 pin soket


wiring dan module


doagram ada disertakan sekali dalam kotak


kat bawah module pun ada diagram. proses pemasangan seperti mana mengikut diagram yang dinyatakan. harus diingat untuk activation module ini 1amp diode hendaklah digunakan untuk menyambungkan wire orange ke wire 'ground when arm' alarm. kalau tak faham boleh tanya saya


persekitaran tempat kerja semasa proses wiring


proses wiring sedang dijalankan


kena tarik dua wire ke setiap pintu depan. saya tak nak potong wire asal jadi gunakan penyambung klip kat soket motor power window. saya hanya memasang untuk 2 power window kiri dan kanan hadapan sahaja, pintu belakang saya tak buat


tinggal sikit je lagi proses wiring, ke motor pintu dah siap, tinggal nak sambung 12v, ground dan ke wire alarm je lagi


dah siap wiring, kemaskan wire yang ada


dah siap kemaskan wire, nampak kemas dan tidak berserabut lagi


perhatikan video demo ini untuk pemahaman anda

sekian, terima kasih
jumpa lagi