Float aka Pelampung Minyak

sekejap je masa berlalu, dah pun nak masuk pertengahan bulan 12, kejap je lagi masuk tahun baru pulak. lama tak update blog ni, maklumlah sekarang sibuk sikit dengan tugas rasmi penjawat awam, namun ada sikit ruang masa untuk melakukan aktiviti DIY sekaligus dapat menambahkan lagi perkara yang boleh dipelajari oleh anda. entri kali ini ialah bagaiman cara untuk menukar float atau pelampung minyak petrol kereta wira atau lancer, float inilah yang menjadi ukuran pada meter minyak sama ada minyak banyak atau sedikit. kerosakan float ini boleh dikesan apabila meter minyak dah tak betul fungsinya, sekejap meter menunjukkan minyak penuh dan sekejap minyak kurang ataupun meter tak gerak langsung walalupun isi minyak full tank. namun simptom seperti ini bukanlah 100% menunjukkan kerosakan float malahan meter tu sendiri kadang-kadang bermasalah, kena cek betul-betul dulu. semoga entri ini bermanfaat untuk semua tambahan pula kita bolehlah berjimat dengan cara menukar sendiri tanpa mengupah pihak-pihak tertentu

langkap pertama ialah buka tempat duduk belakang dengan menarik klip dibahagian hadapan bawah seat, klip ada kiri dan kanan seperti yang ditunjukkan di atas. tarik sahaja ke hadapan sambil mengangkat seat ke atas dan dengan mudah seat tersebut dapat dicabut daripada kereta. seat ini tidak menggunakan skru pun sama ada untuk menanggalkannya atau memasangnya kembali

seat telah dibuka, perhatikan ada plastik putih dan penarik hitam pada tempat yang ditarik tadi. inilah klip lock seat kat lantai. kadang-kadang klip putih ini boleh pecah dan sekiranya ini berlaku ada jual di mana-mana spare part klip ini sahaja. gantikan dengan yang baru sekiranya bermasalah

selak carpet atau apa sahaja yang menghalang untuk melihat lantai seat dan perhatikan pada bahagian tengah-tengah lantai tu terdapat besi penutup bulat seperti ini. ini lah penutup lantai untuk mendapatkan float berkenaan. tak perlu turunkan tank pun untuk menukar float ini. lainlah kalau nak tukar fuel pump, terpaksalah turunkan tank dan kerjanya agak rumit sedikit. kereta baru sekarang ini dah tak perlu turunkan tank untuk menukar fuel pump, boleh dilakukan sama seperti cara nak menukar float ini

umpil penutup dengan menggunakan screw driver flat ataupun boleh menggunakan test pen sahaja sebab penutup ni tidaklah terlalu ketat. umpil dengan berhati-hati

apabila penutup dibuka akan nampaklah cover float dan terdapat soket 3 wire dipalam di situ. sebenarnya float ini dipasangkan pada fuel tank kereta dan apa yang anda nampak itu merupakan bahagian fuel tank

unplug soket dengan menarik ke arah bertentangan

sekarang masanya untuk membuka 3 biji nat 8mm pada cover atau penutup float ini

apabila nat dibuka, dengan berhati-hati tarik ke atas cover float tersebut dan keluarkan dari tank. pada masa ini bau minyak petrol agak kuat sebab di bawahnya ialah tank petrol. kena menggunakan cara tersendiri kerana bracket float ini bukanlah lurus dan bukanlah boleh ditarik ke atas begitu sahaja. kena senget-sengetkan sikit baru dapat

keadaan float yang berwarna hitam

selalunya pada bahagian inilah yang kerap mengalami kerosakan, di sini terdapat satu litar yang menggerakkan float untuk mendapatkan bacaan minyak penuh atau kurang

menjadi perkara biasa kerosakan akan berlaku pada alat ini akibat wear & tear. terlalu lama usia kereta pun boleh jugak rosak tapi kadang-kadang dah 10 tahun pun belum rosak lagi, nasib jugaklah...

tempat mount float dan bahagian dalamnya ialah minyak petrol. kadang-kadang berlaku dalam cabin bau minyak petrol yang kuat maka bolehlah anda cek penutup float ini kemungkinan getah sealnya dah keras atau mengalami kebocoran

masukkan balik float baru yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part

jangan lupa untuk memasang soket float tadi dan tutup balik cover bulat tu. pasangkan balik seat dan bolehlah kita on kunci untuk melihat pergerakan meter minyak sama ada berfungsi dengan baik atau pun sebaliknya

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra