LH Engine Mounting Replacement

update blog sempena tahun baru 2012. selamat tahun baru diucapkan kepada followers dan sesiapa sahaja yang sudi membaca blog saya ini. sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 rupanya. entri blog kali ini ialah mengenai bagaimana proses menukar engine mounting bagi kereta wira/mitsu sama ada 1.3 - 1.8, kaedahnya sama sahaja. penukaran mounting kali ini ialah pada bahagian timing belt atau LH dalam istilah automobil. ikuti langkah-langkah sebagaimana yang akan ditunjukkan di bawah ini


inilah rupa mounting enjin wira 1.6/1.8 dan untuk wira 1.3/1.5 ada kelainan sedikit, saiznya berbeza anta keduanya. mounting enjin boleh didapati di mana-mana kedai spare part dan seharusnya anda membeli barang baru, kalau barang terpakai bukan kata tak boleh tapi kena tengok dan perhatikan dahulu kondisi dan keadaan barang tersebut, kalau mounting pecah atau koyak boleh menyebabkan enjin bergegar dan sebagainya


brand new mitsubishi motors boleh diperolehi di mana-mana kedai spare part. kat getah mounting pastikan ada cop MB diikuti no part barang tersebut



terlebih dahulu gunakan jack kereta untuk menahan bahagian bawah sebelah kanan enjin (sebelah timing belt), kalau dalam isitilah automotif bahagian ini disebut sebagai sebelah kiri dengan mengambikira seolah-olahnya kita berada di dalam kereta. tujuan letak jack adalah untuk mengampu berat sebelah enjin tersebut


buka nat pada bracket poser steering hose dan compressor hose


buka 3 biji nat bersaiz 14mm seperti gambar di atas. nat ini merupakan nat mouting pada bahagian enjin


buka juga nat 14mm pada bahagian chasis dan pada bahagian satu lagi setentang dengan nat ini terdapat satu lagi nat 17mm yang perlu dibuka, nat tersebut merupakan nat untuk bolt tengah-tengah mounting nanti


sebelum mounting dapat dikeluarkan laraskan jack pada bahagian bawah kereta supaya kedudukan enjin menjadi lebih tinggi sedikit ataupun bila dah terasa mounting tu longgar. dengan cara ini mounting dapat dikeluarkan dengan mudah. gambar atas mounting lama dah dapat dikeluarkan dengan hanya menarik ke atas sahaja


mounting lama dah ada rekahan atau koyakan pada bahagian tepi atas kiri dan kanan getah. klik gambar untuk melihat imej dengan lebih besar


mounting lama


perbandingan antara lama dan baru, sebelah kanan yang baru


lama dan baru


tengok kedudukan getah bentuk V tersebut, kalau yang baru (kiri) kedudukannya rapat pada bahagian bawah dan kalau yang lama (kanan) kedudukannya dah naik ke atas sedikit


ruang enjin tanpa mounting... mounting dah dikeluarkan dan bersedia untuk menerima mounting baru


pasang mounting baru dan ketatkan nat mengikut yang sepatutnya. pasang 3 biji nat pada mounting bahagian enjin dan 2 biji nat pada bahagian chasis. pasangkan juga nat bracket power steering hose dan bracket compressor hose. keluarkan jack yang terdapat pada bahagian bawah kereta


mounting dah siap dipasang, barang baru kurang sikit gegaran pada enjin semasa idling

sekian, terima kasih
jumpa lagi